22 October 2011

Ramai Tak Nak Kahwin Dengan Bakal Doktor.?

Tajuk entri macam sedih je kan. Ye sadis sungguh siapa yang amik medic ni. Orang dah cakap jadi ustaz tak mau dengar.! Kalau I jadi ustaz.....ermmmmm jap bayangkan. Ok memang tak terbayang langsung. Hari tu ada baca entri kat Blog Joe pasal kenapa dia tak nak kahwin dengan bakal doktor. So agak menarik jugak topik ni kita bincangkan. Bila dah habis baca tu tengok komen dia memang habis si Joe ni kena sembur ngan kebanyakannya budak medik rasanya. Semua tak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi bila I baca balik agak betul jugak apa yang Joe cakap ni. That's why I tak nak bakal isteri doktor. Eh.! Budak Mansoura jangan komen kat entri ni ye. Biasa la semua benda ada pro and cons dia kan macam rambut Rosmah dan Najib. Ok tak da kena mengena. Benda ni macam typical bila tengok last sekali doktor kahwin dengan doktor sebab masing-masing faham kesibukan kerja. Tapi disebabkan I pun budak medik so I nak bangkang brader Joe ni. Sebab apa.? Suka hati I la kan...lalalala can malichan..!~

Brader Joe kata kalau kahwin dengan doktor nanti dia tak boleh peluk isteri malam-malam. Kena peluk bantal pulak dah. Ye tu memang betulnya. Kengkadang tetiba ada orang eksiden kena plak terpesok bawah Viva putih lepas tu cedera parah, so on call la doktor-doktor ni. Tengak syok "bekerja" shift malam dengan suami kat rumah tetiba kena plak kerja kat hospital. Potong stim betul. Tapi,tapi kan sekarang orang dah boleh kerja amik shift la. So siapa doktor yang dah kahwin tu tak yah la nak kerja on call ni. Call je "telepon" suami kat rumah tu. Eh kenapa I rasa sangat lushah apabila membuat entri ini. Ok back to the topic. Suruh la doktor yang muda-muda blom kahwin tu kerja on call. Mentang-mentang gaji on call doktor dah naik sampai RM 80 sejam masing-masing mula lettew nak gedik-gedik buat on call. Tapi I rasa macam tak berbaloi je RM 80. Patut kena up lagi ni. Huh mata duitan betul.!

Ada kawan I tanya "wei ko belajar medik ni memang busy je ea".? I pun tak tahu la nak jawab macam mana. Tak la busy tapi agak penat la. Otak yang penat sebab lecture je dah berjam-jam satu subjek. Kelas start pukul 8 pagi sampai 4 petang NON-STOP ok.! Kami nak sembahyang pun curi-curi keluar dewan kuliah jap nak sembahyang. Nak makan lagi la tak de masa. Kalau nak makan dalam lecture hall nanti kena halau dengan doktor. So biar je la perut nyanyi lagu Nicki Minaj-Super Bass dulu sampai habis praktikal. Oh lepas tu Joe cakap budak pompuan yang amik medik tak reti bergaya. Haaa bab ni I rasa tak betul jugak. Ingat budak pompuan medic ni tak da style ke. Ada tau dan kalau tak percaya tengok si Fatin Liyana tu. Fesyen tudung pashmina Hana Tajimok pun diaorang tahu. Tapi kalau nak kata style bebeno macam pelajar akauntan ataupun mascom memang tak la. Bukan tak reti bergaya tapi kurang sikit. I selalu jugak perhati awek kawan-kawan pompuan I bila ke kelas. Kalau diberi grade, I rasa dalam C+ barangkali. Yela mana la sempat nak tepek bedak gincu semua tu. Tengah hari mekap dah cair. So nampak sikit macam dull la penampilan diaorang tapi otak shiny jer. Pakaian pun biasa-biasa je. Tapi cer tengok bini Sheikh Muszapahar doktor jugak kan. Pandai jer bergaya. Kalau nak suruh doktor-doktor ni bergaya pakai heels supaya nampak macam model memang tak dapat la. Mau lumpuh diaorang ni kena round ward tengok patients pakai heels. So suami kena paham la kalau dapat bini doktor. Kalau nak sangat suruh bini pakai heels malam-malam atas katil. Fuhhhh seksi beb.!



iklan jap...penat duk membaca je kan.


