17 August 2014

Raya Is Back.!!!!

Ok sekarang ni sebelum mula mukadimah ayat pertama cerpen raya kali ni, cuba teka I tengah buat apa?

A) Makan kerepek ubi pedas sambil mengangkang depan laptop tengok Rindu Awak 200%
B) Buka yahoo mail, online facebook
C) Baca buku untuk prepare sem depan *memang tak la kan*
D) Update blog dalam gelap sebab Egypt blackout satu hari 5 kali balckout

Haaaaa teka la jawapan mana yang rasa sesuai. Sekarang Egypt memang berbahang di tambah lagi dengan set combo selalu blackout satu hari 5 kali. Rasa nak berpindah ke antartika main tepuk amai-amai belalang kupu-kupu dengan beruang kutub tu tau.


Oh nampaknya beruang kutub telah  berhijrah ke India kerana tak tahan sejuk sangat. Untungla Shah Rukh Khan dapat main sep-sep tom tom dengan beliau.

Tahun ni raya kat Egypt lagi. Tapi rasanya ni la raya dan puasa paling best sepanjang hidup especially ramadan kali ni lebih bermakna dengan hadirnya majerin daisy. Eh.? Kalau ada masa dan tak busy melayan Armel Aisya dan abang badang tua dekat TV3 inshallah I akan cerita pengalaman sambut ramadan kat sini. Memang best. 

So raya pertama kali ni bertemakan "Beraya bersama rakan sebaya di perantauan" dengan persalinan team jubah di pagi raya membawa seribu kenangan bersama di aidilfitri kali ni. 


Team potrait ala-ala family di pagi raya selepas dengar khutbah raya. Bersama team jubah di pagi syawal sebab baju melayu so typical nowadays. So pada syawal pertama I mengenakan sepersalinan jubah berwarna rona hijau gelap-gelap sikit sebab rebel dengan family yang seronok hantar selfie di pagi raya dengan pakai tema biru kat Malaysia, so I rebel pakai warna lain. Hahahaha...


Tu gambar doctor paeds I dengan anak-anak dia di pagi raya. Sempoi kan arab kat sini pagi raya. Tak yah pikir 4 bulan sebelum raya kau nak pakai baju raya kaler apa ataupun sibuk belek-belek ig nak instashop kat situ kan. 




Selepas berpeluh muih raya kat rumah sahabat handai buat rumah terbuka, sebab I memang tak reti masak lauk-lauk raya ni, jadi bila kawan ada buat rumah terbuka memang muka kau jela kan ada. Bila umi tepon dari malaysia tanya makan apa hari ni kat sana. I jawab makan kat rumah orang je umi. And umi I pun reply, ohhhh baguslah hasil usaha umi ajar selama ni ye makan kat rumah orang. Tak yah kita kecah-kecah dapur kannnn.

Raya kedua memang best sebab travel pergi Cairo naik train pakai baju melayu siap dengan sampin u olls. Arab semua duk pandang atas bawah je aku ni. Ada yang siap nak amik gambar sekali dengan kita tau. Rasa retis sangat. Actually rumah terbuka kat Cairo tu start pukul 11 pagi jadi sebab perut masing-masing dah berat masa raya pertama tu, jadi plan nak gerak ke Cairo tu memang awal pagi la raya kedua. Ingat nak pakai t-shirt dengan jeans je kan pergi beraya kat sana tapi ada code pemakaian plak kena wajib pakai baju melayu hari tu. Dapat mesej plak pagi tu sejam sebelum nak gerak. So redah jela pakai baju melayu naik train. Sampai Cairo terus makan. Genius kan plan.!


Proud tau pakai baju melayu naik train. At the same time mempromosikan tahun melawat malaysia 2014. Sangat tetiba kan. Walupun sampin pinjam kawan sebab cari sampin tak jumpa, rupa-rupanya tertinggal kat dalam almari dak ayah kat malaysia. Haaaa camana tu nak buat. Jadi pakai la sampin kawan. Tu yang compang camping je.


Raya with besties.

Raya kedua ni pakai la baju melayu pink yang tahun lepas punya. Kalau scroll bawah kat entri sebelum ni masa wedding akak I, ada la baju melayu pink ni I pakai. So memang baju sama. Jimat ok. Kat Palestin tu tak da baju raya pun. Insaf sekejap.

Ok tu je cerita raya kali ni. Tak menarik kan. Ok bye nak sambung tengok Rindu Awak 200%. 







23 July 2014

I'm Aware. MH370 & MH17

Biasanya bila nak balik ke Malaysia atau balik semula ke Mesir wajib bagi diri ini tak kemas beg sendiri. Mesti akan memujuk kakak-kakak untuk kemaskan beg sebab kalau diri sendiri yang kemas memang main sumbat je baju dalam bagasi tu. Sampai KLIA terlebih muatan sebab nyer kau masukkan sekali tin biskut Hup Seng tu dalam bagasi padahal boleh je tinggalkan tin biskut tu and bawa biskut tu je. Biskut Hup Seng wajib bawak balik egypt sebab orang egypt tak makan biskut kot. Oh botol kicap dengan cili sos sekali wajib bawak dalam bagasi.

Bila dah sampai KLIA nak check-in beg,  ayah selalu pesan supaya wrapped kemas-kemas. Jadi menunutun la troli tajaan Petronas ke tempat wrapping bag tu yang telahpun ditunggu abang pekerja bangla dengan sekali wrapping 20 hengget kena caj tapi sebab keselamatan memang tak kisah pun kena bayar 20 ringgit. Sebab selalunya banyak kes yang terjadi orang buka beg kita and kita tak perasan and in case kalau beg kau tertinggal kat airport transit tu, maka selamatlah biskut Hup Seng dengan cili sos ko tu tak kena curi.


Bila tiba masa nak boarding masuk gate perlepasan tu memang wajib untuk umi suruh bergambar dengan dia dan wajib berlatarbelakangkan signboard perlepasan antarabangsa tu masuk dalam gambar. First time berpisah dengan keluarga masa mula-mula dulu nak pergi Egypt tu memang menangis berderai-derai tapi sebab dah banyak kali pergi KLIA and hantar balik ke Egypt so family pun dah macam bosan nak nangis ke tak. Sebelum tu ada jugak mesej dan whatsapp dengan sahabat handai BFF katanyer till jannah menghantar mesej HAVE A SAFE FLIGHT sebelum phone dimatikan dan akan di on semula 12 jam kemudiannya. Tapi bila kawan-kawan hantar mesej sebegitu memang tak rasa apa-apa pun. Rasa macam biasa je text HAVE A SAFE FLIGHT tu. Muka dengan happy lambai family di ruang anjung tanpa rasa takut atau panik apa yang bakal berlaku kat diri ni nanti masa atas awan pada ketinggian beribu meter dari tanah. Tak pernah terfikir pun pasal benda ni.
Masuk dalam plane ko terus cari seat ko berharap dan berdoa dapat duduk tepi tingkap and mintak-mintak orang duduk sebelah ko tu tak annoying and tak busuk. Dapat je seat terus baca menu makanan dalam flight tu and mata sibuk mencari remote tv untuk tengok movies entertainment apa yang best dalam plane ni. Tak da pun nak rasa panik ke takut ke apa ke. Memang tak sama sekali. Syukur nasib baik selama belajar kat Egypt ni I naik kapal terbang islam. Umi I label kapal terbang tu based on ada baca doa naik kenderaan ke tak sebelum berlepas. Kalau kapal terbang islam selalunya ada baca doa naik kenderaan. Kadang-kadang i sendiri terlupa doa naik kenderaan  tu  =_="

Bila dengar je perkhabaran tragedi MH370 dengan MH17 terus rasa HAVE A SAFE FLIGHT really means something to me. You might loss your loved one in just a moment. Sekarang baru tahu kenapa umi selalu wajib nak tangkap gambar sebelum I masuk gate perlepasan antarabangsa tu. It might my last picture with her and the last goodbye for me and the family. Nobody knows what will happend to all the passengers in the plane. It might crash, it might lost, it might drown in the ocean sea and anything can happen in just a moment. It's like a wake up call for me untuk selalu beringat ajal semua tu tak kira masa dan tempat. Selalunya ayah pesan sebelum naik plane make sure solat semua dah buat and kalau sempat buat solat sunat musafir sekali. Kalau transit kat mana-mana airport make sure solat jangan tinggal.

#prayforMH370 yet still missing...


