9 February 2012

Fenomena Musim Sejuk - Siri 2

Petang itu selepas habis kuliah, jejaka hot tu  pun terus meluru keluar pintu dewan kuliah tanpa menghiraukan sesiapa pun. Dia dah tak boleh tahan dah. Cuaca ketika itu sungguh sejuk di tambah pula angin-angin bertiup syahdu bagaikan lagu Sedetik Lebih. Lantas dia berlari laju sepantas Kapten Amerika tapi dia tahu dia bukan Kapten Amerika sebab dia kapten Malaysia...huhu..sempat dia melawak di pertengahan jalan bersama kucing oren berbulu putih campur-campur oren sikit di persimpangan jalan...

Di hadapannya ada dua gadis ayu menegurnya. Dia tak pedulikan semua itu even crush of the year dia pun dia tak heran ketika itu. Apa yang pasti dia mesti menunaikan tujuan dan hajatnya terlebih dulu. Dia dah stimulate habis ketika itu. Sejak dalam kuliah lagi apabila doktor dihadapan mengajar fikirannya tak menentu. Rungsing. Serabut. Air dah sampai kat kepala dahhh...Oh tidakkkk...Bila dah sampai di rumahnya lantas dia membuka pintu rumahnya bagaikan macam orang pecah rumah nak mencuri pun ada.

Dia menghempaskan begnya ke tepi, bukunya dilemparkan begitu saja...baju sejuknya dia buka satu persatu dengan pantas diiringi dengan tali pinggangnya...dia kini tidak memakai baju lagi. Badannya yang sasa bagai Chris Evans dan berpeluh itu  kerana dia berlari terlalu laju lantas mengeluarkan peluh-peluh jantan. Dia meluru ke satu tempat yang tak bisa orang lain nampak dia. Dia melondehkan seluar jeansnya hingga ke paras lutut begitu juga dengan boxer spongebobnya. Lantas dia berkata secara perlahan....AHHHHHHHHHHHHH..


Perghhhhhh indahnya dunia sebab dapat kencingggggg...dari tadi aku tahan kencinggggg..fuhhhhhh.!!!

30 minit kemudian...


Layan Youtube Ustaz Azhar Idrus la kejap sementara nak tunggu Asar ni...
*Dia ketawa terkahak-kahak sampai keluar lendiran kahak sebab tak tahan tengok lawak ustaz ni*

Doplohempat minit kemudian....


Jejaka ni kencing lagi, padahal dia minum air tadi tak sampai 10ml....(=__=)"

empatblas minit kemudian...


Layan Taylor Swift jap la...
Best kalau aku dapat duet dgn Taylor ni...dapat duit dia lagi best.!

seploh minit lepas tu....


Jejaka ni terkencing lagi...sehinggakan toilet bowl tu dah jemu pandang dia punya tutttttt...kbai.!

Biasa la waktu sejuk ni asiyik terkencing-kencing je. Sebab kita tak mengeluarkan peluh jadi semua air yang kita minum akan cepat absorb dalam badan dan terus ke pundi kencing dan kita pun teruslah terkencing-kencing dengan semangatnya. Tambah lagi dengan faktor cuaca yang sejuk.
Tu je nak cerita. Ok bye.




8 comments:

[k]o{q}i[n] said...

moral of the story, kencinglah... jgn tahan2... err...

eton said...

kencing byk2 kan sihat.. tp klu terlebih kerap masalah jgk kan bakal doktor... hehehehe

syafikah said...

hahaha..sakit perot gelak...

Nana said...

hahahaha

tuanseliper said...

hahaha=)) lawak org lidi 2..:p
ok lah 2 kencing baik utk kesihatan^.^

A said...

haha,serius lawak.fakta dalam keadaan santai

Anonymous said...

straight to the point.
hahaha, puas menahan gelak.

Muhammad Al-Afiq said...

[k]o{q}i[n] : ye betul..thnks buat conclusion..hehe

eton : kalau slalu terkencing, tu kencing manis namanya..haha

syafikah & Nana : terima ksih tolong gelak...hihihi..

bai baizura : org lidi je mampu buat setakat ni..huhu

Alfi Kasran : santai-santai je la...huhu

suha : thank gelak xpa jgn than kencing ye