31 December 2012

2013 Calendar

Hi semua. Ni entry paling cepat nak ditulis sebab kita nak update blog waktu Malaysia. So now 11.34 malam kat Malaysia dan 5.34 petang kat Egypt. Baru je lepas solat maghrib terus hadap lappy ni kejap. Jadi tinggal setengah jam je sebelum 2013. So tahun baru ni tak ada apa la nak di azam kan. Setiap tahun ko duk post azam wish list bagai kan. Buatnya tidak la kan. Tahun 2020 pun belum tentu ko buat. Jadi no wish list for 2013. I cuma harap satu je. Moga Allah permudah kan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik dan berterusan kepada keluarga dan dilimpahkan dengan rezeki yang tak terduga. Insyallah. Lagipun 2013 nanti, family makin besar dengan kedatangan orang-orang baru. Nanti update pasal tu. So HAPPY NEW YEAR 2013 semua. 




So many things happened in 2012 and I'm very grateful to have the chance to own the memories. Suppose to be gambar ni entri berikut-berikutnya tapi since I tak rajin bergambar self pic so terpaksa amik gambar ni dulu letak kat sini. Always like that. Tahun 2013 ni kena banyak self pic ni. Eh.?! Ok bye

Rasa awkward sangat nak cakap tahun lepas bila bangun esok pagi kan.





27 December 2012

Pengalaman Cium

Well tajuk je dah macam kontroversi. Nak tarik minat korang baca sebenarnya. Tajuk entry mesti nak bedebooom je kan. Ni bukan entri nak buat tutorial video apatah lagi kelas mengajar cara-cara nak bercium. I just want share my experience and boleh jugak dikatakan mengenal budaya masyarakat Egypt kat sini. Since I kat Egypt ni, I tak pernah kongsi pengalaman dalam blog ni. OMG.! Entri sebelum-sebelum ni sampah sangat. Baru realized.! Damn me.!!! Ok now korang yang baca ni kena open minded sebab perkara nak kabo ni serius tau. So I tak nak la lepas ni kena hentam orang hantar komen kat nuffnangx I tu komen bukan-bukan. Nak gaduh jom la kat simpang empat depan tu wei..! Ok back to the topic CIUM.!



Haaaa kan dah kena cium kasut buat entry kontroversi. Hamekkk kau.!


You guys tahu tak CIUM tu apa.?! Haaaa cium tu macam nasi kerabu dengan ayam panggang Nando's digolek-golek dengan madu sampai masak. Lepas tu makan dengan kentang goreng pom boleh. Oh kuat sangat I berimaginasi pasal makanan kan. Ok citer sebenarnya macam ni. Masa fisrt time I datang sini kat Egypt, I memang noob pasal budaya arab kat sini. Cakap arab pun tak reti. Setakat ana enta tu je yang I boleh. Fail sangat arab I masa tu sebab I tak pergi kelas arab masa kat Malaysia sebelum datang ke Egypt ni. Bajet pandai je walhal nan hado je arab ko kan. So nak dipendekkan cerita sebab tak nak panjangkan kebodohan I tak reti cakap arab T__T , satu hari yang hening housemate I mintak I beli ayam kat kedai belakang rumah I ni. Since I paling muda dalam rumah tu so I selalu dibuli untuk membeli barang dapur sendirian. Sadis sungguh. Sebelum keluar rumah, I tanya housmete I "wei nak cakap apa nak beli ayam ni". Lepas tu housemte I yang I ingat pandai arab ni sebab dia pergi kelas arab masa kat Malaysia sama gak tak tahu nak cakap apa. Cisss tak membantu langsung. Housemate cakap "ko tunjuk je kat pakcik tu ayam". Ermmm thanks housemate.  Maka budak yang muda kena buli tu pun pergilah beli ayam kat kedai belakang dengan konfidennya pak cik tu faham dia punyer arab yang tak seberapa tu.


Ok dah perenggan ketiga ni, masih citer pasal ayam tau. Korang dah boring ke.?! Tak kannnnn. Ok continue kedai ayam. So sampai je kedai ayam tu I pun tunjuk la I nak ayam tu. Tak cakap apa pun. Main tunjuk-tunjuk je. Ni salahkan housemate I sebab dia suruh buat gitu kan tadi. Tapi nasib pak cik ni sempoi je. Lepas dah sembelih dia pun ada borak-borak dengan I tapi I angguk-angguk je lepas tu senyum lebar-lebar. Dia ketawa I pun buat fake smile. Masa nak bagi plastik yang berisi ayam kat I tu dia pun salam la I. Dia tahu kot I ni budak baru datang sebab muka macam lost and blurrr je masa tu. Then korang nak tahu apa dia buat kat I. Dia CIUM I kat pipi. And I was like OMG.!!! Ada JANTAN cium I. JANTAN ok.! JANTAN.! JANTAN.! Terus I teringat lagu Katy Perry I kissed a girl. Damn pakcik ni bajet Katy Pery ke apa. Lepas tu I elak terus cabut lari balik rumah. Korang tahu tak ayam tu I tak bayar lagi masa tu. TAK BAYAR ok.! OMG can I stop using caps lock.


Sampai rumah I cerita kat hosmet I, diaorang gelak je. Tak membantu langsung hosmet nak comfort kan I. Ini tak membantu langsung kuasa dua tahu tak. Tapi masa tu tak realised pun duit ayam tu tak bayar lagi. Esoknya lepas habis kelas kat universiti, I balik lintas lalu depan kedai pak cik tu. Dalam hati debar jugak sebab takut dia perasan I lagi. Rupa-rupanya memang dia perasan I pun. Lepas tu dia panggil-panggil I terjerit-jerit macam pompuan nak beranak. Ermmmm dalam hati I cakap, "ni mesti dia nak cium aku lagi ni sebab pipi aku lembut". Sangkaan meleset sama sekali sebab dia nak mintak duit ayam semalam. Ok fine malu bukan kepalang sebab baru sedar ayam masak sup semalam tak bayar lagi. Well ayam tersebut dah jadi nutrient warna cekelat pakcik oi dalam lubang tandas rumah aku. Hehehehe.


Ermmm tu la pengalaman mematangkan kita. Tapi tak habis lagi ni. Well kalau korang nak tahu la budaya kat sini memang camni. Bila diaorang lelaki sama laki macam jumpa kawan-kawan kan, diaorang salam lepas tu cium pipi. Kita kat malaysia salam cium tangan kalau yang lebih berusia dari kita kan sebab nak tujuk hormat. Tapi sini kat Egypt lain sangat. Jarang jumpa diaorang cium tangan. I pernah buat gitu kat doktor Anatomy I. Lepas tu dia macam tak biasa and tanya I soalan macam-macam pulak. Lepas tu gelak-gelak pulak tu. Then I explained kat dia budaya masyarakat melayu Malaysia macam mana. Tapi lepas tu dia pun paham tapi dia kata tak yah la salam cium tangan dia. Instead of kissing his hand after our practical session end, he ask me to kiss him like Egyptian always do. Dia kabo u duduk kat Egypt mesti pandai  cakap arab and belajar budaya Egypt. So sejak dari tu I dah biasa kalau orang cium I and I cium orang. Sounds like murahan kan. Tapi what to do as pepatah melayu selalu cakap "masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kuda marilah kita joget gangnam style". Ye tu peribahasa baru.



Whatever it is, parents kisses is the best kiss ever.! Tak sabar nak jadi bapak. Eh?! Motip....


Since then masa I balik Malaysia hari tu I kalau jumpa makcik I atau pakcik I yang dah bertahun tak jumpa tu, I macam rilekkk je cium diaorang semua. I feel comfortable doing that thang.! Kita kat Malaysia lain sangat cara greetings jumpa kawan or relatives. Well that depends on a number of factors, starting with your locations. Some regions are of course more comfortable with men kissing chastely. Egypt has different custom than Malaysia, which is different from Korea, which is different from South Africa. Ok ni dah merepek. Apa yang I nak cuba sampaikan tadi maksudnya kita Asian lain culture dengan middle east and european. Setting plays a huge role. Ok dah membebel panjang. Nanti kalau rajin I share lagi experience I kat sini and some of Egyptian culture here. Till next post. Bye.!

 P palang S : So random Egyptian ni. Korang tengok dia pun nak ber Gangnam Style. Hobba Egyptian style katanyerrrrr. Layannnn.



19 December 2012

Afiq Volaris Complaining About Instagram

Yeah as the title stated above. Complaining people. So if you don't want to hear me complaint like mak-mak or auntie please leave. Read on your own risk. Sound serious right.!


So I guess every single person on this earth has instagram account. Well I just made it last couple of months ago. Ceh baru buat account dah nak complaint bagai kheennnn. I think it's cute application and convenient cause when you berpeluh muih and look messy sebab jalan 20 kilometer nak pergi kelas and suddenly rasa macam pakai baju cantik hari tu and nak tangkap gambar tapi muka berpeluh, well instagram make your life easier. Just slap some filter on it and all your messy look and sweats goes away.


But clearly there are some pictures that make me turns to zombie and make an entry for my new blog post. Thanks sebab bagi idea. Eh.?! First of all let's talk about self-pic. Well I never have self-pic. I akan suruh orang tangkap gambar I sebab kadang-kadang kalau tangkap gambar muka sendiri nampak mata sebelah je atau nampak forehead je. Dasar tangan tak dibedung masa kecik. Well then it's worthly to take your own pictures occasionally but then when you take your own pictures every day or every 6 HOURS, then YOU HAVE A PROBLEM HONEY.!!! I think you brain just get contaminated. If you think we want to see your two hundred and seventy nine pictures in a row sitting and pose in some awkward places and you think obviously that is sexy and cute, well again YOU HAVE A PROBLEM. Even more annoying and this is usually the female taking pictures and say "no filter", "no make-up" then how that concealer and lip balm ended up on your face. Oh because when you woke up you go to the toilet and spend 20 minutes in there, back to your bed and take you self-pic, slap some filter in instagram lepas tu post kat twitter and facebook. Lagi satu kalau tak difilter why your face is glowing. Oh girls, I knew you use valencia.!




