19 March 2013

Blackout

Tajuk dah nak sama macam kak Britney Spears punya album dah tau. Lama tak update gini la tajuk gedeboom je nak bagi. Blackout maksudnya tak da elektrik. Sama la keadaannya dengan Mesir ni. Sejak awal bulan lagi dah dia tunjuk taring. Hari-hari blackout. Nasib dah download apps torchlight kat fon. Time baru buka buku muka surat 1 nak ke muka surat 2 tiba-tiba tak da elektrik. Baru je nak jirus air kat kepala dalam bilik air, tiba-tiba tak da elektrik. Meraba-raba sensorang dalam bilik air tu. Sabor jela. Bukan kejap. Lama gak la. Tahu-tahu je tubuh dah ada dekat atas katil je. Bangun tengok jam 3 pagi. Apa nak buat pukul 3 pagi.? Ermmmm scroll beautifulnara la. Keji perangai.!


Kalau bubuh candle gini time blackout memang tak jadi benda la. Buat music video Misha Omar Bunga-Bunga Cinta pun boleh.


Semalam kena food poisoning. Breakfast ingat nak makan pancake je. Ermmm tak kenyang plak. Lepas tu tengok ada 2 keping cheese cheddar dalam peti ais tu. Ambik makan kapit dengan roti. Rasanya dah lama beli cheese tu. Tak tengok plak tarikh expired dia. Bantai masuk dalam perut. Tengahari tu perut dah memulas-mulas. Asik kentut tak henti. Then malam tu masa kat gym, kepala dah pening. Masuk toilet gym terus muntah. Belambak keluar. Warna dengan bau tak boleh tahan. Tetiba teringat macam mana la ibu mengandung muntah tiap-tiap hari. Nasib muntah dalam jamban. Kalau kat luar gym tu, mahu malu 1000 kali sayang malunyer. Mana nak letak muka comel ni. Ce kabo. Ermmmm balik gym tu rasa macam tak habis muntah je. Sampai rumah muntah lagi. Kali ni kaler putih plak keluar. Adoiii perut kena gag reflex ni memang sakit. Terus dah macam-macam diagnosis I buat sendiri. Beli ubat kat farmasi, then dah muntah berhenti. Badan tetiba dedau plak. Rasa nak demam. Telan panadol 2 biji, tidur terus. Bangun ajak kawan gi makan sebab appetite dah ada balik. Sekarang dah ok sikit. Kat sini kena belajar berdikari. Sakit pening semua kena buat sendiri. Tak boleh nak depends kat orang sangat. Semua buat hal masing-masing. Nasib ada kawan baik offer macam-macam pertolongan. Ada jenis bangsa yang tak amik kisah tu, ermmmm lantak kau la sensorang sakit dalam bilik tu. Tengok-tengok je dah kejung jadi mayat kan. So hidup ni tak leh sangat nak depends kat orang lain. Give a man a fish, he will be happy for a day. Teach a man how to fish, he will be happy for the rest of his life. Ok tu je luahan rasa hari ni. Akan diupdate pada masa akan datang...kalau ingat.!


Camgitu la muntah semalam. Tersembur keluar. Perghhh keluar kaler gitu. Rasa pedas-pedas berlada sikit. Tapi lega la dapat muntah.



No comments: