3 November 2010

Berkonvokesyen dalam hujan di Majlis Konvokesyen UUM 2010...

Entri kali ini memaparkan saat-saat indah dalam kehidupan seorang mahasisiwi yang akhirnya digelar graduan dengan merangkul segulung ijazah...tahniah diucapkan kepada Nurul Aimi Bt Md Nor atas pencapaian anda dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Dalam Kepujian- BBA Hons UUM....

Ok intro entri tak nak kalah macam pengacara Majalah Tiga buat laporan pula...pulang sahaja dari kuliah hari ini menerima panggilan kecemasan telefon dari angah di Malaysia secara langsung dari Kedah..."Hello adik hari ni angah konvo"...sungguh terharu mendengarnya...rasa terover excited pula macam diri ni yang nak konvo...fuuhhhh bila mengenangkan 4 tahun setengah lagi aku nak konvo dan bergelar seorang doktor rasa macam nak tercabut je kepala...by the way congrats again angah...you are the first in our family yang pakai jubah konvo sewa and also wearing the weird cap...



Ayu dan comel...
bercamwhore dulu sebelum menerima ijazah...satu kemestian


Walaupun aku tiada di tempat kejadian tapi angah sempat lagi text kata konvokesyen kali ni hujan lebat...tak dapat nak tangkap gambar banyak-banyak...gambar wajib kanak-kanak riang selepas konvokesyen baling topi pun tak dapat...





Dewan Muadzam Syah yang menjadi saksi graduan-graduan berjaya mengambil ijazah...
Walaupun mengambil ijazah bertemankan hanya kawan baik kerana umi dan ayah yang menunaikan haji di mekah tapi angah tetap tabah...yeahhhh...you go girl...!!!
 I'm supposed to be there at that time but since UUM dah tangguhkan tarikh hari konvokesyen kerana masalah banjir maka kempunan lagi aku nak tengok orang konvo...oh batu belah tertangkup...




Jubah sewa...
Bersiap sedia untuk memasuki dewan...




Majlis dah pun selesai...harap-harap majlis menarik walaupun tiada di situ...
Ok tengah bayangkan sekarang...



Angah keluar dari dewan dengan senyuman teruja...




Angah keluar dari dewan mencari rakan-rakan yang bersepah...menggilai glamour...




Kawan telah dijumpai...
Thanks kepada kawan angah yang sudi bersama di hari konvo...




Peneman setia menggantikan ayah dan umi...
Credit kepada akak Izarda Yasin yang sudi ikut dari Melaka hingga ke Kedah untuk hari konvokesyen angah kita....




Bercamwhore sebentar sementara menunggu hujan reda....



Dah 3 hari di Kedah maka tibalah untuk pulang ke Melaka semula...terima kasih juga kepada keluarga pak cik Ghafar kawan baik ayah dari kecik lagi yang sanggup memberi penginapan kat rumah mereka di Kedah...
Terima kasih semuanya...(kenapa macam aku yang terlebih over kat sini beri ucapan)...
Kerana suhu air masih lagi belum mencapai langit maka angah dan kak iza nak flight sebab semua jalan darat dah ditenggelami air so kita guna jalan udara pulak...






A long journey that u have been through...
congratz angah...!!!
you make me proud...




Nurul Aimi the things that i do for you...haha...congratz for being where you are right now...you are the sisters that everybody wish for...you are a gift to the heart,a friend of my spirit and a golden thread to the meaning of our family...
~xoxo~











4 comments:

iKhRam said...

tahniah..
berkongsi kebhagiaan dan kejyaan adik beradik itu satu nikmay yg besar dari Allah.. semoga afiq yg di mesir meneruskan pengajian dgn baik dan cemerlang...

semoga ada jalan pada setiap kesukaran k?

Muhammad Al-Afiq said...

terima kasih en ikram...ye btol2 kita kna support adik beradik ni...

muyukerukatika said...

wahh best,tahniah.ney hari first ke second convo,? sebab lepastu jln nk masuk uum dah tutup

Muhammad Al-Afiq said...

muyukerukatika : tak thulah...rsanya hri second konvo....