Somehow instagram now integrated with facebook and twitter cause when you uploaded a picture then it appears in my news feed. This allow me to see which pictures you like, who do you follow on instagram and and which picture you leave some comments on it. This is not healthy honey boo. Because you know what, nowadays people can sell your pictures and spreading it all over the internet without your permission. So sila berhati-hati. Dah terlanjur nak menulis ni, nak cakap sikit la kan, and it also a reminder foe me to become a better person in the future. Kalau yang perempuan tu make sure la sebelum post gambar tengok dulu aurat tu jaga baik ke tak. Tutup habis ke tak. Pakai ketat sana sini bukan bagus sangat sebab nanti blood circulations tak jalan dengan lancar. Laki-laki pulak tak usah la tangkap gambar muncung itik dari angle atas dengan tak berbaju sampai nampak tulang clavicle kau tu timbul bagai. Tak payah ok.! Kalau kau model fitness tu boleh la di instagramkan supaya ramai gadis-gadis like serta mamat-mamat gay yang gersang like pictures kau tu dan komen berlecak-lecak kat situ. Bukan apa setiap yang kita tunjukkan kat umum akan jadi saksi di akhirat kelak. Well kita orang Islam. Aurat tetap aurat. Cover what you should cover ok.!


I address this issue because I saw this on facebook and it's worthly to share with you people.! Hate me.?! Love me.?! I don't care cause I just want to share good things here. Bukan try nak jadi ustaz ke apa tapi sekadar perkongsian bersama. Kalau tak suka baca butang pangkah atas merah tu ada. Sila tekan. Ok tu je nak beritahu. See you till then. Bye.!







13 December 2012

Afiq Volaris Berjumpa Doktor Gigi

Memberus sahaja tidak mencukupi. Jadi kita perlu menggunakan berus jamban untuk gigi putih bersinar.

Perghhh intro nak ala-ala iklan Colgate. Rutin harian penjagaan gigi amat penting sebab mulut kita satu hari tak bercakap dan mengumpat dengan kawan sekuliah memang tak sah kan. Jadi mulut dan salur pernafasan dia macam bersambung ghittew. Bila tak gosok gigi dan berus lidah maka mulut berbau lepas tu kawan kau pun berkerut dahi tahan mulut bau mulut kau bila kau bercakap. For me berus gigi sekali sehari sahaja. That's why gigi bermasalah dan tak putih-putih sejak azali lagi. Dasar pemalas dan suka berangan dalam bilik air and kadang-kadang keluar je bilik air dah pakai baju semua siap tiba-tiba rasa macam tak berus gigi je lagi. Bukan macam tapi memang selalu macam tu lupa nak berus gigi. Damn.!


Jadi hati ni dengan rasa nervous yang amat berjumpa doktor gigi terbaik setakat ini diiktiraf oleh saya semalam. Tu yang nak gebang kat blog tu. Last time jumpa doktor gigi masa kat sekolah umur 14 tahun. Biasa la ada pemeriksaan percuma van dari klinik kesihatan datang kat sekolah kau tiap-tiap bulan lepas tu kena panggil kat kelas sorang-sorang dengan kad hijau tu tengok gigi mana kena cabut ke kena tampal ke padahal memang tak faham pun sebenarnya apa yang nurse tu tulis dalam kad hijau tu tapi kau dengan kawan-kawan kau buat-buat pandai khennnn. I memang fobia sikit nak jumpa dentist sebab dulu kecik-kecik suka benau makan gula-gula. Gigi maintain tak cantik dan berlubang-lubang hitam tapi nasib muka comel masa kecik ketika tak senyum la. Kalau senyum dah macam ungka dah aku tengok. Lagipun masa I darjah satu, nurse yang tampal gigi I tu TER-drill kat lidah I. Nasib masa tu I kecik lagi dan comel, kalau tak nurse tu memang dah kena pelangkung dengan mesin drill tu.


Ni nak cerita pasal jumpa doktor gigi je tapi dah melalut panjang lebar pulop. So semalam memandangkan kawan-kawan I dari fakulti pergigian (perghh fakulti siot) yang dah nak final year tahun depan buat praktikal diaorang sebelum final year punyer examination maka pemeriksaan secara percuma dan semuanya free, maka I yang suka benda free-free ni pergilah buat chek up dengan harapan dapat pujian gigi cantik macam Zac Efron masa senyum. NO HONEY.! YOU'VE MESSED UP WITH YOUR TEETH NOW.!!! Tapi meleset sebab history dari zaman kanak-kanak comel yang suka kan manisan ni dan jarang sekali jumpa doktor gigi, ( tiba-tiba rasa nak salahkan parents pulak sebab selalu umpan gula-gula dengan choki kalau exam dapat markah tertinggi ) so I kena tahan tampal gigi semalam. 8 gigi harus ditampal. Hamekkk kau.!


Meet my future dentist to be Doktor Fatin Nadhirah. Dia la yang buat chek up dan kantoikan gigi I kena tampal. But for sure dia yang buat semalam dan lebih-lebih kawan rapat jadi tak nervous sangat. Before the action. Senyum lebar dengan konfiden gigi putih bersinar. Putih ke.? Ermmmm boleh la dengan bantuan lampu dari kerusi ajaib tu dan Instagram effect. Jom join I kat Instagram (ceh sempat lagi)



So semalam Fatin bergabung tenaga dengan Liyana. Kawan I jugak. Yana drill gigi I buat lubang ( sounds scary kan ) then Fatin tolong tampal kan. Yana drill semalam cantik je dan tak sakit langsung. Both of them lemah lembut je buat kerja jadi I pun macam nak tak nak je nervous. So tak nervous punnnnnn.

Yana : Afiq I nak drill gigi you gantikan dengan gigi kuda ni. Boleh.?
Me : I nak gigi singa sebab macam nice je Alex dalam Madgascar tu senyum.