Lagi satu point yang brader Joe cakap. Dia kata kalau bini lebih bijak dari kita susah sikit. Alaaaaa itu tak berapa penting sangat. Kalau dah jodoh nak buat macam mana ye dok. Bagi lelaki mungkin agak tercabar sikit kelakian diaorang bila bini jauh lebih berjaya dari diaorang. Tersentap telor masing-masing mungkin bila tengok gaji bini 5 atau 6 angka sebulan tapi gaji dia tak seberapa. Susah jugak kalau persepsi masyarakat asik pikir camni je. Habis la tak laku doktor-doktor pompuan ni nanti. So kalau macam ni boleh bincang sesama la. Jangan la plak bini duk sombong dapat slip gaji pegi tunjuk kat suami nanti. Tak memasal janda terus ko senah.! Para lelaki mesti la kerja kuat sikit ye. Kerja siang untuk rezeki dan kerja malam untuk bini. Eh.! ye ke. Lelaki kena tanam azam lebih sikit. So sesapa yang bernama Azam berhati-hati lepas ni sebab mungkin anda akan ditanam. Ok bukan macam tu tapi kena usaha lebih sikit la bila tahu ko dah ada girlpren bakal doktor. Mana tahu dari pekerja biasa jadi pengurus lepas tu dah jadi bos. Tak ke best macam tu.

So konklusinya, eh dah macam karangan plak siap ada perenggan penutup kan. Ok sebagai kesimpulannya kerja doktor sangat mulia. Laaaa tu je konklusinya. Tak da motip langsung. Sebenarnya I nak cakap kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Kita kena pandai la nak selesaikan masalah-masalah lepas dah kahwin. Perghhhhh macam Dr.Fadilah Kamsah plak aku menasihat padahal tak kahwin lagi. Tapi apa pun terima je pasangan anda tu ye seadanya. Peduli la apa orang nak kata kalau tak pandai bergaya ke atau gaji tinggi dari suami, janji hidup bahagia kan. I rasa brader Joe ni selalu tengok Grey's Anatomy la kat rumah dia. Tapi I rasa benda ni jadi masalah kat bakal doktor pompuan je kot sebab susah nak cari laki yang berkerjaya tinggi. Kalau bakal doktor laki mungkin tak de masalah rasanya. I dah berazam tak nak jadi doktor yang biasa-biasa. Must be awesome doctor. Tak mau bangun pepagi pergi kerja then lepas kerja balik rumah tengok berita tengah malam dengan kain pelikat macam tu and sambung sequence dia over and over again sumpah tak cool. Nak jadi macam Patrick Dampsey dalam Grey's Anatomy doktor yang awesome dan seksi. Auwwwww.....Kelas kau maria.!




Kalau jadi doktor macam ni konfem orang yang tak sakit pun sanggup jumpa doktor hari-hari. Eh.! ada iras-iras I sikit la. Ok buwekkkkkkk sila la cerca I.





30 comments:

Dhiya Fariza said...

I like the way u write this entry. Kemas.

Btw doctor tak pandai bergaya. Sepak jugak lol. Sampai ati ada yg ngomen mcm tu. Tak make up tu sebab nak solat pun satu hal. Kalau kelas sampai zohor takpe boleh balik umah.

Overall nice view. I like this. Tak boleh komen lelebih because u have warn mandoura kid tak boleh comment hahaha. Then what am i doing here ok bye.

Myra Abdullah said...

hehe.yeke?
alahai,doa-doalah dapat isteri yang memahami.
insyallah.^,^

menjadi seorang doktor bukanlah mudah kan,malah tinggi pula pahala membantu masyarakat.
^-^

inna_risna said...

inna suka entry awak nie..actually, inna pun ada jg bf bakal doc. nie...mula2 dulu tu, memang xfhm sgtlah dgn rutin dia yg sibuk memanjang jer...tp lama2 dah boleh fhm..

lgpun doc nie byk jasanya kepada masyarakt...cuma tu la, klo nak bkhidmat kpd masyarakt tu boleh jer, asalkan jgn lupa tggungjawab kat fmily nnt...^^

Shubiha Yahya said...

haha~ (tak bagi salam, tak hape tetiba gelak). salam bakal doc. ske suka gila bace entry u.gila best. kekadang tak rasa pon macam tengah baca post written by a guy. saya tak minat medic sbb rse xboleh masuk tapi lepas bace posts u rase minat pulak tibatiba kan.


btw, buat yang terbaik. nanti balik m'sia teros boleh bukak klinik sendiri. hospital pon boleh jugak. haha~

Dalila Diela said...

nice entry nie...
i like doctor..
ada kelas..hehe

iSmaZuRina said...

aik.. jgn la camtu... is nak kawin... :)

Qutiq Ishanee said...

nakkkkk

Dkna Abza said...

heheeee..bila baca tajuk nie terus teringat kat dhiya...

dah habis baca tetiba klik button komen nama dhiya dah ada...

saya bukan doktor dan saya orang biasa jer..

btw, kalau cakap doktor tak pandai bergaya itu saya tak setuju...tengok dhiya..dia pon bakal doktor :)

kalau ada duit, semua boleh buat...semua dapat...so enjoy dengan kerja masing2..dan yakin pada ketentuan Dia.. jodoh, ajal, maut, rezeki semua di tangan Dia...

