26 February 2012

Apa Yang Selalunya Perempuan Tengok Pada Lelaki

Ni cerita benar la. Nak buat survey sebab I tahu ramai readers blog ni pompuan. Semua cun-cun pulak tu. I baru je lepas tengok satu video kat facebook ada member post so appear kat home tu. Jadi nak membuangkan masa so I tengok la. I tak nak bagi dulu kat sini sebab nanti korang tak baca bebelan ni.

So apa sebenarnya yang pompuan suka tengok pada lelaki bila jumpa depan-depan.?

Muka hensem macam PM kita Dato' Najib ke atau..

Tengok body taf-taf macam Tan Sri Muhyidin ke.? Kihkihkih

Ke tengok rambut menawan macam Samy Vellu ka.?

Atau kalau tengok laki tak de perasaan apa-apa.???! Tu sumting wrong la tu....

So kesimpulannya apa yang pompuan selalu tengok pada laki.? Yang jawab tengok hati, tengok jantung semua tu I mohon jom ikut I ke bilik mayat atau bilik operation supaya kita boleh tengok dan belajar bersama mengenali hati dan jantung manusia. Jawapan macam tu tak best la.

Oh lagi satu. Yang jantan-jantan tu nak komen sini kenapa ni.? Apesal tu.  Kihkihkih


 



22 February 2012

Wordless Wednesday - Awang Yang Malas Nak Mandi Waktu Winter


Suatu hari tersebutlah kisah...
Nama diberi ialah Awang...
Awang yang terkenal sebab pemalas nak mandi terutama waktu winter...
Sebab tejukkkk~~ tejukkkk..~~ (gaya comel Awang berkata-kata)...



Haaaaaa shower speed trap...
Mana mau lari...???
Cepat tangkap Awang dan bawak dia ke tempat mandian...
Gedguk gedeguk ..!!! (bunyi kereta kuda menangkap Awang)

-
-
-
-
-
-
-



Maka Awang pun bersyair di dalam bilika air tu...
Apalah nasib diriku yang malang, oh tuhannnnnn...dipaksa mandi dalam besen pink...isk..iskk.. T__T




Hiashhh bebannya diri ini *sambil meletakkan towel diatas kepalanya*
Itulah kisah si Awang yang pemalas nak mandi...
-The end-

Eh.! Ni la yang dinamakan few words of wednesday...
Tak sah kalau tak menaip sebaris dua ye dak.! Kihkihkih...






19 February 2012

Kita Tak Boleh Couple

Saya dengan ini telah menjalankan kajian yang tak berapa forensik dengan bantuan team sukahatiakula kenapa saya dan si dia  tak boleh couple. Ni la antara sebab-sebabnya......

1- Sebab awak buat air milo pakai 4 sudu, saya guna 2 sudu je.

2- Sebab saya pakai Windows 7, awak pakai MacBook. Perghhhh canggih siot.!

3- Sebab awak suka Anuar Zain, tahu tak Anuar Zain tu kita punya. Eh.!?

4- Sebab saya macam calon imam muda tapi awak tak da ciri-ciri ustazah pilihan pun. Eh ! sekali lagi.

5- Sebab saya pakai Sony Ericcson jew tapi awak pakai BlackBerry. Awak tak mau kalah kan. Nanti kita tak boleh BBM.

6- Sebab saiz pinggang awak tak sampai 24 macam Miranda Kerr.

7- Sebab awak tak pandai camwhore depan camera macam saya, awak hanyalah whore je. Haaaaa.???!

8- Sebab muka awak kurang ayu macam Taylor Swift. Muka awak lebih cenderung kepada Oprah Winfrey.

9- Sebab awak cakap awak lesbian. WTF.?! (tanjat boboi)

10- Sebab awak tak samakan saya dengan Chris Evans. Sentappppp.!!!

11- Sebab awak suka tengok movie-movie 18 tahun ke atas je. Saya suka yang 18 tahun ke bawah.

12- Sebab awak cakap kulit saya tak cukup tanned macam Taylor Lautner. *bergegas ke pantai untuk berjemur*

13- Sebab mak awak lagi cun dan hot dari awak. Saya takut terkahwin dengan mak awak. Erk.!

14- Sebab awak kata lepas kahwin nak honeymoon kat Universal Studio Singapore. Tak menarik langsung.!

15- Sebab awak suka lelaki yang 5 kaki 10 inci. Saya ada dua kaki je. Laaaa awak minat alien rupanya. Kenapa tak bagitau awal-awal.

16-Sebab ayah awak kuat PAS, ayah saya orang kuat UMNO

17- Sebab awak cakap muka saya macam Lee Dong Wook. Saya nak macam Rain la.

