17 April 2012

Let Me Show You The Awesomness of Malaysia - My Story From Egypt To All Malaysian

Assalamualikum semua. Hari ni I nak bawak u oll semua tour satu Mansoura dan menunjukkan betapa awesomnya International Cultural Day tempoh hari di Universiti Mansoura ni. Sampai masuk dalam berita TV kat Mesir ni la. Awesom ke tak.?! Tak.??? K bai...So memandangkan exam nak dekat so I tak tahu nak type apa jadi layan gambar je la. Kang aku dah start berpuisi pulak kat sini memang kena buat part 1 part 2 sampai part 8 la gamaknya entri ni. Gambar banyak. Dalam 70 keping plus plus. Anda dah ready nak ber-tour dengan saya. Sila pakai helmet dulu. Tali pinggang kita buka. Sebab perut kita sama-sama buncit. Eh.! Comel kan kita. Hah nampak dah ke tebing sungai dah entri ni. Tanpa membuang masa ke laut jom kita ber-tour. 1,2,3 jalan selow- selow......


Ok gambar kita start dengan logo dulu boleh. *gelak sambil tutup dengan towel*
Inilah logo rasmi untuk Cultural day ni. Sepanjang nak masuk dewan tu diaorang pasang benda ni. Awesome kan.!

Event ni ada dua tempat. Satu dekat indoor stadium untuk persembahan dan satu lagi dekat luar stadium untuk macam gerai pameran la. So kat luar ni banyak booth-booth dari semua negara tunjukkan diaorang punya kebudayaan diaorang dari segi makanan, pakaian, apa yang menarik tentang negara diaoarang tu la. So kita jalan-jalan kat luar dulu ye.


Ni entrance dia. Cantik sangat tempat ni. Jom kita masuk dalam terjah.!
Eh.! Kejap. U olls nak start dengan negara mana ni. Ok kita start dengan Malaysia yang awesome tu. Sila kira berapa perkataan awesome sebab di akhir tour ada hadiah siapa pengira "awesome" paling cekap. *gelak sambil tutup rongga hidung*



Ni dekat pintu masuk booth Malaysia. Terasa macam suasana kampung sikit-sikit masuk sini. Booth Malaysia memang terbaik. Negara lain semua kalah. Tak caya.?! Let's awesome kan diri sama-sama.



Hah.! See. Masuk-masuk je ada pemuda Melayu yang berbaju melayu serta tidak lupa gadis berkebaya greet bagi bendera Malaysia. Awesome kan. Terpesona arab-arab itu seketika.



Ni booth Malaysia. Kita buat style ala-ala macam kat kampung sikit. Tengah tu ada air pancut yang awesome.




Ni pit stop yang pertama. Kita mempamerkan kepada arab-arab kebanggaan Malaysia. See Siti Nurhaliza pun ada. Arab pun dah kenal Siti. Kita buat replika pokok kebanggaan Malaysia. Ramai lagi yang ada kat pokok tu. Sheikh Muszaphar, all the prime minister, Lee Chong Wei, Michelle Yeoh dan Nicol Ann David.




Ni pameran pakaian kebudayaan Malaysia. 



Dekat booth Malaysia pride ni kami merealisasikan impian anda untuk menjadi astronout secara tiba-tiba. Awesome sangat.




Dekat setiap booth ada gadis-gadis Malaysia yang hot akan menerangkan serba sedikit pasal kebudayaan Malaysia. Tengok macam gadis di atas. Nama beliaw Emilia Emira. Dia tengah mintak nombor telepon arab tersebut. Eh.! Silap. Dia tengah menerangkan pasal abam astronout kita. Kebanggaan Malaysia. Awesome sangat gadis-gadis booth ni.




Ni booth kebudayaan India.





Jom kita ke booth kebudayaan Cina pulak. 



Pameran kebudayaan orang Cina di Malaysia. Ada gambar makanan je. Makanannya tak de. Kena balik Malaysia baru ada. *giggle for no reason*



Ni tanglong bukan bakul sampah ye. Arab ingat ni bakul sampah sebab I nampak dia buang plastik gula-gula dia kat sini. WTH.?! =___="



Preparation buat tanglong.




Kami import orang Cina datang dari Malaysia untuk Cultural Day ni. Ok tu tipu. Abam tu orang melayu tapi muka macam Cina so sesuai la dia jaga booth kebudayaan Cina ni.

Next stop booth tourism Malaysia.


Arab ni kabo tahun depan dia nak datang Malaysia sebab dia kata Malaysia awesome sangat.!



Bukan gadis-gadis litar yang pegang payung tu tapi ni gadis-gadis booth yang hot-hot belaka.



Next booth kita ke booth pengantin. Yeayyyy orang kahwin. Eksaited penulis blog ni bila bab pasal kahwin.


