21 April 2012

The Mesmerising Malaysia - The 2012 International Cultural Day Perfomances

Assalamualaikum semua. Nampak tak beristiqamah betul penulis blog ni. Hari tu kata esok, tapi esoknya 4 hari selepas itu. Dah macam arab punya cakap putar belit sana-sini. Tak pa hari ni kita tour lagi. Ni last tour. Ok siapkan roller blade memasing sebab kita kena jalan laju-laju ni tak leh slow-slow dah. Ok semua dah puas berehat hari tu jalan-jalan kat luar stadium so hari ni kita ke indoor stadium untuk perfomances pulak. Ada banyak gambar. Kalau boleh semua I nak sumbat dalam ni. Kalau kat laptop ni je dah nak dekat 10 GB gambar sepanjang tahun ni. Kemain suka nau bergambar yang menulis ni. Ok yang tak suka gambar tu dah boleh blah. Blah.! Blah.! Blah sekarang. So let's start dengan gambar ni. I tak tahu nak letak pic apa 1st sebab pic 1st la yang akan terjojol kat dashboard korang nanti kan. So letak pic ni boley.?!     *Pangggggggg sejutaseratus kali*



Gambar memula je dah tanya dah kahwin ke belom.?! Motip sangat penulis blog ni. Hari tu I upload kat fb, umi I yang komen kat pic ni dulu. Tu belum bapak I komen. Mahu 3 hari 2 malam macam percutian ke Pulau Redang dia bagi ceramah motivasi free yang bertajuk "KO HABIS STUDY DULU BARU KAHWIN" tanpa henti. Ni masa dah habis perfom sebenarnya. Kat booth Malaysia ni macam ada Google Translate la dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab supaya senang arab sini cakap melayu je.

Ok mari kita ke dalam stadium.


Ini kerusi VIP. Depan pentas. Harga 100++. Ok tipu. Masuk percuma.



The stage. Besar dan cantik la jugak. I baru nak demand pentas yang boleh turun naik tu. Ok bye.!



Bangga tengok bendera Malaysia kat situ. U olls bangga tak.?!



Ok ni supposed to be dekat entri sebelum ni tapi dah terskip pulak gambar hari tu. Dekat luar stadium kita ada food bazaar. Kira macam pasar malam la. Bermacam-macam jenis makanan Malaysia ada kat sini yang semuanya handmade by budak medic. Ingat kita study tulang je ke. Sup tulang pun kami boleh buat. Untung laaaa kan.



So mari masuk stadium balik. Ni pengacara pada petang tu. Sorang Malaysia sorang lagi Egyptian. Tu macam pakaian buadaya dia la. Bukan Lady Gaga sponsor. Harap jangan salah faham.



The crowds. Disebabkan dapat seat yang tak berapa VIP, so dari view tepi je banyak gambar. Rupanya ada cameraman dari stesen TV datang buat liputan. Nak interframe lettew.

So that evening kita mulakan perfomace dari negara Palestin. Ini memang budaya arab-arab timur tengah yang mana perfomances diaorang semua sama je. First setiap negara kena tunjukkan video pasal keunikan negara-negara diaorang. Palestin dengan Iraq sangat insaf video dia sebab tak da apa yang mereka nak tunjukkan selain peperangan dan kekejaman Israel. Tapi negara lain ada la tunjuk video tourism dia. Sebenarnya I dah tak tahan nak cakap yang video dia sumpah bosan. Kalau video tourism kena la letak lagu best-best dan slide video yang best tapi ni semua macam suruh lelap mata tidur kat situ je. 

Disebabkan Malaysia merupakan satu-satunya negara Asia yang join event ni, so kita punyer video sangat awesome dan menarik. Kita tunjukkan tourism Malaysia di semua negeri denagan lagu Malaysia truly Asia tu.


Inilah perfomaces arab-arab tersebut. Mereka akan naik ke pentas nyanyi lagu National anthem dioarang lepas tu berpuisi atau bersajak dan last sekali pasang lagu kuat-kuat dan joget lamabak atas pentas tu ramai-ramai. Bukan atas pentas tapi bawah pentas pun berjoget. Layan kan aje.



