6 February 2012

Gaya Lelaki Hot Bersama Cardigan - K-Pop Style

Tajuk tak nak kalahkan. Macam editor fesyen majalah pulak buat entri ni. Majalah Vogue Paris nak tak hire I jadi editor diaorang part time dan bagi gaji full. Mak aih kerja part time tapi gaji full. So altitude this boy. Hah.! Tak habis-habis buat entri pakaian, tak habis-habis tajuk pakaian. Cubalah sekali-sekala entri tajuk masak kari kepala ikan ke. I memang sengaja sebab tak da tajuk dah entri dalam kepala ni. Yilek bak kata yenna jiran rumah mak cik I. Tu sebab I upload banyak-banyak picture lepas tu jadikan entri. Work smart baby.!

Lepas survey pakaian apa yang I nak cuba ketengahkan di sini, jadi seluar, topi, spender kita ketepikan dulu kat sebelah kanan. Kita tengahkan dulu pakaian yang I nak review ni. CARDIGANS people.! OMG it's sounds like barney having a good time with the kids. Yes sekarang tak kira laki ke pompuan ke memang suka pakai cardigans. Nampak style. I pun mula berjinak-jinak dengan cardigan tahun lepas. Dulu I liar bila nampak baju tapi sekarang dah jinak. Well let me tell you apa itu cardigans. I bukanlah wikipedia bergerak tapi cardigans ni macam sweatshirts untuk musim sejuk. I mean pre-musim sejuk. Sebab kain dia nipis dan tak terlalu tebal kalau kita nak guna untuk waktu suhu 2 degree celcius. Kang ada yang terbeku tengah jalan. Tapi sekarang orang dah pakai waktu bila-bila tak kira panas ke sejuk ke sebab nak nampak style. Ala-ala Korea katanya. 

Cardigans lelaki dan perempuan beza dari segi bahagian depan dan butang. Kalau laki depan dia terdedah besar dan lebar supaya boleh la nak tunjukkan dada yang bidang sebidang tanah 7 ekar tu. Kalau perempuan pulak butang dia banyak dan pembukaan v-shape bahagian depan dada tu nampak tirus dan kecil. Tengok I dah jadikan blog ni berilmiah sikit sebab ada kata blog ni merapu jadi saya sedikit terpukul dengan kata-kata itu. Kuat betul pukulan itu.  So let's cekidaud men's with cardigans. I nak bagi korang melting bila tengok laki pakai cardigans. Yela musim sejuk ni frost je so kita cairkan sikit. Sebab ramai perempuan suka tengok laki in cardigans, nampak smart la.



David Beckham in cardigans. Sila melting sekarang wahai perempuan. Laki tak yah ngengada. Bagi penampaq sebijik kang.! Ok next.



Ignore Victoria belakang tu. Imagine diri korang. Kalau nak effect lebih sila adobe photoshop cepat sebelum due date trial photoshop korang habis.



Wah James Bond pun pakai cardigans. See girls.! Dah melting.? Belum lagi. Ok



Kapten Amerika juga memakainya ketika berhibur di kelab. Aamaaaaigadddd die hard melting.!!!




Sometimes cardigans juga boleh di bawa ke pejabat kerja jika anda sudah lewat ke tempat kerja. Ini juga untuk mengaburkan mata bos anda jika anda terlupa bawak coat. Next time jangan suruh isteri kacau waktu malam. Kan dah lambat ke kerja.




Smart la. Kemah-keming sokmo.!




Yang ni pun cardigan jugak. Tapi nampak lagi style la sebab butang dia kat tepi. Kalau korang datang Egypt ni, tengok arab pakai cardigans memang pelik-pelik fesyen diaorang. Macam-macam jenis cardigans ada. Butang belakang, tepi, depan, senget semua ada. Nak yang satu butang, dua butang, tiga butang dan ada yang tak  berbutang pun ada.




Ohhh sorry girls saya dah membuat anda stop melting dan frost kembali selepas tengok model ini. Ok actually I nak beritahu kalau yang jenis ni tebal sikit sebab dia pakai cotton wool. Boleh juga digantikan dengan sweater. Ni mesti anak mak ni sebab mak dia yang tolong kaitkan cardigan dia ni. Mummy boy.!

Ok meh I bagi korang melting balik.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ni pic masa umur 18 tahun...1st time baru balik dari Egypt...

Oh damn.! Kenapa laptop ni kejam, kenapa kenapa.!!! I try upload gambar David Beckham tapi kenapa gambar Chace Crawford pun langsung tak keluar. Yang keluar gambar I. Bertambah pelik di situ. My first cardigan yang super murah sebab kena bajet hari apa H&M kat Egypt ni buat clearance sale so kau serbulah hari tu jugak. Ni last year people last year. Oh perlu ke mention.?!

Maaf entri cikai. Sedang tak da idea nak mengarang apa lepas ni. Idea please.! Anyone.?!
Oh I dah habis exam. So boleh la mengupdate blog beria-iya lepas ni kan. Lama cuti winter break ni. Bulan dua baru buka balik sekolah. Guna sekolah rasa remaja sikit. Tak gitu cik Maimon.?!



4 comments:

laskar pelangi said...

perghhhhh!
melting tau!


afiq! jangan buat pelangi melting boleh?? nape semua tu kacak habiss..aiyoooo! bergaya habissss!

suzialfredshin said...

memang suke tengok lelaki pakai cardigan, simple but smart..nampak nice di mata saya ;)

Unknown said...

hahaha..laki nmpak comel bile pkai cardigan..

Anonymous said...

wahahaaha. superb entry ni.

guys in cardigan! tak nafikan, memang smart. menambah gaya kan?

the last pic, macam susah suha nak susun ayat macam mana. hahaha.

ermmm, maybe afiq should say thanks to lappy yang kejamm tu! hahaah ^_^