NurAfiqahMohdGhazali said...

hana tajimok!! :))

Anonymous said...

isk isk isk. kesian, rosmah dgn najib yang kene.. ;)

Eyka said...

keh keh keh ..titew suke doktor yg kacak je sebab nti takde la skit kena bius..keh keh keh :P

Syairani Tarmizi said...

ek? hee

Diyana said...

tak kisah lah belajar apa pon asalkan hati kita yang nak kita bergaya ke tak .

i tak minat medik tapi parents i suruh jadi doktor . So sekarang tengah pupuk untuk minat medik

Fifieyqa said...

Haha...lawak pulak baca...for me...doctor ok ape..in fact i'm a pharmacist-to-be...so kot2 ade rzki leh keje 1 hospital...kan best tu...haha...

Muhammad Al-Afiq said...

Dhiya Fariza : thanks sbb u jugak ajar i cara tulis kemas2 dlm blog..ye btol tu kalau nak sembahyang susah la nk make up balik kan..

myra abdullah : ye btul tu..doktor ni boring pun ada kengkadang...hehe

miss inna : thanks inna..waa untung la bf u dapat girlfrend yg memahami..bgus2..support him.!

Shubiha Yahya : wsalam..hahaha.( eh saya plak gelak )..bgus la kalau nk jd doktor ni..tp kna minat berterusan tau..

Dalila Diela : thanks...ye kelas tu penting.!

iSmaZuRina : alorhhh yeke..kahwin la ye nti jemput saya...

Qutiq Ishanee : nakkkkkk apa.??? hehe

Muhammad Al-Afiq said...

Adylia Qarissa : hahaha...mentang2 kami sama univ trus ingat dhiya kan...ye jodoh semua di tgn tuhan kita rancang je la..

Pikah : adik bradik hana tajima =)

budak ketot : tu la pasal..ksian kan..

Eyka : alololo..ye keww..kna slalu jmpa doktor kacak jeww la ye.. =p

Syairani Tarmizi : uik.! haha

Diyana : bgus la kalau ada cita2 nk jd doktor nti..keep that passion ok.!

belogkiter said...

tak nak ke?? baru nak kenalkan dengan adik saya.. ;)

Amoychanteks said...

bukan doktor je on-call. engineer pun mcm tuhh. sian laa laki aku nntiii ;p

eton said...

ha ah kan.. klu dah jodoh nak wat cam mana.. ala bukan doktor je yg kena on call byk sektor kerja lain lagi yg kena on call kan.. tukang urut pun ade on call tau <-- ok tolong abaikan.. hehehe

nasha sanza said...

tak semua tak suka jodoh dengan doktor..saya pun belajar bidang nie jugak tapi bawah sikit...jadi pembantu doktor je..hehe..so faham apa perasaan yang dialami..thanks sebab sudi singgah blog saya..

Nor Ain said...

hehe . nice point of view btw : ) tapi kerja doctor memang mulia . cuma tak minat biology . accounting rocks ! : )

Anonymous said...

kalau dah jodoh dengan si doktor, semua yang ditakutkan boleh je manage sendiri ikut cara sendiri.

yang penting tahu komitmen dan tanggungjawab masing masing :)

laskar pelangi said...

eii..sukanya baca entry afiq. kemas betul. rasa teruja la..rasa nak baca semua entry. hehe =)

Anonymous said...

bila baca sesetengah comments dan blogs... saya lihat ramai yg tak nak kahwin dgn doktor coz kesibukan hidup doktor itu sendiri. Saya dapat memahami perasaan mereka yg inginkan kebahagiaan dan kesempurnaan. isteri saya juga seorang doktor dan untuk berkahwin dengan doktor anda mesti sanggup berkorban masa, wang dan tenaga. Pesanan saya buat doktor yg bergelar isteri, jangan jadikan kesibukan kerja sebagai alasan utk menjaga keluarga dgn baik. masa yg sedikit yg berkualiti lbh baik drp masa yg byk tp hambar.

Anonymous said...