Ini perfomance dari Iraq. Sumpah comel anak-anak arab kat sini. Semua naik comel-comel kenit kenit naik atas nyanyi lagu kebanggsaan diaorang.



Ini perfomannce dari Arab Saudi yang lain sikit. Mereka tunjukkan adat cara perkahwinan diaorang atas pentas tu. Kira ok la. 



Ini arab saudi jugak. Kau mampu bawak pedang atas pentas joget dengan pedang. 

Disebabkan Malaysia punya turn perform no 6 dari tujuh buah negara so kena la menghadap semua perfomace-perfomance yang lain dulu. Sumpah nak tidur wei. Bukan tak appreciate negara lain perform tapi cara persembahan dia sama je. Dari Palestin sampai la ke Oman, Iraq, Libya, Arab Saudi semua satu pesen je. So nak hilangkan boring kita camwhore dulu.


Muka semua masih mampu tersenyum padahal hati dah panas je tengok arab perform joget lambak dengan muzik yang kuat tu. Suka tengok gambar ni. yela sebab ada muka ekau

Maka saat yang ditunggu-tunggu pun tiba. Malaysia perform malam. Kita persembahkan dulu lagu Negaraku. Kali ni memang semua mata dah berkaca nyanyi lagu Negaraku dengan penuh semangat. Satu dewan bergema sebab semua nyanyi kuat-kuat dan semangat. Tak tahu macam mana nak gambarkan tapi meremang bulu roma. Bila kita di luar negara dan bersama-sama dengan negara-negara yang lain baru faham rasa sayang dan cintanya kat tanah air sendiri. Tu la masa sekolah dulu kat perhimpuanan kau la paling tak nak buka mulut nyanyi negaraku. Sekarang bila kat oversea pantang buka lagu negaraku semua sedih nak nangis la apa la. Yang menulis ni pun sebenarnya sama. =p



Semangat. Malaysia Boleh.!

Dah habis nyanyi Negaraku ada slide tourism Malaysia. Sumpah cool. I dengar ada arab tu tengok je video promo tourism Malaysia tu terus dia nak ke Malaysia lepas ni. Arab semua bersorak kuat bila kita tunjukkan KLCC. Tu la sebenarnya kebanggaan Malaysia di mata dunia. Then start dengan persembahan silat dan nyanyian lagu ulik mayang dan mentera semarah padi oleh M.Nasir Mansoura. Kau hado.?!


The best silat perfomance. Co-ordinataor university kitaorang rupanya suka tengok silat. Arab pun pandai menilai seni silat ni tau. Kagum ai.!




Persembahan ulik mayang dan nyanyian lagu mentera semerah padi. Memang superb habis la.



Dan diakhiri dengan duet lagu cindai. 



Muka nebes ni tengah tunggu nak perform. So lepas habis je lagu cindai kitaorang pula perform zapin. Ya Allah sumpah wei tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni. Cuak, excited, bangga semua ada. Bila atas stage tu semua sorak kuat. Suprisingly all the arab pun enjoy tengok zapin perfomance ni siap rakam dalam henset masing-masing nak tunjuk kat bini balik rumah kang. Eh memandai je. Mula-mula before naik stage tu memang nebes tapi bila dengar diaorang sorak semua support terus rasa happy dan enjoy je ber-zapin tu. Ni first time la katakan berjoget depan orang ramai. Tapi memang mesmerising betul perfomance zapin ni. Jom layan gambar dulu.




Cewah.Kemain tersentil lidah aku atas pentas tu. Suka nau dapat berzapin. Kira ada jugak la darah ke-Johoran I ni walaupun I dah 18 tahun duduk Melaka. I lahir kat johor sebenarnya. 




All the lighting, and the crowds were so amazing. Thumbs up ibu jari kaki.




The memorable night for each one of us. We really enjoy the perfomance on stage. It was so fascinating.




Synchronize habis la. 13 days we were practiced and we were awesome on stage. This gonna be history in our life and we will tell our grandchildren about this. 