17 July 2014

My New Love Affair With Debab

Kalau siapa yang mengikuti perkembangan instagram afiqvolaris pasti akan ternampak gambar-gambar bayi yang comel. Setelah beberapa bulan tak update blog maka berita yang paling gembira telah menyusul. I dah jadi uncle. Panggil uncle okeh sebab it sounds macam urban sikit and tak nampak macam tua. Betul tak uncle Sim.! Kalau yang tahu kisah kahwin akak I tahun lepas, (scroll kat bawah je entri kahwin) ,jadi nyer akak I pregnant dan lahirkan seorang baby comel debab tahap serupa baby panda dah.



Muhammad wafiey nama dipilih oleh nenek which is umi I. Nenek macam dapat kuasa veto bila orang bagi chance pilih nama cucu sulung. Maka bertambahlah ahli keluarga Hj.Md.Nor ni dengan kehadiran si debab 3.7kg masa lahir dan sekarang almost 10 kg right just after 4 months. Ohmaiiiii kena pergi gym dengan uncle tau wafiey. Sebelum masuk tadika kena tunjuk perut six pack kat rakan-rakan sebab nanti boleh diabadikan dalam instagram sebagai kenangan berserta caption "my first day in kindergarten and every girls love me cuz i have 6 pack". Biasa la kids nowadays dah ada henpon cecanggih bawak senyap-senyap masuk sekolah even tanya homework pun kat whatsapp woiiiii.!


Wafiey with me yang acah-acah tidur tapi wafiey tak yah acah-acah pun sebab sekarang hobi kegemaran dia ialah tidur di atas mana-mana riba dan dada orang. Tak kisah tempat dan masa. Auwwwwww...look at that angelic faces. I mean yang belakang tu. Eh.!?

Setiap hari akak I akan hantar gambar debab dekat whatsapp dan kalau si debab bangun dari tidur maka kami geng adik beradik di whatsapp sangat bertuah hari tu sebab boleh tengok video kelincahan si debab di hadapan kamera. Sekarang debab baru nak acah-acah merangkak tapi semangat yang kental masih tak berapa nak kental sebab mulut asik masuk dalam tangan je tanda protes tak dapat susu mungkin.


Debab sudah give up apabila latihan merangkak tak dapat disempurnakan dengan lengkap. Depression mood memang macam ni la rupanya.




Apabila ada masa lapang, debab akan beraksi di depan kamera persis model dengan hashtag #ootd. Sedaya upaya untuk kelihatan seperti Maher Zain.



Tabiat tidak sihat debab di pagi hari ialah tak suka mandi pagi. Muka terpaksa debab di pagi hari tengok kamera tapi masih lagi buat pose belanja comel.



Muka debab kegirangan apabila mendapat bekalan susu yang mencukupi. It's playtime. Let's warm up.!



Selepas setengah hari membajak sawah, memotong getah dan bermain auukkk chakk, maka inilah rupa debab menampakkan penat dia. Gambar tidur tak beretika debab sengaja di leak kan supaya nanti boleh diugut di masa hadapan kalau dia tak nak kurus sebelum masuk tadika. Ohmaiiiii teruk la dapat uncle gini.

That's all. Bye



8 July 2014

Update Terbaru. Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Egypt

Ya ampooooon. Parah blog ni lama beno tak update. Sendu je tak da visitor melawat blog ni. Haaa ni nak buat comeback balik. Nak meriahkan dunia blogging ni. Boleh.?

Kadang-kadang lupa ada blog. Selepas dua bulan exam yang parah, maka sekarang kembali boleh bernafas dengan lega. Belajar medic ni asik-asik exam. Exam dan kami tak boleh berpisah. Nak mengekor je memanjang. Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan entry pertama ok?

Sebab sekarang tengah bulan puasa, jadi cerita pasal benda yang latest la. Dua hari lepas kawan arab kat sini yang sama kuliah ajak berbuka puasa kat rumah family dia. Maka tanpa menggelengkan kepala sebab malas nak masak kat rumah, jadi angguk kan ajer. Makan free kot. Siapkan perut je. Tapi ada shy shy cat la sebab makan dengan family dia so macam shy sikit. Sebab I selalu kalau makan dengan family sendiri memang tak shy. Satu meja tu I conquer tanpa segan silu. I kuat makan jadi dengan family dia macam kena cover sikit. Kita tak boleh jadi diri sendiri ye kawan-kawan kalau makan kat rumah orang lain. Ingat motivational quotes ni.!


With le foster family. Upload kat fb semua cakap macam anak bongsu. Mmmmm k.!


