It's a food fight again. Yes and also it's zapin team again people. Okay ok I know u guys mesti dah muak pasal zapin ni kan. Huk eleh dia sorang jela yang berzapin orang lain tak yah.! Kakak I pun dah post kat wall fb I suruh berhenti post pasal zapin ni hah. Boringgggg katanyer. Amboi dah pandai post kat wall sekarang. Mahu kena rejam dengan aku balik Malaysia nanti. Ready la dari sekarang ye kakak. Kita lawan Stars Wars nanti. Ko amik pedang hijau aku amik pedang biru. As u guys know, I busy lately dengan exam. So sekarang baru habis study and nak release sikit tension, jadi meh la kita menulis seperenggan dua ye dok.! I pun kadang-kadang baru teringat yang I ada blog.
So last 2 weeks, ada gathering untuk group zapin since we have decide nak buat untuk kita-kita aje. This event was held at Rahim rooftop. Best kalau duduk Egypt ni. Ada rooftop untuk partayyyyy. U olls kat Malaysia tu ada ke.?! We planned untuk ber-BBQ. Dari pagi semua tahan lapar sebab nak serang BBQ waktu malam. Bila waktu malam kamera I tido, so gambar pun tak berapa nak lawa. I dah suruh dia berjaga tapi dia tak mahu. Acane tu.! Tapi apapun it was successful event coz we have so much fun and really enjoyable. Memang seronok sebab nak hidupkan api arang tu je dah 2 jam. Seronok habis la kan.!
Geng hidupkan arang 2 jam. Ni kalau terdampar kat pulau tak tahula macam mana.
Best senanye gathering macam ni. Relationship dengan senior dan junior makin rapat. I dulu nampak si Atiq ni angkat-angkat kening je. Dengan Shahir bila selisih angkat-angkat eyeball je. Sekarang dah kenal dah boleh borak, gurau, bukan saje angkat-angkat kening je sekarang ni tapi angkat-angkat meja baling kat kepala, angkat member baling dari tingkat 7 lepas tu naik balik terjun balik. Fuh memang ohsem la.
See terliur tak.?! Hover tau ekau edit picture sampai gini sekali. Ni kalau umi I tengok ni mesti dia tanya "Adik, macam mana ayam tu ada bintang-bintang"...Hermmm "sebab dia ayam emas so bila dipanggang berkilau-kilau la umi"...Panggggggg kena hempuk dengan dulang.!
Malam tu kitaorang dah overcapacity makanan. Terlebih-lebih plak. Ada ayam la, sosej, daging burger, and etc. etc. Masing-masing datang perut flat je, balik rumah perut maju ke hadapan. Semua tahan nafas bila nampak awek arab cun lalu depan kitaorang. Control-control. Bila diaorang dah blah masing-masing lepas balik nafas. Ok tipu.!
Gotong royong makan beramai-ramai. Behind the scenes masa tengah makan tak usah la kan nak amik gambar sebab kalau amik jugak dah hilang macho. Hik.! Semua ceria je kan. Mahu kau tak ceria dapat makan sedap-sedap.! Blurpppppp....
Me with Atiq. Bukan penari zapin Istana Budaya ye. Gambar dengan Atiq je banyak malam tu sebab orang lain tak reti nak camwhore. Ermmm senanye kitaorang kurang bekerja, banyak bergambar. So gambar camni je dah doploh keping. Tu tak pelik bila kat laptop ni gambar koleksi I je dah nak dekat 10 GB.
Ni la dia group Zapin Sador. Hamboi kemain yang baju kelabu depan tu, nak posing pun ala-ala berzapin. Perlu ke.?! Habib was missing sebab dia ada hal yang tak dapat dielakkan. Gambar makanan pun banyak tak amik sebab terlupa. Tengok-tengok je semua makanan dah ada dalam perut. WTH.?! We have so much fun that night sebab semua kenyang, borak-borak tak tentu pasal, nyanyi sikit-sikit lepas tu pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Till we meet again and perform again next year Insyallah. Standing from left Rahim, Shahir (bukan Shahir AF 8), Atiq, Jyme (master zapin), Hanif, Pert, Me, Piqal. Ni nak kabo sikit kalau siapa yang belum tahu la kan. Yang barisan belakang tu semua tak single lagi, yang barisan depan je single lagi. Ok bye.!
6 comments:
halohhhh kau pun.aku dah le tengah lapar.
eh hidupkan api pun dua jam,acane nih perut dah berzapin ke depan ke belakang mintak diisi.
wow! beznye dpt buat bbq ngan geng2. tp plg nyampah mse nk buat arang tu menyala...
lama giler nak hidupkan api.. and sempat lagi kan kata single.. hahaha
haha.baca entri sambil tersenyum dengan ayat2 yang mencuit hati. :)
BTW, bestnya dpt berBBQ n berzapin.
wooo. bbq uolssss :)
bestnya buat bbq.
sumtimes majlis macam ni lah yang buat kita bertambah mesra dengan orang lain yang jarang kita tegur . kan kan?
huyoo, akak and adik lawan star wars tuu. heheh :)
Post a Comment