This was the last pose. I tak sempat sebenarnya nak buka tangan bila lagu dah habis. Epic fail betul. Almost every pics yang ditag kat fb semua gambar camgini. Muka I lost tengah cari stability nak berdiri betul.



But last night ada senior I yang awesome bila tangkap gambar dan dia post kat fb gambar atas ni. Yeayyyy tak la rasa bersalah sangat. See I sempat buka depa tangan tu. Yeayyyyy.!



Haaaa yang ni kau hover. Overall semua nice dan beri komitmen yang terbaik. We like brothers and family in the team. Insyallah kalau ada peluang will be reunite again next year. Itu pun kalau ada yang sudi nak jemput kitaorang berzapin. Oh btw nama team ni zapin sador. I pun tak faham kenapa semua cakap ni zapin sador. Tak pa la layankan aje. 

Ok lepas habis je zapin, terus ada fashion show dari Malaysia dan Egypt. Negara lain tak nak join rasanya. Sebab diaorang tak sediakan model pun. Tapi ni pun best jugak. Kita boleh mempamerkan kat masyarakat timur tengah pakaian kebudayaan negara kita. 


We're from Malaysia.!!!!
Malaysia boleh.!


The baju Melayu and Saree.



Baju Melayu Johor dan Kurta.



Auwwww the prettiest models with baju kebaya and baju kurung



Minagkabau and Punjabi traditional clothes which I don't know namanya. Eh.! 



Cheongsam and baju kadazan from Sarawak. Baju-baju ni semua diterbangkan dari Malaysia. Thanks sponsor.



Waaaa abang shoalin kita. Sebenarnya dragon ball ada tujuhbelas bijik semuanya.
See budak-budak medic boleh jugak jadi model. Sapa kata kitaorang ni nerd.?! Sapa.?! Heh



Next the traditional clothes from Egypt.



Nama baju ni Faro. Kalau tak silap la. Kalau salah tolong betulkan. I yang ada kat tempat kejadian pun dah lupa namanya. WTF.?!



Ni pakaian orang Egypt kat sini. Tu yang pakai tarbus tu bukan Ahmad Albab yang dah besar ye. 

So sampai situ jela perfomances. Last Egypt perform tapi I tak tengok sebab tengah solat maghrib tapi diaorang kata perfomance dia pun lebih kurang sama macam sebelum-sebelum ni. Tak pa tak menyesal.

Habis je perform ramai pulak nak amik gambar kittew. Tak shuker senanye nak gambo-gambo ni. Tapi tadah je muka kat semua kamera orang. Bersepah-sepah muka ekau.!


Bersama-sama kawan penari yang hebakkkk ni.!




At last after dah bergambor semua ada penyampaian hadiah. Malaysia won the best perfomance malam tu. Berbaloi 13 hari praktis sampai penat sakit kaki semua tu terubat jugak. Tahniah semua team. A group pic with the gold medal award as rememberance. Hebakkkk team ni.!



Bersama pereka fesyen baju melayu I malam tu. Ni kawan I namanya Salman. Single lagi. Muka korea habis la. Dia yang sponsor baju melayu I tu. Thanks Salman. Sumpah cantik baju ekau.!



Ni jiran sekampung I kat Malaysia merangkap super senior I. Tahun ni dia grad. Woahhhh bestnyer.! All the best abang Amin. Dia power Anatomy. Sumpah ni serius.!



Bersama-sama finalis gadis melayu Mansoura. From right EmiliaAmy Syuhada, dan Zana.
Mereka semua tak single lagi. Ok bai.!



Saya bangga jadi anak Malaysia di bumi Mesir ni. Arab pantang nampak kita pakai baju melayu nak bergambar dengan kita. Retis kejap rasanya malam tu. Malam tu je la. Esoknya dah biasa balik normal. But that night memang history dalam hidup I. Booth Malaysia memang terbaik. We all the zapin team enchanted all the audiences and all the cheers form the crowd were so superb. Thanks semua. This was the best team ever.