Yeayyyyy mission accomplished.! Thanks both of them yang tampal gigi I semalam. Diorang punya kerja sangat teliti dan kemas. Sangat cantik tampalan yang diaorang buat dari nurse yang tampal gigi I masa darjah satu dulu tu. Hampeh.! 

Jadi kepada anda di luar sana pergilah dapatkan rawatan gigi di klinik berhampiran. Jangan sampai nasi menjadi bubur ayam McD. Nanti dah tua gigi tertanggal satu persatu jangan salahkan I ok. Lepas ni boleh la senyum lebar-lebar sebab gigi dah cantik dan tak overbite lagi masa makan. And make sure berus gigi pakai berus gigi yang lembut sebab gigi korang jenis gigi manusia bukan gigi badak sumbu. 

2 KALI SEHARI TAU BERUS GIGI.! Ini rutin essential untuk bergigi cantik dan jadi lelaki hengsem seperti ini :






1 December 2012

Appreciate Your Beauty. Don't Complain

Sometimes we might heard people keep complaining about their physical appearances. Not sometimes la tapi always kan. Yeah I referring to myself too. Pernah dengar macam ni tak.?

Kenapa kulit tak putih gebu macam Justin Bieber. Kenapa perlu dapat kulit Kanye West.?

Kan best kalau dapat mata biru macam Taylor Swift. ( kalau dah melayu pure tu tak usah la nak mata biru )

Kenapa hidung besar, ni kalau mancung sikit mesti Brad Pitt pun boleh jeles tengok aku nih.!

Kenapa telinga besar.? Kenapa mata sepet, kenapa mulut besar gedabak sampai boleh masuk 2, 3 biji bola golf ni.?

You guys keep questioning about yourself kenapa.? kenapa.? kenapa.?

Not you guys but us sebab yang menulis ni pun lebih kurang jugak. So dari kita membebel dan asyik complaint je, apa kata kita bersyukur dengan apa yang tuhan dah beri. Setiap ciptaan dan kejadian dari Allah untuk makhluknya adalah sempurna. Apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman. Kalau muka cantik, kulit gebu, mata bundar, semua itu milik Allah dan dia berhak menarik bila-bila sahaja dia mahu. 

Firman Allah s.w.t ;
'Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada apa yang dapat menghilangkannya melainkan dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan sesuatu kebaikan kepadamu maka Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.'

Kenapa kita dijadikan bermacam-macam rupa.? Sebab kita ni manusia memang selalu lalai. Kalau dah cantik rupawan maka akan terlahirlah sifat sombong dalam diri secara tak langsung. Kalau dah lalai sangat dengan hal duniawi ni maka akhirat pun kita lupa kan. Betul tak.?! Allah pun kita lupa nak sujud, minta pertolongan semua tu. 

So kita kena terima seadanya diri kita ni. Cuba fikir dari sudut positif kenapa kau ada hidung besar.? Tuhan ciptakan supaya kau boleh bernafas lebih mungkin, bau deria yang sensitif dan sangat kuat. Kenapa kau tak putih.? Mungkin kalau kau putih, pigment kulit akan cepat terbakar dan terkena kanser kulit. Oh this is a fact. Kenapa mata besar.? Sebab mana tahu pada tahun akan datang trending orang akan tertarik kepada manusia yang mata besar dan bundar. 

Kita pedulikan apa orang kata kat kita sebab kita ni ciptaan tuhan. Semua yang Allah ciptakan kepada hamba-Nya sama, sempurna sebab Allah maha adil dan bijaksana. Kalau ada orang kat luar sana yang suka duk complaint 24 jam muka orang lain, solusi yang harus kita berikan kepada orang tersebut ialah....ermmmm apa nak buat kalau berhadapan dengan manusia macam ni.? Kita bakor je dia..Kita bakor...!!! *sambil pusing pusing tangan macam Usop*

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimullah berkata : " Orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia  memandang orang lain rendah dan orang itu tidak layak mengerjakan sesuatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain ( Jami'ul ulum wal hikam 2/275)

Hargai diri anda kerana kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Oh lama tak dengar iklan produk BML tu.?! Tapi bab kurus gemuk tu jangan salahkan orang lain la ye. Tu salahkan diri sendiri. Kalau gemok pergi gym atau exercise, kalau kurus gain some weight. Make it simple ok people.! Tata.



P/S : Happy 1st December and make this last month of 2012 better than previous months and mesmerising. Take care and be kind to one another.


26 November 2012

Kecintaan Terhadap IKEA

First time hari tu pergi IKEA sangat teruja. Ye I first time pecahkan dara pintu masuk IKEA tu sebab dah 2 tahun tak balik Malaysia while all my friends semua dah rasa kesedapan meatballs yang digembar-gemburkan tu kat facebook mahupun twitter dan sekarang instagram dah ada maka mereka bermaharajalela di sana update picture meatballs IKEA. So last 3 weeks *OMG tak sampai lagi sebulan, I miss Malaysia*  I pergi IKEA sebab kakak I nak cari meja study. I rasa la meja study kakak I panggil, ermmmm entah la I pun dah lupa *OMG alzheimer apa I ni baru 3 minggu dah lupa, ok wadeva*. So kalau korang rasa nak shopim perabot yang murah boleh bawak lori kecik ataupun konvoi anak beranak beramai-ramai di IKEA sebab nanti kalau bonet pak long tak muat boleh tumpang kat seat belakang kereta pak anjang ko khennnnz. Haaaa gitu tips I hari ni. 

