3 January 2011

Lelaki Bergetah dan Perempuan Kendur...

Hai semua...kita buka post pertama 2011 kita dengan kisah cinta...hari ni cerita pasal cinta usia...( kenapa tiba-tiba rasa macam dalam rancangan Wanita Hari Ini pulak )...kisah cinta terhebat kat sini nak cerita...oh yang tak hebat tak yah cerita bungkus dalam surat khabar baling dalam longkang....hahaha...tapi bukan nak cerita pasal cinta saya...saya masih single dan "saya ok"..( ambil trademark nak menghanjing sikit Azwan Ismail gay melayu terhebat tu )...sekadar nak kongsi pandangan dengan korang semua sebab bila berada di bumi Mesir ni ramai pulak  kawan-kawan yang bercinta...masuk je musim sejuk mesti ada je couple baru kat sini...adakah musim sejuk adalah musim mengawan...errr..? 


Tapi yang peliknya sebab ramai lelaki minat kepada wanita yang berusia...kalau laki tu lahir tahun 1991 mesti nak cari couple yang umurnya lahir tahun '89' atau '88'...kenapa dan mengapa lelaki minat pada wanita berusia..? Ok this is seriuzzz bisnezzzz guys...adakah kerana perempuan tu hot mantap dan seksi lalu laki-laki cair dan terus nak ngurat...ataupun sebab senior kan so nanti bolehlah cepat popular kat sini...takpun sebab perempuan tu gatal tengok mamat hot ni badan berketak-ketak siot lpas tu junior plak tu boleh buat anak ikan...kenapa anak ikan...tak anak kambing ke anak kucing ke anak tikus ke...itu tak dapat la nak jawab sebab diri ni tak pernah pulak bercouple dengan perempuan yang lebih matang...oh maknanya aku tak matang la ye...ishhh...still nak dapatkan jawapan yang pasti sebab akak sendiri pun memilih boyfriend yang lagi muda...ermmmmmm...takpun maybe sebab perempuan tua tu nak feeling muda kan sebab ada laki muda...so bolehlah pakai macam orang-orang muda dan tak nampak macam ala-ala mak orang githewww...


Tapi apa yang penting bila tengok laki-laki couple dengan perempuan yang lagi berusia macam bertahan lama je..mungkin kerana si perempuan yang berhati lembut memahami kehendak laki-laki muda...biasala laki muda rakus dan ganas sikit kehendak dia...eh.! apa yang aku melalut ni...yela laki-laki muda ni kadang-kadang hangin pun tak tentu pasal asyik nak mengamuk je...maka perempuan tua akan datang dan memujuk...ececehhh...kalau aku jadi perempuan tua tu dah lama kena makan kaki laki tu...tapi tak payah la kau nak pelik-pelik sangat sampai malam tak boleh tidur dan tak boleh nak hafal structure of skull dari tadi ni sebab Nabi Muhammad pun berkahwin dengan Siti Khadijah yang ketika itu usianya 40 tahun dan Nabi pulak 25 tahun...so tak yah nak pelik....bagi aku kalau dah serasi dan saling memahami antara satu sama lain apa salahnya kalau bercinta tanpa mengira usia...tengok macam Ashton Kutcher ngan Demi Moore..walaupun Ashton Kutcher muda bergetah serta body berketak-ketak tapi still lagi pilih Demi Moore yang dah tak tegang tu...eh apa yang tegang dan tak tegang tu...lu pikir la sendiri...  



Masa ni Demi Moore masih lagi tegang kot...(-__-)"
Sweet je kan tgk mereka macam nak makan gula-gula plak sweet2 nih..


Rasa susah jadi yang termuda dalam lecture dan antara batch sebab aku yang paling muda...bila nak buat couple je ngan minah sorang ni mesti dia pikir macam pangkat adik-adik je...sama dengan kawan-kawan laki asik kena buli secara psychology je...asyik cakap tak matang je..wei ko tu matang sangat ke..? telor ko dah cukup masak separuh matang nak cakap org matang ke tidak...aku Ashton Kutcher la...aku nak Demi Moore...!!! eh perasan gila babeng..hah.! kau yang tengah baca tu jangan plak gi amik baldi berisi spender lalu muntah hijau..kang aku hempuk dengan push up bra cap audrey saiz 32A minah arab gemok sebelah rumah aku kang...





Tapi betullah orang kata cinta tak kenal usia...
Cinta selalu bermula dengan benci...
Eh.!  pehal lak tetiba jiwang nih...(-____-)"







No comments: