4 April 2012

What's Going On April.?

Lama gila tak update kan.*padahal baru 3 hari*. Ramai yang dah hantar e-mel kata "Abang Afiq bila nak update ni.?! Amboiii kemain ber-abang. Entah-entah umur kita sama kan. Yela yela abang update hari ni khas untuk adik manis kat luar sana. Adik masam dan adik masin jangan terasa ye. Next time untuk korang pulak.

So sekarang dah masuk bulan April. Pejam celik pejam celik pejam lelap tidur jap dahhhhh bulan April kan. Kejap je. Ni nak kabo sikit la apa yang berlaku di bulan April. Adik kat belakang yang tudung bawal dua warna tu meh dekat sikit kat abang ni. Suara abang aurat tak boleh jerit-jerit. Yang adik belah kiri pakai shawl pashmina ni dah boleh la berhenti korek hidung. Tak sanggup abang tengok dik.! 

Ok bulan April ni Universiti kita ada buat Cultural Day. Mesti tertanya tanya apa itu Cultural Day kan. Ok Cultural Day ni macam buah betik yang dipotong dadu lalu di makan dengan air asam dan berharga 50 sen sepeket. Tak lawak ok.! Cultural Day ni acara tahunan universiti abang buat. Tujuan acara ni dibuat adalah untuk mempamerkan kebudayaan negara masing-masing. Dekat universiti mansurah ni ada ramai International students yang datang dari pelbagai buah negara. Ada lebih kurang 7 atau 8 buah negara kat sini. So I dah 3 tahun study kat sini tapi ini kali pertama nak pergi. Patut gebang semacam je kat blog ni kan. Hahahaha.... *giggle for no reason*


Banyak la program dan acara yang universiti ni buat. Setiap negara kena tunjuk kebudayaan dan tradisi negara masing-masing. Ada booth makanan, pakaian dan macam-macam la lagi. Persembahan pun ada. Setiap negara kena tunjuk persembahan tarian kebudayaan negara masing-masing. Malaysia kali ni akan buat tarian zapin. I pun ter-participate dalam zapin ni. Seumur hidup aku tak pernah menari, tetiba dia suruh joget kan. Kalau setakat chicken dance tu memang kalah la korang semua. Abang ni dulu dik juara chicken dance kat PLKN siri 2 tahun 2009 kem PLKN Gunung Ledang tau. Jangan memain. So doakan semuanya berjalan dengan lancar. Seriously we have to appreciate out traditional dances and songs. Susah gua cakap sama lu der nak joget zapin ni. Mahu terkehel kaki lutut semua tu. And when I type this entry, I baru je habis rehearsal zapin. Sumpah dah macam cardio-workout tadi. Berpeluh-peluh mengalahkan orang lari marathon. Will update soon for the next entry ok. Thanks for reading this entry. Bye.!



4 comments:

ascil.punye.lah said...

abang meh kita berzapin bang ewahhhh.

apa ni kau duk berabang abang?hahahaha.eh,tapi cam best je cultural day.nanti jgn lupa update bila kau dah habis menari zapin.
btw,aku pun juara chicken dance plkn kump 1,2009,kem sungkai.bhhahaha.kbai.

Anonymous said...

wah, cultural day.interesting.

just sharing. suha teringat pulak masa form 4, ada terlibat untuk persembahan hari merdeka yang ke 50, then kena menari zapin.seronok dapat belajar step menari zapin even penat practise untuk 1 bulan lamanya. haha

anyway, gudluck afiq untuk persembahan tu nanti. aha :)

tuanseliper said...

haha.intro die tak bleh bla.:p

btw,gudluck menari zapin 2 ye abang (woo abg 2.hewhew>,<).jgn smpai teseliuh,terkehel kaki sudeh.HAHA:))

Dalila Diela said...

wahhh..menari? zapin? hebat2.
sy pun x pandai nak menari.. gud luck menari nnt. jgn terkehel lg sudah..