Masuk je dalam IKEA tu nak cari parking dah 29 minit 59 saat. Maklumla orang Malaysia ramai benor nak pergi IKEA cuti hujung minggu tu. Tetiba rasa nak balik Egypt je time tu. Motip.? Bila sampai je dekat pintu utama nak masuk IKEA tu dah boleh bau meatballs IKEA. Sengaja je tau dioarang ni nak tarik pelanggan makan dulu baru shopim. Kecintaan dekat IKEA macam jatuh cinta kali pertama tau tak. Rasa nak kahwin dan berkeluarga  bila masuk IKEA sebab perabot-perabot dia sangat cantik, praktikal dan paling penting inovatif. OMG wth baru 20 tahun nak kahwin. Low ambition betul penulis blog ni.! 



See. Macam mana la I rasa tetiba nak kahwin sebab tengok bilik baby ni. Chomel sangat.! Auwwwwwwwwwww super cute. This might be our daughter's room tapi I tak nak patung negro kecik tu sebab nanti anak kita cakap macam nigga. WTF.?! I nak dua katil tau sayang sebab I want twins baby so make sure u ada ovary lebih.! Eh ovary ke.? OVUM la bodoh OVUM. =_="



This is my brother in law to be yang sibuk cari almari baju nanti bila dah kahwin dengan kakak I. Jarang tengok orang laki cari perabot dan ada ambition nak beli tu beli ni bila dah kahwin kan. Tengok dia siap semangat kendong beg IKEA ikut akak I beli macam-macam kat IKEA tu. Oh double auwwwwwwwwww untuk brother in law to be I ni. Untung kan akak I. =)




Dekat IKEA ni korang boleh telentang telangkup nak tidor semua boleh. Nak serepah kan katil tu pun tak kisah sebab ramai pekerja bangla tolong kemaskan balik. Sebab memang macam tu kot motto dia. "DO LIKE YOUR OWN MOTHER IN-LAW HOUSE"



Nak berangan jadi model catalogue IKEA pun tak kisah. Nampak tak akak I sayang giler kat I sampai beri stokin purple belang-belang sebab stokin I basah masa tu. Nasib dia tak beri stokin ropol-ropol pinky dia tu. So sweet rite.!



Cantik kerusi putih ni. Macam kat Korea pulak rasanya. Nanti kalau kita dah kahwin kan and you balik lambat sebab ada operation kat hospital ke I boleh tunggu you kat kerusi putih ni sambil tengok KEEP IT UP WITH THE KARDASHIANS. Errrr WTH tetiba Kardashians kanzz. Ok la I layan Grey's Anatomy  supaya nampak berilmiah sikit.



Ok sekarang ni engkorang fokus kat kerusi merah ni ye sebab I nak cerita pasal kerusi merah tu. Fokus kat kerusi tau. Fokus ok.! Kerusi merah ni cantik dan sangat praktikal serta inovatif. Sebab boleh jadi tempat duduk and kalau rasa tetiba macam ngantuk kan, engkorang tarik roda bawah tu untuk jadikan katil. Kraetif kan dan paling penting harga dia murah. Eh.! Kenapa I rasa macam jadi promoter IKEA plak ni.?



Come sit here with papa.! Banyak plak gambar duduk kat kerusi tertempel kat sini. Sengaja buat gitu bagi engkorang pilih mana satu lagi sesuai nak jadikan profile picture fesbuk. Yang atas tadi ke atau yang ni.? Pangggggggggggggggg.!!!! Ok diam



Dah penat berangan kat show room IKEA tu maka marilah kita menjamu perut plak dengan popular dish kat sini. IKEA MEATBALLS.!!! Dapnyerrr benda alah ni. Dia punyer sos tu sampai tengah menaip ni boleh terasa lalu kat tekak tau.! Apa erk agak-agak resipi dia guna ni.



Tak lupa jugak karipap IKEA kombo A yang dihidangkan bersama coffee. Tapi I tak dapat coffee tu sebab akak I dah tibai masuk tekak dia dulu sebelum sempat sampai ke tangan I. Dammit.!



Ermmmm abaikan je sisa makanan atas meja tu. I kalau tak makan macam gajah 10 hari tak makan macam tak kena je hari tu. Ini la kakak I yang akan berkahwin tu. Auwwww look at that angelic faces. I mean angelic face tu yang pakai topi tu ye *ehem sempat lagi* 
Ok that is all.!











21 November 2012

Seminggu Di Egypt

Pagi tadi lepas solat subuh je I tido balik sementara nak tunggu pukul 8 pagi. Subuh sini kemain awal benor. Nak tunggu matahari rise and shine bersinar dari negara Jepun punyalah lambat. So tido dulu. Benda ni tak baik senanyer tapi nak buat camna sebab nikmat setan bergayut-gayut kat mata ajak tido tu macam nokharom. Kena plak musim-musim sejuk begini maka memang ramuan dia cukup la nak tido untuk sampai ke tengahari tu bergelora tau tak.! Masa tido tadi boleh plak mimpi pelik-pelik kena kejar dengan cicak gergasi kat zoo Mansoura. Cuba la mimpi Neelofa suap makan ke tak pun Emma Maembong ajak datang rumah ke, tak ke best tu. By the way cantik kan Emma Maembong tu. Rasa nak buat bini je.