18- Sebab awak tak baca blog ni that's why saya kutuk-kutuk awak suka hati mak bapak saya



Jangan setuju dan terpedaya dengan point-point di atas. Rekaan je. Tapi apa yang penting kerjasama. Tetiba je.! Ok bai



9 February 2012

Fenomena Musim Sejuk - Siri 2

Petang itu selepas habis kuliah, jejaka hot tu  pun terus meluru keluar pintu dewan kuliah tanpa menghiraukan sesiapa pun. Dia dah tak boleh tahan dah. Cuaca ketika itu sungguh sejuk di tambah pula angin-angin bertiup syahdu bagaikan lagu Sedetik Lebih. Lantas dia berlari laju sepantas Kapten Amerika tapi dia tahu dia bukan Kapten Amerika sebab dia kapten Malaysia...huhu..sempat dia melawak di pertengahan jalan bersama kucing oren berbulu putih campur-campur oren sikit di persimpangan jalan...

Di hadapannya ada dua gadis ayu menegurnya. Dia tak pedulikan semua itu even crush of the year dia pun dia tak heran ketika itu. Apa yang pasti dia mesti menunaikan tujuan dan hajatnya terlebih dulu. Dia dah stimulate habis ketika itu. Sejak dalam kuliah lagi apabila doktor dihadapan mengajar fikirannya tak menentu. Rungsing. Serabut. Air dah sampai kat kepala dahhh...Oh tidakkkk...Bila dah sampai di rumahnya lantas dia membuka pintu rumahnya bagaikan macam orang pecah rumah nak mencuri pun ada.

Dia menghempaskan begnya ke tepi, bukunya dilemparkan begitu saja...baju sejuknya dia buka satu persatu dengan pantas diiringi dengan tali pinggangnya...dia kini tidak memakai baju lagi. Badannya yang sasa bagai Chris Evans dan berpeluh itu  kerana dia berlari terlalu laju lantas mengeluarkan peluh-peluh jantan. Dia meluru ke satu tempat yang tak bisa orang lain nampak dia. Dia melondehkan seluar jeansnya hingga ke paras lutut begitu juga dengan boxer spongebobnya. Lantas dia berkata secara perlahan....AHHHHHHHHHHHHH..


Perghhhhhh indahnya dunia sebab dapat kencingggggg...dari tadi aku tahan kencinggggg..fuhhhhhh.!!!

30 minit kemudian...


Layan Youtube Ustaz Azhar Idrus la kejap sementara nak tunggu Asar ni...
*Dia ketawa terkahak-kahak sampai keluar lendiran kahak sebab tak tahan tengok lawak ustaz ni*

Doplohempat minit kemudian....


Jejaka ni kencing lagi, padahal dia minum air tadi tak sampai 10ml....(=__=)"

empatblas minit kemudian...


Layan Taylor Swift jap la...
Best kalau aku dapat duet dgn Taylor ni...dapat duit dia lagi best.!

seploh minit lepas tu....


Jejaka ni terkencing lagi...sehinggakan toilet bowl tu dah jemu pandang dia punya tutttttt...kbai.!

Biasa la waktu sejuk ni asiyik terkencing-kencing je. Sebab kita tak mengeluarkan peluh jadi semua air yang kita minum akan cepat absorb dalam badan dan terus ke pundi kencing dan kita pun teruslah terkencing-kencing dengan semangatnya. Tambah lagi dengan faktor cuaca yang sejuk.
Tu je nak cerita. Ok bye.




6 February 2012

Gaya Lelaki Hot Bersama Cardigan - K-Pop Style

Tajuk tak nak kalahkan. Macam editor fesyen majalah pulak buat entri ni. Majalah Vogue Paris nak tak hire I jadi editor diaorang part time dan bagi gaji full. Mak aih kerja part time tapi gaji full. So altitude this boy. Hah.! Tak habis-habis buat entri pakaian, tak habis-habis tajuk pakaian. Cubalah sekali-sekala entri tajuk masak kari kepala ikan ke. I memang sengaja sebab tak da tajuk dah entri dalam kepala ni. Yilek bak kata yenna jiran rumah mak cik I. Tu sebab I upload banyak-banyak picture lepas tu jadikan entri. Work smart baby.!

Lepas survey pakaian apa yang I nak cuba ketengahkan di sini, jadi seluar, topi, spender kita ketepikan dulu kat sebelah kanan. Kita tengahkan dulu pakaian yang I nak review ni. CARDIGANS people.! OMG it's sounds like barney having a good time with the kids. Yes sekarang tak kira laki ke pompuan ke memang suka pakai cardigans. Nampak style. I pun mula berjinak-jinak dengan cardigan tahun lepas. Dulu I liar bila nampak baju tapi sekarang dah jinak. Well let me tell you apa itu cardigans. I bukanlah wikipedia bergerak tapi cardigans ni macam sweatshirts untuk musim sejuk. I mean pre-musim sejuk. Sebab kain dia nipis dan tak terlalu tebal kalau kita nak guna untuk waktu suhu 2 degree celcius. Kang ada yang terbeku tengah jalan. Tapi sekarang orang dah pakai waktu bila-bila tak kira panas ke sejuk ke sebab nak nampak style. Ala-ala Korea katanya. 