Bagus tp kita kena faham bahawa lain org lain kehendaknya. Isteri saya juga seorang doktor. Berkahwin dgn doktor memerlukan tahap kesabaran dan pengorbanan yg tinggi. Kita x blh nak expect wife spt wife org lain yg bekerja dlm bidang selain doktor. Wife yg kerja doktor sgt busy sampai nak uruskan diri sendiri pun xde masa. So hal rumah tangga nie suami kena main peranan yg besar. E.g memasak dan menguruskan rumah tangga. bg saya sbb itu ramai yg berkata" ko dah fikir hbs ker nak kahwin dgn doktor?" Hal sbnrnya xde siapa yg salah cuma mgkn setiap org mempunyai pandangan dan pengalaman sendiri. Cuma ada juga kawan yg nak sgt kahwin dgn doktor. Soalan saya... kenapa nak pilih doktor? Faham tak kerja doktor mcm mana? Blh thn tak keadaan routine doktor? Fikir elok2 sblm buat keputusan.

Anonymous said...

pada pandangan saya. Jika anda memilih doktor as a wife sbb nak megah @ best maka anda tlh buat kesilapan yg besar. Org selalu berkata " oh bgslah isteri doktor.. sakit2 blh jaga" tapi hakikatnya itu hanya mitos shj. Huhu! Sakit demam panas... anda x larat dan sakit tapi terpaksa jua kuatkan diri utk htr isteri ke tmpt kerja dan uruskan hal anak2. Isteri selalu oncall, andalah yg menjaga anak2 dr segi mkn, minum, pakaian dan menghiburkan hati mereka. Sampai masa org melihat kita ini spt suami tunggal. Itulah realiti kehidupan berkahwin dgn doktor. Saya selalu berpesan... " aku x larang korang nak kahwin dgn doktor tp kalu blh carilah seorang isteri". Pilihan calon isteri adalah perkara besar dan jika tersalah pilih... jiwa akan merana. Masa tu dah terlmbt. Jika nak poligami for sure suami akan disalahkan. Sbbnya "kan dia doktor... busy... suami kena faham!" So apa2 hal... buat keputusan sebaik mgkn.

Anonymous said...

Saya nak kawen dgn seorang doktor tapi masalahnya doktor tknak kt saya.AHAHA..btw im an engineer and why i really wanna marry a doctor because hopefully la anak2 senang dan terjamin masa depan.Maksud saya incase depa nk jadi doktor,maknya ada exp nak shared,kalau engineer ke,cikgu matematik ke,fizik ke insyallah saya bleh guide anak saya.Sbb dari pengalaman hidup saya yang amek course engineering nih.Suma research sendiri masa nk pilih course kat UPU.Sebb ayah bukan dalam bdang yg saya minat.Sedikit sebnyak susah nk guide saya.Untung sepupu saya yg amek architecture sbb ayah saya bnyk guide dia spnjg dia belajar.Even final project pon ayah bantu sbb ayah saya mmg amek kos tu.Wallahualam.

Anonymous said...

Saya nak kawen dgn seorang doktor tapi masalahnya doktor tknak kt saya.AHAHA..btw im an engineer and why i really wanna marry a doctor because hopefully la anak2 senang dan terjamin masa depan.Maksud saya incase depa nk jadi doktor,maknya ada exp nak shared,kalau engineer ke,cikgu matematik ke,fizik ke insyallah saya bleh guide anak saya.Sbb dari pengalaman hidup saya yang amek course engineering nih.Suma research sendiri masa nk pilih course kat UPU.Sebb ayah bukan dalam bdang yg saya minat.Sedikit sebnyak susah nk guide saya.Untung sepupu saya yg amek architecture sbb ayah saya bnyk guide dia spnjg dia belajar.Even final project pon ayah bantu sbb ayah saya mmg amek kos tu.Wallahualam.

Anonymous said...

Aku dah rasa mnyampah dgn doktor, dekat setahun aku cuba memahami hati seorang doktor wanita. Egonya tinggi, mintak perhatian dan difahami, bila aku dah fahami tugas dia, dia pulak tak pernah fahami aku, rasa menyampah pon ada, rasa mcm nak brake pon ada, bila aku ajak kahwin, dia bg seribu alasan. Bkn semua doktor wanita mcm ni, tp yg aku sdg berkawan ni aku sgt mnyampah sgt2,

Hanin said...

nak sangat dapat suami doktor. bagi saya, kerja ni mulia sebab dekat dengan Allah.

tapi xtau mana nak cari doktor beriman yang belum kahwin. selalu doktor2 ni kahwin awal :(

(boleh plak buat ayat sedih kat cni)