Seminggu dah I kat Egypt. Ceh ayat aku macam budak first year je baru datang kat sini khenn. Seminggu lepas sampai je Egypt jetlagged tak habis-habis lagi. I sekarang tak kisah tido kat mana-mana. Kadang-kadang bila sampai rumah nak tunggu hosmet mandi lama berjam boleh tertido tau tak kat tepi pintu bilik air tu. 

                                       

Ni tengah tunggu makan sampai boleh tertido. Kat kedai makan ke kedai buku or mana-mana kedai pun I tak kisah dah nak tido bila seru tido tu dah sampai ke kemuncak nyer.

Lepas tu ramai yang tegur pelik stokin I yang pakai kat rumah ni. Bila keluar rumah atau dalam rumah I pakai stokin ni sebab selesa. Rasa warm-warm gitu khen. Kena la jaga kaki supaya tak kena cyanosis nanti. Semangat tau I pakai stokin merah polka dot 100% cotton made  di padankan dengan dark brown crocs dari uptown Petaling Jaya yang dibeli 2 tahun lepas. Haaaa nama nak kelas je kanzzzz. Ingat Maria Elena je boleh describe macam tu dalam blog dia. I pun nak jugak.


Biasala dah nama pun jantan kaki mesti berbulu-bulu. Kena plak ada keturunan India sikit. Hermmmm paham-paham jela. Comel kan stokin I. Ok bye.!


P/SاَللَّÙ‡ُÙ…َّ عَÙ„َÙŠْÙƒَ بِاليَÙ‡ُودِ yang bermaksud : Ya Allah! Hancurkalah yahudi.
Cukup pendek doa ini, bacakanlah dalam setiap doa kita baca.



17 November 2012

Majlis Pertunangan Orang Melayu Kakak Saya

Hi guys. Do you still remember the last 2 post before this. Tajuk dia E-Day. Kalau tak jumpa scroll bawah. Kalau dah jumpa scroll balik atas dan teruskan bacaan anda. Kalau siapa yang tak jumpa tak boleh masuk sekolah asrama penuh lepas PMR ni. *ni sangat tetiba kan* Hari tu dua orang akak kita bertunang. Bangga tau akak bertunang siap update dalam blog kan. Ye I tahu ramai silent reader tengah tersengih baca benda ni. Ehem.! Jadi bila dua akak bertunang haruslah kena balik kan u olls. Giler kau tak balik akak nak bertunang. Mana tahu mungkin kau sekali bertunang kan. * ini lagi random * kihkihkihkih.

Jadi dengan senyap-senyap I balik la ke Malaysia menaiki pesawat enjin senyap iaitu kapal terbang. Eh ! Ada ke kapal terbang bising.? Maaflah ye penduduk kampung, datuk bandar, pegawai-pegawai kerajaan serta ahli-ahli majlis daerah yang I tak bagitahu yang I nak balik sebab memang kali ni macam busy  dan cuti pun sebulan je dan kali ni memang nak spent time dengan family je. I jadi busy tau bila akak I nak bertunang. Mahu tak busy sebab I jugak la jadi penanggah cuci pinggan mangkuk, basuh cawan, periuk belangga bagai. I jugak la jadi tukang cantas pokok sireh kat rumah nenek I tu, then I jugak la jadi tukang gubah hantaran dan jadi make-up artis akak I. Ok yang last tu tipu. Saje senanyer nak bagi korang macam waaaaaahhhhh gitu sampai ternagangga mulut besar-besar.

Bila tengok akak I bertunang rasa macam waaaaa macam I nak kahwin terus. Nampak tak permainan dia kat situ siapa yang gatal lebih sekarang. It was such blessing moment bila tengok dua orang kakak I dah jadi tunangan orang. Sedih pun ada jugak tapi next entry kita cerita lain plak. Yela nanti kalau campur entri nak cerita pasal sedih akak dah bertunang semua kau nak campur sekali dalam satu entri tak ke macam karangan SPM lonjong semacam je nanti. Kau ni dah kenapa lama tak update blog jadi gigal semacam plak kan. So kita cerita pasal akak kita tunang je. Majlis pertama mestilah akak sulung kan. Akak kita ada 4. Engkorang yang membaca ni ada ke 4 akak.? Haaaaa nak nanes la tu siapa yang tak da 4 akak tu. Kejam kan I. Memang sengaja tulis cengitu. 


Ni la tunangan orang tu. Berdarah manis gitu orang tua-tua kata kalau dah bertunang. Bluwekkkkk sumpah rasa macam nak tertelan khalkum I ni tengok I tulis cenggitu. Majlis yang pertama buat awal bulan so akak I yang nombor tiga tu bertunang akhir bulan. Sengaja buat asing-asing sebab nak suruh sedara mara datang exercise ke rumah I banyak kali. All the simple pelamin and deco anak beranak buat sendiri. Tengok raut wajah akak I kat atas berseri-seri tak terperi.



Orang melayu cara bertunang macam ni la. Bincang-bincang dulu and kenal-kenal sesama family members. Lepas tu tetapkan tarikh nikah semua and all the hantaran punya duit. Waaa suka ayah I. Just so you know maybe ada pembaca blog I ni orang india ke atau orang cina ke that's why I have to mention all the procedure kalau melayu bertunang kan. All the hantaran semua alang I yang buat. Thanks mak ngah and mak uda for provided the dulang hantaran.



Click.! Sweet moment 1. Lepas ni sweet moment 2 plak kat bawah. Alaahaiiiii so sweet.!



