Hello semua. Hari ni update lagi pasal benda yang simple. Tajuk memang tak nak kalah kan. Macam nak ajak gaduh je. Well kena la gempak u olls tajuk nyer, baru la ada orang baca. Baiklah seperti biasa entri ini ditangkap muat di facebook dan tugas iolls hanyalah copy dan paste di sini. Tapi hari ni berbeza sikit sebab I rajin sedikit, so marilah bersenamkan jari jemari ni. Let's follow this simple steps to super-charge your brain and Insyallah boleh jadi genius macam Eilbert Einstein.
1- Makan kacang Almonds.
Kacang almonds dipercayai boleh menguatkan memori dalam otak. Susu dan almonds sangat bagus jika diambil bersama sebelum tidur atau selepas bangun tidur. I dah try and yes hari ni I tak terlupa lagi nak update blog. Kalau raya nanti boleh buat biskut almond London bebanyak bagi tetamu yang datang cerdik-cerdik belaka. *tetiber*
2- Jus epal
Kajian dari Universiti of Massachuettes menagtakan jus epal meningkatkan penghasilan neurotransmitter acethycoline dalam otak dan mengukuhkan memori dalam otak.
3- Tidur yang cukup
Bab ni memang I selalu buat uolss. Tak yah suruh pun boleh buat sendiri. Kadang-kadang sampai terlajak subuh. Demn.! Tidur yang cukup membantu perkembangan cells dalam badan dan meningkatkan tumbesaran.
4- Lakukan aktiviti yang disukai
Stress boleh menganggu perkembangan otak manusia. Jadi dengan itu kita kena enjoy something yang pleasurable. Macam dengar muzik, selawat dan zikir, tengok movie dengan kawan-kawan, beriadah dan macam-macam lagi yang korang suka.
5- Berpuasa sekali seminggu.
Kita sebagai umat islam memang tahu yang puasa ni memang bagus untuk latih diri supaya berdisplin and so on rite. Well bila kita berpuasa, kita akan detoxify bahan-bahan yang tak bagus dalam colon perut kita. So kiranya puasa ni akan mencuci segala bakteria-bakteria yang kotor dalam perut kita supaya ia jadi bersih.
6- Kurangkan makanan bergula.
Terlebih ambil gula akan menyebabkan banyak penyakit neuron symptom disorder. Kalau boleh bersederhana dalam makan gula tu. Especially bila ko beli coffee mix 3 dalam 1 tu atau apa-apa brand kopi yang 3 in 1 tu, ko pergi bubuh gula lagi dalam kopi kau tu memang mengundang penyakit tau tak. So just moderate ok.
7- Jangan makan yang berat-berat waktu tengah malam.
Kalau makan berat tengah malam, contohnya ko gi bantai nasi lemak sebungkus dengan roti canai 2 keping tengah malam kat mapley akan menyebabkan waktu tidur diganggu. Bila makan berat sangat waktu tengah malam and kau balik mapley terus terbongkang tidur, maka tidur kau tu tak bagus sebab under stress and boleh menyebabkan termimpi ultraman masuk KL dan bergaduh dengan raksasa maka runtuh la jambatan kat putrajaya tu.
8- Kawal kemarahan.
Nak elak kemarahan, selalu berwuduk setiap masa supaya setan jauh-jauh dari kita. Lagi satu nak elak marah, kita try positive mode dari setiap quotes atau motivasi yang pernah kita dengar.
9- Makan vitamin B-Complex
Vitamin B-Complex memang bagus untuk kukuhkan memori dalam kepala otak kita ni. Jangan makan bayak sangat makanan yang berkanji tinggi dan roti putih sebab mereka ni akan merosotkan perekmbangan otak kita.
10- Buat senaman otak
Tahu tak nak senamkan otak. Jangan ambil dumbell lepas tu letak atas kepala ye. Dilarang sama sekali tau uolls. Senaman otak ni simple je. Cuba main doodles, sudoku, words search, jigsaw puzzles and try buat latihan matematik tambahan banyak-banyak. Hihihihi.
Simple kan.! Tak susah pun. Well setakat ni yang secara konsisten I selau buat ialah nombor 3 tu. Memang masyukkkk. Ok jumpa lagi dengan tips yang best-best. Remember, sharing is caring. Bulan Mac ni memang bulan sihat dan bulan copy paste je ye.! Ok bye
1 comment:
dan banyak baca Al-quran ... seronok bace blog anda
Post a Comment