Cardigans lelaki dan perempuan beza dari segi bahagian depan dan butang. Kalau laki depan dia terdedah besar dan lebar supaya boleh la nak tunjukkan dada yang bidang sebidang tanah 7 ekar tu. Kalau perempuan pulak butang dia banyak dan pembukaan v-shape bahagian depan dada tu nampak tirus dan kecil. Tengok I dah jadikan blog ni berilmiah sikit sebab ada kata blog ni merapu jadi saya sedikit terpukul dengan kata-kata itu. Kuat betul pukulan itu.  So let's cekidaud men's with cardigans. I nak bagi korang melting bila tengok laki pakai cardigans. Yela musim sejuk ni frost je so kita cairkan sikit. Sebab ramai perempuan suka tengok laki in cardigans, nampak smart la.



David Beckham in cardigans. Sila melting sekarang wahai perempuan. Laki tak yah ngengada. Bagi penampaq sebijik kang.! Ok next.



Ignore Victoria belakang tu. Imagine diri korang. Kalau nak effect lebih sila adobe photoshop cepat sebelum due date trial photoshop korang habis.



Wah James Bond pun pakai cardigans. See girls.! Dah melting.? Belum lagi. Ok



Kapten Amerika juga memakainya ketika berhibur di kelab. Aamaaaaigadddd die hard melting.!!!




Sometimes cardigans juga boleh di bawa ke pejabat kerja jika anda sudah lewat ke tempat kerja. Ini juga untuk mengaburkan mata bos anda jika anda terlupa bawak coat. Next time jangan suruh isteri kacau waktu malam. Kan dah lambat ke kerja.




Smart la. Kemah-keming sokmo.!




Yang ni pun cardigan jugak. Tapi nampak lagi style la sebab butang dia kat tepi. Kalau korang datang Egypt ni, tengok arab pakai cardigans memang pelik-pelik fesyen diaorang. Macam-macam jenis cardigans ada. Butang belakang, tepi, depan, senget semua ada. Nak yang satu butang, dua butang, tiga butang dan ada yang tak  berbutang pun ada.




Ohhh sorry girls saya dah membuat anda stop melting dan frost kembali selepas tengok model ini. Ok actually I nak beritahu kalau yang jenis ni tebal sikit sebab dia pakai cotton wool. Boleh juga digantikan dengan sweater. Ni mesti anak mak ni sebab mak dia yang tolong kaitkan cardigan dia ni. Mummy boy.!

Ok meh I bagi korang melting balik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ni pic masa umur 18 tahun...1st time baru balik dari Egypt...

Oh damn.! Kenapa laptop ni kejam, kenapa kenapa.!!! I try upload gambar David Beckham tapi kenapa gambar Chace Crawford pun langsung tak keluar. Yang keluar gambar I. Bertambah pelik di situ. My first cardigan yang super murah sebab kena bajet hari apa H&M kat Egypt ni buat clearance sale so kau serbulah hari tu jugak. Ni last year people last year. Oh perlu ke mention.?!

Maaf entri cikai. Sedang tak da idea nak mengarang apa lepas ni. Idea please.! Anyone.?!
Oh I dah habis exam. So boleh la mengupdate blog beria-iya lepas ni kan. Lama cuti winter break ni. Bulan dua baru buka balik sekolah. Guna sekolah rasa remaja sikit. Tak gitu cik Maimon.?!



2 February 2012

Fenomena Musim Sejuk - Siri 1

Ye inilah fenomena yang tak dapat dielakkan oleh sesiapapun even John Cena pun tak mampu dapat halang kami untuk berbuat sedemikian rupa apabile musim sejuk melanda....

Waktu pagi ketika di kelas....
Lagu super bass nicki minaj berkumandang di perut...dondang sayang lepas tu plak masuk 



 3 jam kemudian.....



selongkar peti ais cari makanan....oh itu peti sejuk tau bukan almari baju...peti ais rumah kitew 2 pintu jenama Toshiba...kbai.!


3 jam setengah kemudian....


buat-buat study jap....haishhhh lapar benor.!


4 jam empatplohlima minit kemudian....

yeayy masak kari kurma..ok tipu...goreng telor makan ngan nasi pas tu buh kicap jewww....


itulah fenomena yang terbaru setakat ini....ajaib kan...dan ia tidak terhenti di situ sahaja...ia akan berterusan setiap 2 jam atau 3 jam....makan..makan..makan dan makan lagi...ini fakta bukan auta.!

OMG.!!!!
ADAKAH SAYA DARI MACAM NI...



ko bajet macam Colton Haynes je kan...ke Colton Haynes bajet macam I...acaner nih.?
 or am I will turn to this..???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Howahhhhh...!!! 
Boleh kena attack virus 'tanjat maimon'...ye 'tanjat boboi' sudah tiada lagi ye buat masa sekarang...orang beralih kepada maimon plak...
Ini keajaiban....I don't blame the calories in the food but I blame the weather...
Nantikan siri 2 pula lepas ni...
Ok bye.!~





p/s : ahhhhh kagumnya dengan diri sendiri sebab boleh lukis orang lidi...eh.! macam pantun dua kerat plak kan...*clap..clap...clap*