Happy happy joy joy joy.! Engkorang nampak tak sapa yang macam hover bila bergambar tu. Ni semua sepupu perempuan I. Semua single-single belaka sebab kakak I ni la cucu sulung perempuan pertama yang bertunang. Ok fine I keluar.



Keep calm girls and shoot.! 1,2,3 cliche moment betul.!



Haaa ni semua sepupu lelaki plak. 



Lama tak tangkap gambar adik beradik macam ni. Sebab selalu time raya bila dah habis sembahyang raya semua serbu meja nak makan rendang dengan kuah lodeh la. Candid sangat. Thanks kak lang okie sebab tolong tangkap pictures tunang akak kita. Gambar-gambar atas ni semua akak sepupu I yang tangkap. Siapa yang curi, I tangkap dia masuk dalam kamera.

So dah habis majlis bertunang akak I yang sulung tu. Now akak I nombor tiga plak bertunang. This event buat akhir bulan. A day after my birthday. 



All the makeup semua sepupu dengan adik beradik je yang buatkan. See how save we are. Simple tapi tetap meletops.! Kau mampu.?



Pak long I ni memang pandai la bab menghos kan majlis bertunang ni. Salute la pak long. Seronok tau majlis macam ni. Small, private simple tapi meriah.



Sweet moment 2. Alahaiiiii comel la alang I dalam picture ni. Susah nak pilih gambar kau yang cantik la lang sebab semua gambar kau buruk. Kahkahkahkah.! Just kidding. Kejap lagi mesti dia post kat wall fb I. Matila aku kena maki lepas ni.



Happy joy moment.! Tak tahu nak describe macam mana lagi. All the courtesy of this pictures I yang tangkap masa bertunang alang I. Siapa curi pics I ni siap la dia. I tangkap masuk dalam sarung kamera orang tu. Fuh finally habis update satu entry bergambar colourful dari afiq volaris. Satu pencapaian yang hebat. Clap clap clap.! 

Alhamdulilah doakan semuanya berjalan dengan lancar tahun depan. Insyallah amin dua pengantin sekali naik pelamin. Bakal abang ipar I tak boleh tunjuk sekarang. Nanti kita cerita next entry. Saje je nak bagi korang curious gitu. Walhal tak da apa pun yang suprise. =_="

Congrats akak and alang. We love you.!











11 November 2012

Alasan Sebulan

Eh.! Afiq update blog hari ni. Macam suprise tak suprise gitu. Rasa bangga gila tak update sebulan. So many obstacle and protokol nak update blog ni tau tak. Bila nak update je, umi panggil suruh pergi kedai beli cili kering. Time nak update je mesti cerita Mimipi Cinderella kat Tv3 tengah bersiaran. Time nak update je internet pulak tak da. Harap semua masih mengenali la ye blog ni. Jangan buat-buat lupa. Siapa lupa sila makan tupai *tetiba sangat*. But the main reason I tak update blog selama sebulan sebab ni la....




Waaaaa obes gituuuu..Do u guys still love me.??? Baru sebulan lebih duduk Malaysia dah jadi macam ni. Kalau 3 bulan mesti dapat kalahkan Adele time dia pregnant kan. Menempel lemak dengan gam gajah dan rupa pun dah anak gajah. Susah senanyer nak tekan keyboard ni bila jari dah membesar. Nak eja GAJAH terus tertukar GANGNAM STYLE. Haaaaa hover kan kau sampai gitu sekali. 

Will update soon this blog. But for now I got cold setibanya di bumi Mesir ni 2 hari lepas. Perubahan cuaca la katakan. Egypt now winter already. Tejukkkkk tejukkk.!!! I'm sneezing excessively and talking like an old man. Blows nose, sniffles then blows nose again. Sorry kepada yang berada berhampiran dengan I.

Oh btw my blogging spirit dah meningkat dan bergelora semula sebab dah ada gambar cantik2 di instagram sendiri. No need to bring camera. Use ur phone instead. Clever kan.! Now u guys kena panggil I Afiq the photographer sambilan. Begituuu seklali teruja ada instagram. Semua orang yang ada instagram berperasaan begini ke.? Bisik hati kecil kau orang semua. Kini dengan instagram tangkap gambar semut atas pinggan mangkuk tak basuh 8 hari pun macam ada nila seni kat situ dan boleh dah di frame dan digantung di bilik pameran muzium kesenian kat kolumpur tu. So siapa nak tengok gambar instagram kita boleh la ke sini. Ahhh tak malunyer ajak orang tengok gambar dia.! Fedulik haper aku kan. kihkihkihkih... 



p/s : memang sengaja bagi link besar-besar. Ok bye.!




14 October 2012

An E-Day



Yeayyyy bertunang.!

More story.....

Coming soon...

2 October 2012

Counting The Days

Assalamualikum..ehem.ehem..


Saje je nak berdehem kat blog ni. Bersihkan throat ni sebab lepas ni boleh menceceh lelebih. Lama giler tak hupdate blog kan. Stay tuned. =)



14 September 2012

Keep Calm Eberibadi.!

Pagi tadi buka je Afiq Volaris ada la 5, 6 mesej suruh update blog sebab dah lama sangat mendiamkan diri. Ni nak suruh kita buat comeback la ni. Fefeling ekau macam Madonna buat konsert come back. Tanjat anjer orang suruh update. Baru perasan ada blog rupanya. Boleh tak gitu.? Ok keep calm eberibadi. Nanti I update ok bila jari ni boleh taip sendiri. See you next entry.!