Family dia layan memang baik sekali. Well here's a thing you should know kalau datang kat rumah masyarakat Egypt ni. Dia layan tetamu kalah orang melayu tau. Makan tu memang kena lengkap la. Mula dengan starter lepas tu, main dish dia yang memang sedap giler, lepas tu dessert dia yang macam-macam sampai ke moreh dia bagi ko makan. Last-last kau tahu, kau dah naik 3 kg lepas balik rumah.


Nama nasi ni Rusz Rumaira. I actually lupa nama yang belakang tu. Maybe Rumaira la kot nama dia. Nasi ni campur dengan susu dan cheese. Sedap gilaaaaaa. Sumpah tak tipu.



Haaa yang ni wajib ada kat table makan orang Egypt ni. Mana-mana restoran la mesti ada benda ni. Salad diaorang. Tak goreng and makan mentah macam tu je. That's why muka masing-masing cantik flawless kalau nak dibandingkan dengan orang melayu muka menggerutu tak habis-habis beli collagen kat instagram tu kanzzzz.



Yang ni kalau kat Malaysia kita panggil Laichikang. Tapi kat sini nama dia....ok lupa lagi nama dia apa sebab sedap sangat. I olls kalau makan nombor satu, tapi ingat nama makanan nan hado nak ingat dek nooon. Dia campuran kacang, buat zaitun, buah kurma, buah tin dan macam-macam dia bubuh dalam tu. Tapi memang sedap and kawan I cakap benda ni waktu bulan puasa je dia buat.



Ni dessert nombor dua. Sekali dua dessert dia bagi enko.! Ni pudding custard tapi campur dengan cheese apa ntah nama dia. Bubuh kismis atas tu. Dia rasa macam custard tapi lembik-lebik sikit and rasa macam susu kambing pun ada. Tapi yang penting sedap and korang yang baca ni memang tak pernah rasa kan. Jadi telan air liur je tengok tau.

Main dish dia ayam salut dengan serbuk roti lepas tu goreng. Lebih kurang macam tu la resipi dia. Tak sempat nak tangkap gambar sebab ayam tu dah masuk dalam perut. Tetiba eh.? Mana ayam ni. Laaa dalam perut rupanya. Tak kan nak biopsy amik gambar semata-mata nak bubuh dalam blog ni kanzzz. So tula cerita dia iftar dengan family arab kat sini. Memang puas hati sangat. Kalau buat buffet kat hotel mahu kena charge 50,60 hengget ni. Tapi kali ni alhamdulilah rezeki kan. So free.!



Ok malam tu lepak-lepak dengan diorang dalam blackout lepas tu sejam kemudian amik gambar sesuka. Mula-mula macam nak ala-ala candid la lepas tu tak jadi sebab phone habis bateri and blackout punya pasal. Jadi kena muka serius horizontal berbaris tangkap gambar. Asian sangat kan i olls. Kecik je.

Jadi tu je update hari ni. Boleh la enkorang yang kat Malaysia tu baca lepas habis moreh ke kannnn. Oh nak mengadu ni. Hari ni i olls dengan hosmet terlajak sahur u olls. Tapi masih bersabar perut ni menahan. Alhamdulilah berkat bulan puasa. Selamat berpuasa semua.!






7 March 2014

Saya Raikan Wanita Pada Hari Ini

Hi Assalamulaikum.

Ya rabbi. Makin uzur blog ni. Macam terlupa jap ada blog. Macam je la kan. Alhamdulilah nasib I hidup lagi. Maka boleh la menulis lagi kat sini.

Nak dipendekkan cerita bukan busy sangat pun. Rutin yang sama. Hari-hari buka blogspot.com tapi bila nak update ada je benda yang potong line. Macam semalam baru nak up satu dua entri lepas tu tetiba ada plak yang menelepon ajak tolong angkut barang pindah rumah. Nasib yang menelepon tu pompuan. Kalau jantan, koser nak layan tolong kan.

So nak buat come back hari ni kita nak raikan hari wanita sedunia. Ceh padahal dapat idea ni pun sebab buka homepage Google tadi and tengok dia punya dooddle tu pasal International Women day. Tu yang tetiba update pasal wanita ni.


Idea yang sobonar-bonar dapat ilham nak update blog hari ni.


Nak cerita la jugak peranan wanita dalam dunia I ni kan. Sebab I membesar dikalangan wanita-wanita sahaja sebab tak da abang. Jadi best jugak sebab semua benda akak-akak kena beralah dengan I. Korang kena jeles sebab feeling ni memang awesome.

Setiap kali esok nak sekolah mesti akak-akak yang tolong gosokkan baju seluar semua tie siap gantung kat belakang pintu bilik. Tahu je esok nak pergi sekolah semua dah siap. Ni semua selalunya kerja dak akak dengan dak acik. Kalau bab makan memang lagi korang kena jeles bagi siap yang tak da akak dalam hidup dia. Sounds kejam rite. Hahahaha. Bila pukul 2-3 pagi perut buat ragam nak mintak makanan so kejut akak suruh masak nasi goreng pukul 2 pagi. Akak korang sanggup ke.? Akak i olls semua sanggup tau. Jadi bagi I ada sisters in your life is awesome sebab I punya hidup dari kecik sampai sekarang jadi mudah.

Memang la nampak macam manja tapi I tak da la merengek-rengek manja terlebih-lebih. Semua ada limit dia kan so pandai-panadai la tolerate dalam semau benda nak buat tu. Sometimes kerja sekolah matematik pun angah I yang buat especially add maths. Tu yang kantoi kadang-kadang kat sekolah cikgu suruh explain macam mana ko sorang je dalam kelas boleh dapat jawapan betul orang lain salah padahal ko pun tak tahu macam mana dak angah boleh solve soalan tu kan. Sebab malam sebelum tu lupa nak tanya macam mana dak angah selesaikan soalan maths tu yang kau tahu duk tadah beri je buku tu kat dak angah suruh siapkan kerja sekolah ko kan.

Tapi since I dah duduk berjauhan dengan family ni memang agak difficult jugak la. Nak masak kadang-kadang sampai boleh terbakor dapur dibuatnya. Kadang tu telepon dak alang tanya macam mana nak masak kari, buat sambal semua tu. Nasib ada jaringan perhubungan telekomunikasi canggih masa kini.



Wanita-wanita dalam hidup saya. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah berboipren dan ada jugak yang dah nak jadi mak orang dah.


Dah tu je nak cerita sebenarnya. Terlonjong plak update. Tiba-tiba macam tak tahu je nak buat ending macam mana. Mungkin syasha solero boleh tolong macam tunjukkan je tak.? Oh ada satu lagi wanita yang paling penting dalam hidup I. Of course la my mom. Tak yah la cerita pasal tu sebab siapa yang tak sayang mak dia kan. Kalau nak cerita pasal my mom ni kena buat part1, part 2 bagai. 

Haaaa jadi konklusi bagi update kali ni jagalah wanita anda sebaik mungkin. Jangan jadi perampas. Oh Liyana Manan, i faham perasaan you macam mana bila hak kita dirampas. Tetiba sangat engkooo ending gini. Tapi apa yang penting GIRLS POWER.!!! *tetiba sekali lagi*

Dah up satu entri baru rasa lega. Yeayyy esok dah start sekolah bagi sekolah perubatan cawangan mansoura. Dah tepu sangat cuti lelama. Esok doktor tanya komfem tak leh jawab sebab dah lupa benor ni ha tak buka buku pelajaran. Bye.







15 February 2014

A Pride Forgiveness

In this life you learn from your mistakes. Sometimes you learn it in easy way or learn it too late. I've been thinking about forgiveness a lot lately. Mistakes are always forgivable, if one has the courage to admit them. 
But sometimes someone's doesn't deserve to be forgiven. I don't know if i'll ever able to. You keep give,give and give love to people around you without you knew that your life in hell and not eceiving any love in return. The feeling of betrayed, anger mixed with sadness, mixed with deep hurt, and intermingled somewhere in there are feelings of love . Strange feelings to have all at once.

I remember thinking that I knew what forgiveness was. Someone hurts you and then they say i'm sorry, and then you say forgive them and then it's over . Kind of. But kind of not. Because forgiveness is not that.

You'll feel better if you forgive. It's really for you. But it's not for you. It's a gift you gift to others because of the gift given to you. You make a decision and you make a choice to absorb the cost of that forgiveness.But this doesn't mean that you don't feel hurt anymore. It doesn't mean you're done processing. This is the beginning. This is a great start.



mak kita mintak maaf selfie cenggini..



Me in instagram >>> AfiqVolaris




8 February 2014

Resipi Cheesecake Borio Ariana Rose

Nama resipi nak letup. Mestilah kena letup, kalau tak letup jangan berani buka blog ni. Why bother.! Why bother.! Why bother katanyer Azwan Ali. Kali ni nak up satu resipi simple and mudah untuk siapa yang chesse lover kat luar tu. Simple sangat resipi ni. 10 minit buat je lepas tu boleh menelan kek tersebut sambil menonton Ariana Rose bersama yang tersayang.

Ok la ni resipi dan bahan-bahan nak buat cheesecake Ariana Rose. Actually I tak tengok pun Arian Rose ni tapi kat twitter hari-hari diorang update Ariana Rose. Macam best je. Tapi citer ni dah habis kot rasanya. Nanti nak gi download. Kalau tak best macam citer Love You Mr. Arrogant tu aku bakar twitter.

Bahan-bahan cheesecake :
1- 100 gm tepung gandum
2- 70 gm mentega cair
3- 100 gm gula pasir
4- 5 biji putih telur
5- 250 gm cream cheese Philadephia
6- 200 ml susu segar

Cara-cara nak buat cheesecake ni


Cairkan mentega dengan suhu angin bayu laut. Slow-slow je tau.




Lepas tu amik mangkuk cangini kan then bubuh tepung gandum,gula,marjerin yang dah dicairkan tadi  dengan putih telur. Pukul pakai mixer tu sampai lunyai dan tak terdaya lagi. Lepas tu amik cream cheesee dengan susu segar tu masukkan dalam bancuhan tadi. Pukul lagi sampai putih cantik gebu macam Ariana Rose.




Haaaa nak tahu kenapa kek ni dipanggil Borio. Ni bukan typo ke apa eyh. Ni sebab kat Mesir ni ada biskut seakan-akan Oreo tapi lagi sedap dan murah dari Oreo jadi I pakai biskut Borio ni. Murah pun murah. Sedap pun sedap tak terkata. 




Then ko amik loyang untuk membakar tu sapukan dengan merjerin. Layerkan sesikit je. Jangan banyak-banyak nanti berminyak-minyak cheescake tu kang. Lepas tu hancurkan biskut Borio tu buat base dia. Lenyek-lenyek and mampat-mampatkan biskut tu kat base loyang tu. Nanti cheesecake korang ranggup krup krap krup karkp bila masuk dalam mulut tu.




Tuangkan adunan yang dah mix tadi dalam loyang tu. Haaa cengini la putih gebu rupa dia macam Ariana Rose. Tak gituwww. Lepas tu bakar dalam oven pakai suhu 160 degree selama 45 minit. Jangan pakai suhu bilik plak.




Taraaaa.!!! bajet suprise gituwwww. Ni la hasilnya cheesecake Arianna Rose. Lepas tu potong kecik-kecik masuk bawak bekal gi sekolah sambil makan dalam lecture hall masa doctor tengah mengajar memang nak kena terajang ngan doctor kan. Tapi doktor I sporting belaka. 


Ok tu je nak share. Kalau siapa nak mecuba sila cuba. Risiko sakit perut ke apa ke tu tanggung sendiri ye. K. Bye





30 January 2014

Perkahwinan Orang Melayu. Kakak-kakak saya dah kahwin Part 2

Haaaa ingat lagi tak entri 2 bulan lepas citer pasal akak I kahwin. Kalau tak ingat scroll bawah ni sikit je.  Hari ni setelah berkurun lamanya nak sambung untuk part 2. Ni last part. Sumpah tak tipu. Kalau nak tahu la kan, ni kerja kahwin yang pertama dalam family kitaorang. Agak kelam kabut sikit tapi sebab I ada so majlis tu macam teratur sikit la. Phuihhhh.! Umi I yang banyak siapkan semua preparation termasuk lah dengan bunga telur, door gifts and masak-masak tu semua. I hanya last minit tolong sikit-sikit je. Nak pacak kan khemah pun tak sempat sebab I balik 2 hari sebelum majlis kenduri kahwin ni. Dah la masa tu tengah busy exam final. Tapi tak menjadi penghalang untuk umi tanya pendapat I melalui phone. Baju tema family pun I yang pilih kan warna. Kalau tanya akak yang lain semua macam "alaa pakai je apa-apa warna". See tak kreatif dan inovatif la diorang ni.

