11 July 2012

Kerja Amal Musim Panas Di Egypt

Mesti korang semua tertanya-tanya mana hilangnya I kan sejak dua menjak ni. Mesti kan kan kan. Mencik la semua menunggu post yang baru dari I. Verangan habis dah I ni. Baling mangkuk tandas jap kat I ni bagi sedor sikit. Panggggggg. Haaaaa waras sikit. Tetiba lama tak hupdate kan rasa retis bagai plak perenggan pertama ni.

Niat di hati nak update malam semalam. Boleh plak tetiba blackout. Hangin je aku malam tadi. Kena pulak musim panas. Memang kari berapi la aku. Tidur berpeluh-peluh dengan nyamuk sana sini dah serupa macam orang Afrika tahu tak.! 2 jam lepas tu baru la ada elektrik balik. Ko ingat aku nak update blog dengan mood marah-marah. Haremmmm memang tak. Pagi ni mood ceria sikit baru boleh hupdate.

So 3,4 hari yang lepas I jadi sukarelawan dekat hospital untuk peperiksaan senior-senior I tahun 4 yang dah start clinical training diaorang. I jadi patients untuk di check oleh bakal-bakal doktor ni. Memang menyeronokkan sebab banyak pengalaman dapat. Dekat sini kita boleh nampak diaorang semua nervous masa doktor tanya soalan. Ada yang smooth je jawab, tapi ada jugak yang errrr..emmm...hurm...lepas tu blank.


Tahun 4 belajar pasal Paediatric dan Gynecology so soalan semua pasal tu la. Yela takkan tetiba pasal Ophthalmic plak kan. Gambar atas ni pelajar kena tunjukkan cara-cara macam mana nak buat procedure abortion kat patients. Walaupun tak belajar lagi pasal ni tapi at least dah tahu la sikit-sikit sebab tengok diaorang buat. Ada yang menggigil tangan nak buat, ada yang rileks je watlek watpeace,  ada gak yang langsung tak boleh cakap apa-apa sebab nebes punyer pasal.



Station ni betul-betul sebelah station I. Kalau gini kena diagnosis pasal penyakit budak kecik tu. Nampak tak budak kecik yang mak dia dukung tu. Doktor yang examine pelajar-pelajar ni garang giler. Tak dapat jawab dia tengking. Hamboi duk boleh nak hyperbola lagi ke citer ko Fiq. Tak tipu je. Tapi doktor ni garang sikit la dari doktor lain. Agak rumit jugak station ni sebab biasa la kan budak-budak ada penyakit ni banyak ragam dia. Menangis jangan cerita la. So kalau budak tu uncomfortable kena tukar dengan patients lain. Masa yang diberi 8 minit. Nak buat penukaran je dah amik masa. Ada students yang langsung tak dapat sentuh patients sebab budak kecik tu meragam so doktor terus suruh bagi diagnosis. Tapi caner nak diagnose kalau clue yang dapat sikit je kan. Tu la korang kalau nak amik medic ni kena pikir sampai 4 purnama nak ke tak jadi doktor ni.


Haaa yang ni kat station I. Ahkak atas ni power giler amik history taking. Sebelum kita nak examine patients kita kena amik dulu history pasal penyakit dia yang lepas-lepas, ada family history ke tak, present history macam mana. So I la yang jadi patients kat station ni. Nanti akan diberi satu kertas so students kena tanya I untuk dapat clue penyakit apa yang I hadapi. Tapi mostly ramai students Malaysia dari arab so almost semua senior I tolong. Macam-macam mimik muka aku bagi. Ada tu I siap terus bagi jawapan. 



Ko tengok tu. Orang sibuk tengah exam ko boleh plak buat photoshoot kenzzz. Tapi tak pa doktor pompuan tu memang sporting habis dan mostly memang dia nak tolong students. Untung giler kalau siapa dapat doktor ni. Memang best dari doktor hari kedua dan pertama. Doktor hari kedua I tu macam strict sikit. Tapi ni rezeki masing-masing kan. Ramai senior-senior ni tahu jawapan dia tapi nebes. Bila nebes tu ada yang langsung tak tahu nak tanya apa kat I. So bila diaorang tak da idea nak tanya I maka clue nak tahu penyakit apa tu yang susah. I nak tolong pun tak tahu macam mana kalau yang students jenis tak reti menyoal ni. 

So inilah kerja amal yang dilakukan oleh Afiq Volaris comel belaka di musim panas. Muka pun dah makin gelap dipanggang matahari pabila berjalan pulang balik dari universti dengan peluh mencurah ke ladang gandum dari atas sampai ke bawah. Fuhhhh rasa seksi plak orang single jalan sensorang balik dari univ sambil peluh-peluh. Ok tipu. I jalan ramai-ramai dengan kawan I balik universiti. Ko giler nak suruh laki hengsem single macam aku ni balik sorang-sorang. Kena rogol dengan minah arab tak ke susah nanti. Hikhikhik. Rasa nak baling pinggan kan dengan statement tersebut. I pun rasa macam tu. Ok kita serupa.

So konklusinya memang ni satu pengalaman yang best sebab dapat tolong orang, dapat ilmu baru, dapat usha-usha kakak senior yang comel putih-putih memang geram je tengok, lepas tu dapat kenal-kenal dengan doktor dan paling penting dapat duit. Oh yang atas tu sukarealawan tu I kelentong je. Macam la tak tahu I ni kan. Mana boleh jadi sukarelawan dengan 3 jam berpeluh muih dekat hospital tu ko nak sukarelawan. Memang tak dapat la. Keji perangai kan. Ok tu je nak cerita. See you in next enrty.

It doesn't matter kau budak medic tahun 4 ke tahun 5 ke tahun 6 ke, tapi bila doktor soal "what is the liver function test for" yang kau belajar masa 1st year dulu then ko jawab "want to see the liver is normal in shape or not". Hello ahkak, kita nak tengok bilirubin dengan keratin level la. So study medic mesti istiqamah. That was the lesson I learnt from yesterday.






6 comments:

laskar pelangi said...

Bagusnyaaaa dia buat kerja amal.Ekekeke..
Dah tak lama masuk bulan ramadhan.nak wish selamat berpuasa lahhh^^

vendoline said...

bestnye dpt opportunity buat keje amal best dmni..all the best

tuanseliper said...

alhamdulillah. bagus2 ank sape la ni.hahhaha:P

nabila azmi said...

hehe..afiq...thanks share penglmn..menrik!!..hehe...

hope kita semua survive la untuk smpai mnjdi doctor yang baik..=)...

Anonymous said...

happy to know that u really into this field. suha harap afiq berjaya bergelar doktor satu hari nanti. amin

:D

Dhiya Fariza said...

Ehhhh I tak dapat station u during my osce nih! Alhamdulillah I passed my fourth year :D tuhan je tau cuak nya kitorg waktu ni!