9 March 2013

Perihal Rambut

Kelmarin ada la hal sikit kat gym kan.

Tengah sibuk angkat dumbell 50kg nak buat biceps curl ( waaa gagah sangat kan 50KG ) ok tipu. Datang plak pak arab ni kat I. Well bukan pak la tapi abang arab sebab umur 20-an macam tu la kot.

Dia datang tak bagi salam, hi, hoi semua tak tetiba belai-belai rambut gua plak. Gua dah panas dah ni. Rasa semacam pun ada gak. Girlpren gua pun tak belai rambut gua ni. Dia belai benda lain. Huh.! Apakah.?! LOL ok just kidding.

Ok berbalik kat pak arab tadi, ok silap, bang arab tadi, dia belai-belai rambut I ni sampai I dah rasa macam kucing plak. Then I tepis la tangan dia. Tanya kat dia dengan nada Asian yang sopan santun gitu "pehal ko.?" 

Lepas tu dia kabo apa mende tah sebab arab dia I tak faham. Ermmmm well bukan tak faham tapi memang bahasa arab I ni lembab sikit. Dah 3 tahun still terpinga-pinga cakap arab. Lepas tu member dia datang explain kat I. Dia kabo "YOUR HAIR IS VERY BEAUTIFUL AND SMOOTH". Ko dengor tu. Jam tu gak I libas-libas rambut I macam Maya Karin dalam iklan Loreal tu.

Tak jadi nak marah, pukul apatah lagi khenzz.

Balik rumah terus shampoo rambut bubuh conditioner then tidur.

Esok pagi bangun mandi shampoo lagi rambut lepas tu bubuh conditioner gak.

Petang tu pun buat rutin sama.

Seumur hidup tak pernah basuh rambut 3-4 kali sehari. Ini luar biasa sangat.

Khembang khunchup kena puji rambut tantek.!

Ok tu je nak cerita. Jagalah rambut anda supaya cantik macam I. Eh bukan, macam Maya Karen.

Header baru. Woot.! Woot.!


Agak-agak Loreal Paris nak tak amik I gantikan Maya Karin jadi duta produk shampoo. Nan hado kan. Verangan la koooo dik non. Phuih




1 comment:

Nur Hafizah Hussain said...

lawak lah... boleh duk bayang camne.. cehh..