Buat majlis ni nak kata tak besar tu tapi besar jugak la. Sebab ni 2 sekali kahwin kan. So memang ramai jemputan yang datang. Menu pun best-best. Daging rusa pun ada. Ni ayah I punya hajat nak masak daging rusa untuk tetamu dia. Layankan ajeee. Tapi sedap tak terkata la daging rusa ni. Dapat la jugak rasa pengalaman merewang masak-masak.



My new plus two in the family. Sekali 2 abang dapat baq hang.!!! Kau hado.?



Hari bersanding ni I arah family pakai warna coklat belacan. Nak cari warna nude tapi tak jumpa plak kat Kamdar Melaka tu. Dak umi la kata tak jumpa. So last minit pakai kaler coklat belacan. Hari nikah tu tema baby blue dengan pink. Omeynyewww kitewww.

Tu jela pic yang sempat ditangkap pakai camera phone ni masa majlis kenduri kat rumah I. Nak tangkap bebanyak pic pun tak dapat sebab memang busy sangat masa tu. Even family potrait pun dapat sekejap je sebab dak umi dengan dak ayah sibuk melayan tetamu tak menang tangan. Orang memang tak putus-putus datang. Ayah I ni memang banyak kenalan dia. Seba masa muda mudi dia suka merantau. So banyak la geng-geng bas sekola dia jemput masa tu. 

2 hari lepas majlis kat rumah I, kita pergi majlis bertandang kat Kelantan plak belah abnag ipar I yang nombor 3 tu. Sambil tu boleh la jalan-jalan tengok awek-awek kelate comey comey tu. Dah lama woi tak pergi kelantan. Sekali pergi semua aku borong. Murah plak tu.



Godek punya godek kat fb dak alang, jumpa pic ni je. Masa kat kelantan tu tak banyak sangat tangkap gambar. Tangkap awek kelantan je sempat. Eh.?! 

Ok next majlis bertandang plak kat rumah abang ipar I nombor satu plak. Ni kat kedah. tempat kejadian tak berapa nak tahu sangat sebab masa tu I tak dapat datang. I dah balik semula kat Egypt untuk meneruskan exam final. Dak akak send pic kat whatsapp je. Jadilah dari tak da kan.


Tema family warna merah. Ni pun I yang decide. Dak akak asik call tanya nak pakai kaler baju warna apa. So ni jelah cerita akak kita kahwin. Nak upload banyak gambor pun tak dapat sebab ni semua gambar camera phone Sony I yang tak berapa nak high resolution nyer tu. Mintak maaf la kalau ada kekurangan masa majlis famliy kitaorang ni sebab biasalah first time buat kenduri kahwin so memang banyak yang perlu dibaiki. Tapi alhamdulilah majlis bereh belaka.  =)






27 January 2014

Antara Seru Dan Aurat

Dah lama gila blog ni hiatus. Semua gara-gara exam. Bertabahlah wahai blog. Maaf. Short briefly to all readers. Walaupun ada ke tak da ke tetap nak cakap jugak dan membebel kat sini. Sekarang exam dah habis. Cuti sebulan pulak tu. Supposed to be cuti winter break 2 minggu je tapi tetiba dilanjutkan sebulan. Entah. Biar la dapat cuti sebulan. Apa lagi buat terkangkang terlingkup mati kutu tak tahu nak buat apa kat rumah. Nak pergi jalan-jalan kat Egypt ni nanti takut kena peluru sesat plak. Tak memasal keluar muka I kat Utusan Malaysia. Femes kejap. 


Hari ni nak ringan-ringan je update dulu. Lepas ni baru berat-berat sikit. So I found this effective yet so meaningful video in facebook. Pasal aurat. Even sekarang ni anak Ziana Zain pun dah suruh mak dia tutup aurat okeh.! Jadi tak kira la laki ke perempuan ke yang beragama ISLAM memang cover what you should cover. Ikhlas tak ikhlas tu tak penting yang penting WAJIB tutup aurat kalau dah nama ISLAM kan. Kalau nak tunggu hidayah tu tak yah la nak jadikan alasan. Silap hari bulan ustazah Hidayah datang mandikan jenazah. Camne tu.? Tak sempat nak tutup aurat kan. Jadi selamat menonoton video ni and I will keep update this blog inshallah. Bye.!