So semalam ada buat post-party untuk event ni. We gathering and makan-makan sambil bergambar.Nothing much tapi bila reunite balik memang best. 



Zapin team with our choreographer yang best Jyme. Jyme yang duduk bawah tu pakai baju hitam. Konklusinya this event memang best dan sangat indah tak dapat digambarkan dengan taipan jari jemari apatah lagi sebutan dari bibir. The most memorable event sepanjang berada disini.  So tu je nak cerita. Hope korang suka post kali ni. Suka tak.?! Ok till the next post. See u. Bye.!

[credit photos to : Fazlina Ismail, Sarah Othman, Aiman Mahdi dan Taqi Cronoz]

Sebelum beransur pulang nah jengah video ni. Senanye segannnnnn nak tunjuk. Macam kelakar bila tengok diri sendiri menari. WTF.?! Jangan ditanya kenapa tangan I macam orang tengah mesin rumput bila berzapin.  Ni la rahsianya. 


Disebabkan pereka fesyen I tu lonjong sikit dari I so gelebeh sikit bila I pakai. Alaaa baju sponsor, biasa la kan. So ni la rahsianya. Sepanjang I berzapin tu, I letak penyepit baju kat tangan tak nak bagi dia jatuh. Actually I dah jahit alter sikit tapi masa kat belakang pentas jahitan tu tercabut. So ni emergency wardrobe malfunction la. Tapi tak pa semuanya dah selamat. Ok jom la layan video ni. Bye.!



12 comments:

izaryda said...

wohoaaa....

tu gambar amin yg terbaru kan..??
HAHAHA...beria cakap dgn aku dah kurus taw...celah mana kurus pon aku x taw ler. hiks~

happening oh program budak2 mansourah ni. ;))

norshalida Rosli said...

thanks really interesting about mansoura University culture day..really want to visit there

kura said...

wah. baju pengacara majliss dia. ohsemm!

bai baizura said...

wahh.best perfomance.tahniah! bangga letteww~HAHAHA:))

ascil.punye.lah said...

kau tau betapa eksaitednya aku baca.bangga pon ada.over kan??ahahaha.

eton said...

waaa.. bakal doktor menari tu...hehehe.. ok la.. sy leh memahami perasaan awk ketika menari tu sbb sy pun pernah menari time international day kat universiti sy.. hehehe

suha said...

awesome !!

sempat lagi senyum dalam video tu. hahah. hebakk mu menari zapin! :P

bila baca the whole entry rasa teruja sama. macam ada dekat sana jugak. hahah.
anyway, thanks for sharing afiq :) :)

eLLa n aLia said...

Wah.. Bestnya.. Abah suruh study medic luar negara tapi saya rasa kat ums sana pun ckup... Keep it up.. Bangga dengan kamu..!

Herbal Trica Jus said...

wah....hebat....terus berjuang yah

Nur said...

hahahahahhahahahahhahahaha...kemain alter baju cara terbaik punya...gelak besar aku baca nih weh..

btw aku single lagik. kbai. :P

Muhammad Al-Afiq said...

izaryda : yup kak..tu pic abg amin bru...kurus sikit kot..hehe..mmg best univ kitaorg kali ni pnyer cultural day.. =)

norshalida Rosli : ohh thnks...meh la datang next year ye...huhu..

kura : mmg ohsemm sgt..kalah lady gaga..haha

bai baizura : mesti lewww bangga..hehe..btw thnks bai.!

ascil.punye.lah : sumpah kau hover weyh..haha...proud to be malaysian..

eton : tak pndai sgt la eton..mcm apa je menari...haha..tp seronok tu ada la..

suha : thnks suha...senyum sbb enjoy sangat joget..haha..

eLLa n aLia : waaa sama la kita..study molek ye..

Herbal Trica Jus : yup insyallah..

nur : tu la rahsianya wei...nobody knows about that..hahaha

Anonymous said...

Wah hebat! The kebaya's model is pretty lah~ Btw, yang pakai baju melayu johor tu Johorian aite? The son of famous pediatrician in Johor, Dr.Khaidir aite?