5 September 2012

Cerita Raya Perantauan Kali Ini

Selamat Hari Raya yang ke 15 semua. Masih dalam mood raya la katakan. Walaupun tercicir pasal entri raya dan orang lain dah nak buat entri Merry Christmas tapi tetap nak buat jugak. Pedulik apa aku kan. Blog aku so sukati ai la u olls bila nak hupdate. Boleh tak cengitu.? Ni hari demi hari nak hupdate tapi asik lahzyyyyyyy je memanjang. Jadi cerita raya kali ni macam superfun dari tahun-tahun sebelumnya walaupun raya di perantauan tapi tetap best. Semua tanya kenapa raya di perantauan. Sebab orang sekarang memang trend raya kat luar negara, mana ada orang raya kat Malaysia dah. Jadi tahun ni dah boleh start kumpul duit nak raya kat negara mana tahun depan ye.

Tahun ni raya sederhana tapi meriah sebab ramai kawan-kawan kat sini. Lagipun ritual raya di Malaysia dah macam biasa tiap-tiap tahun, pergi ziarah kubur lepas tu raya rumah sedara mara lepas tu raya pertama sampai la raya keenam TV3 ataupun TV1 mesti tayang filem-filem pukul 9 malam. Kalau u olls lucky enough jawab la soalan di akhir rancangan then dapat hadiah TV plasma bagai. So raya kat perantauan sedikit berbeza. Raya dengan kawan-kawan ni sukati ko je nak buat apa kan. 

Raya kali ni kita start dengan perjalan pulang balik ke kampung ataupun markas utama a.k.a rumah kawan ko yang akan jadi host untuk tahun ni. So this year rumah Qayum terpilih sebab rumah dia kat rooftop lepas tu boleh buat BBQ pada malam hari. Maka dengan itu segerombolon anak-anak muda yang tak dapat beraya di Malaysia akan ke sana. Batch kitaorang jela dan yang rapat je. 


Aktiviti malam raya. Masak memasak. Baju merah tu chef. Kuah kacang dia memang sedap wooo. Pasang lagu raya plak smabil masak. Memang terasa raya kat perantauan. Sapa buka lagu syahdu raya memang kena maki la malam tu kan. 



Team potong daging. Disebabkan Mesir sekarang musim panas jadi semua kerja memang tak da uniform. Pakai boxer je potong sayur, potong daging, masak semua bagai tu. Style and sexy u olls. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload sebab semua hunky-hunky badan. =p



AJK kemas rumah. =_="

Lepas dah bermeluih semuanya kemas rumah, masak bagai, then rehat sementara nak tunggu azan subuh sebab subuh sini awal dalam pukul  3 pagi macam tu la. While waiting for subuh prayer kitaorang decide nak tengok cerita raya, tapi semua eternal tak bawak. Last-last ko tahu malam raya tengok cerita apa.? Dokumentari Misteri MONA FENDY. Ahzab tau budak-budak ni pilih cerita. Kau mampu malam raya tengok dokumentari kat youtube. Tapi layankan aje la. 

Pagi raya semua dah decide nak sembahyang kat Masjid Melayu. Actually we called masjid melayu sebab orang melayu yang bagi khutbah raya. Kalau masjid arab pukul 6 pagi dah sembahyang raya. Ko 6 pagi masih lagi nightmare kat atas katil dengan Mona Fendy kan. Masjid melayu start solat raya pukul 8 pagi. Ada masa la nak siap-siap tangkap gambar ramai-ramai lepas tu makan.! Yeayyyy makan. 




Suasana pagi raya. Ada yang muka macam tak cukup tidor sebab penangan Mona Fendy malam sebelumnya. Tapi overall semua ceria nak pergi solat raya.

Next lepas siap-siap semua kita MAKAN.!!!!


Team potong nasi himpit di pagi raya.



Nasi himpit, kuah kacang, ayam masak merah, rendang daging. Perghhh marvelous di pagi raya. Terubat rindu di Malaysia.



MAKAN.!
Kalau kat rumah Malaysia ada ke mak engkorang hidang dengan periuk belanga macam tu.? Tak da kan. Ni namanya Oppa Raya Style *dancing*

Lepas kenyang semua marilah kita solat raya. Kat sini kami mintak spesel kat pak arab nak buat khutbah dan solat raya melayu sahaja.




Suasana semasa dan selepas sembahyang raya untuk di masukkan ke akhbar Utusan segmen salam perantauan gituuuu. Credit photos : Arif Yusri.

So the next day ada rumah terbuka anjuran Perubatan Cawangan Mansurah. Memang semua nak serbu sebab kata raya jadi makan free haruslah jangan ditolak.





Laju ekau kalau bab makan. Nampak macam Hans Isaac kan dari belakang.Teheeeeeeee.




So that's it raya di pearantauan. Nothing much. Selamat Hari Raya semuaaaaaa. Teruskan dengan open house kalau masih ada.

Tak lengkap entri raya tanpa sepotong gambar raya syok sendiri dari tuan blog. Rasa macam tak lengkap kan. Kahkahkahkah.!


Bagi la chance kat dia nak bubuh gambor sekeping dua kan. Tahun ni tak ketinggalan turqoise gitu. Thanks pada yang beri baju ni. 
Bye semua.!