21 March 2012

Keluar Bersama Makwe-Makwe Cantik.

Hai semua. Malam semalam punya semalam punya semalam punya semalam  I keluar makan-makan dengan 3 gadis sunti. Hover tau skali 3 ghittewww. Actually ada sorang lagi lelaki tetapi dia tersesat dan terlambat. Jadi ni je la yang ada. Disebabkan Jumaat je kami cuti so hari lain kena menghadap muka doktor, so kitaorang decide nak keluar makan-makan sebab dah lama tak lepak sama. Lebih kurang setahun tak lepak sesama. Lama kan, padahal satu universiti je pun. Rumah 2 blok sebelah je. I pun dah lamaaaaaaaaa sangat tak keluar borak-borak, jalan-jalan dekat luar. Asyik duduk rumah. Biasala I kan pemalu. Asal pemalu je muka I, asal muka I je pemalu...hihihi...Phuiiiihhh.


Dah lama tak normalkan diri keluar bersuka ria apabila malam Jumaat tiba bersama temen-temen gue. Tak da apa yang best pun cuma lepak-lepak makan-makan minum-minum air mineral je dan tangkap-tangkap gambar macam orang pelik lepas tu balik. Oh lupa lepas tu borak-borak sikit mengumpat sikit-sikit dah. 


Destinasi nak makan-makan ialah La Dolce Vita. Nama restoran nak gedebommmm je. Duk boleh nak meletops lagi ke pak arab oi. Over tau kau.! Menci ahkak. Restoran ni baru buka. Terletak kat bawah jambatan. So sebelum duduk makan-makan mengumpat semua siap lengkap kena ada insuran nyawa dulu lepas tu kena tepon mak takut apa-apa terjadi ke. Ok I tipu je. Dia kat bawah jambatan tapi sebelah kiri bawah jambatan dekat selekoh corner tepi jalan. Mengerti sekarang.?! Ok dah kelaut. Tak syok kalau entri tanpa gambar ibarat muka je cantik tapi perangai macam Kim Kardashian. Haaaaa pernah dengar pepatah ni.? Tak kan. Hanya disini je dengar pepatah ni.



Let me introduce you to my party people in the clubbbbb..
From left Izni. Ayu in the middle and last Diyana Bulan.



Izni baru beli Samsung Galay Tab. So muka I terjakun sekejap dalam gambar ni sebab tak tahu nak tekan mana bila ambil gambar. Tu jadi camgitu tu.



Borak-borak lepas tu makanan pun sampai. Ah skema ayat.! Ok ngumpat-ngumpat pasal doktor tu baru beli kereta baru la, mak cik kerani Univ layan tak ikhlas la then baru la makanan sampai. Harga makanan kat sini ok la. Sebab tengok harga then bahagi dua. So murah-murah. Arab sini kalau layan  kitaorang cakap kita ni dari Malaysia konfem layan baik sebab dia tahu budak Malaysia banyak duit dan matawang kita tinggi kat sini. 



Desert kat sini memang best kecuali cheese cake dia tak berapa nak kick. Rasa nak kick je chef dia sebab tak bubuh cheese bebanyak. Brownies dia memang sedap sebab siap ada aiskrim kon yang dia terbalik tu.




Sebelum makan kena bergambar dulu. Minah arab yang amikkan gambar ni malu-malu pulak. Penampor baru tau.! Kihkihkihkih...




Ahh matangnya rupa. Lepas makan pun kena amik gambar. Apakejadah nyer semua ritual ni.




Ok lepas makan blah la kan nak tunggu apa lagi. Tolong cuci pinggan, mop lantai kat kedai tu ke.?! Ok tak lawak. Bergambar kenang-kenangan sebagai tanda kami pernah ke sini. Jalan-jalan cari makan punya ayat.




Demikian tamat. Assalamualaikum.

Maaf la gambar hentam keromoh je masuk. Lantak. Asalkan publish jugak hari ni. Kalau tak susun kat draft. Tahun depan baru publish. WTH.?! 

So inilah kisah gue keluar bersama-sama temen gue. Makasih yaaaa sudi baca. Ketemu di lain bulan itupun kalau tak busy nak update. Oh galaknya I update blog 3 kali sehari...Kena rasuk ke haper ni.?! Ok. Bye semua.!~



8 comments:

kura said...

bukan makwe2 itu yg ku kisah, tp makanan ituuu. wahh. sedapp!

A said...

inilah doctor paling cool yang pernah saya jumpa..haha

ascil.punye.lah said...

hoiii sedapnya eskrem kon trblik tuuu

vendoline said...

happening ! sedap lak tengok mkanan tu..mai sikit.hehe

tuanseliper said...

wah2 byk sih makannya.haha.nxt time ada lebih mknan 2 boleh la pos:))

Muhammad Al-Afiq said...

kura : ye saya thu rmi kisah mknn tu..haha...

Alfi Kasran : oh yeke...no laaa...ada rmi yg cool lg...

ascil.punye.lah : sila la telan air liuq tu ye sbb mmg sedapppp..

Edy Fee : meh la sini..nk bg jauh benor... =p

Unknown said...

kat gmbar mula2...
gadis yg tgh paling cnteq!
hahahaha

Anonymous said...

sekali sekala keluar dengan kawan kawan kan. mesti seronok. nampak sedap makanan kat atas ni. :)