See kita ada pengantin. Arab kata unik orang Melayu kahwin. Cantik sangat. Gambar atas ni memang betul-betul pengantin ye. Baru je lepas kahwin time winter break hari tu. Tahniah kepada pengantin. Mereka duduk kat pelamin tu berjam-jam lamanya semata-mata nak mempamerkan kebudayaan orang Melayu kahwin. Awesome kan.!

Kami juga mempamerkan permainan-permaina tradisional di Malaysia seperti :
*ayat dah macam pemberita kat TV3 *


Tali skipping menggunakan getah lastik cicak malam Jumaat.



Permainan congkak. Eksaited pak arab Palestin ni dapat main congkak. Berjam-jam dia duduk main congkak. 



Bambo dance yang terkenal di Sarawak. Semua nak cuba. Memang awesome. Arab semua nak cuba.



Tak lupa juga batu seremban dan dam haji. Checkmate.!


Nak tahu betapa awesomnya Malaysia tengok je komen-komen arab-arab ni.


Waaaaa memang awesome sangat booth Malaysia.



Ok sebelum pulang kita disajikan dengan kek bendera Malaysia. Oonom om om..sedapnya.!
Ok tipu I tak rasa pun tapi VVIP je dapat rasa.


Tamatlah kita menjelajahi booth Malaysia yang awesome. Mari kita ke booth negara-negara lain yang kurang awesomnye. Eh.?!



Let's start with Oman. Tak da apa pun yang menarik selain Sultan Oman yang menjadi kebanggaan rakyat Oman. Serta kraftangan yang I pun boleh buat. U olls nampak tak lampu meja kat atas tu diperbuat dari kulit biawak. Ok la nice la kan. bapak racist gila penulis blog ni.

Ok next booth ialah King Of Arab Saudi.



Arab Saudi best jugak sebab masuk-masuk je dapat kurma serta air zam-zam free. Lepas tu ada pedang-pedang zaman Rasullullah dulu dipamerkan tapi I tak ambil pula gambar tu. 


Lepas tu ni memang budaya masyarakat timur tengah yang suka hiburan. Dia pasang lagu kuat-kuat lepas tu joget ramai-ramai. Memang budaya mereka. Tak boleh salahkan ibu mengandung. Gambar atas ni Arab Saudi tengah menari dengan pedang. Layankan aje.

Ok next kita ke Iraq.


Booth mereka biasa-biasa je. Tapi tarikan utama ialah kanak-kanak Iraq yang comel-comel. Sumpah comel  gila. Mata biru rambut ada yang blonde pulak tu. I rasa nak culik je sorang dua bawa balik Malaysia



The cuteness. Ya Allah sumpah comel. Jap ada lagi satu. Kali ni dua-dua comel.



Alololo tomeynyer dua-dua ni. Ekhem.! Dah tak usah la nak muntah-muntah hijau yang tengah membaca ni.



Ni pakaian harian mereka. Kau mampu pakai duduk rumah camgini.


Next kita ke booth Egypt.


Kalau pergi ke sini dapat makan Kushairy free. Kushairy ni makanan utama di Egypt. Dia campuran nasi, spageti, kacang-kacang, bawang goreng lepas tu makan dengan kuah sambal dia. Sedapppp.

Dekat sini tak dapat banyak gambar sebab sesak sangat. Ramai orang. Ni je gambar yang ada.



Bersama-sama Egyptian. Gambar atas tu kraftangan handmade. Ada rantai, gelang, lukisan.


Next Palestine.


Di sini kita rasa insaf kejap sebab mereka pamerkan Freedom of Palestine serta gambar-gambar kekejaman Israel. Booth dia pun kecik je.

Ok last Libya.


Tak tahu nak desribe apa. Masuk-masuk ni je yang ada. Lepas tu dia jamu dengan teh. Rasa dia manis-manis kelat campur dengan rasa limau. Sedapppp. 



Dapat la jugak merasa duduk bergambar macam kat Libya konon-kononnya. Pak arab tu kabo mostly ruang tamu diaorang macam gini la rupanya. Meditranean punyer style kan.



Ok tu je. Amacam tour.?! Awesome kan. Ni baru dekat luar satdium. Dalam indoor I update next entry sebab tak sempat. Jap lagi I nak pergi praktikal. So esok la jawabnya I up entry baru. Sorry guys. Tak pa kita bagi rehat sebab semua penat jalankan. Ok tunggu next entry sebab kali ni lagi awesome punyer. Perfomance yang best dari Malaysia. Tunggu tau jangan pergi mana-mana. Ok bye.!



9 comments:

lavenderlover said...

mmg awesome! hehe..=)

kura said...

wahh.. meriah meriahhh!

tuanseliper said...

rasa nak lempaNg je ulang awesome byk2 kali.HAHAHA,:))

btw,best je tengok.macam2 budaya semua kita boleh tau & rasa sikit2.hehe:)

Aliff Haikal said...

hey malaysia memang awesome lahh . haha

btw study kat arab ke ?

Nurul Ainaa Che Anuar said...

ehhh last tu cool je. tercomel plak muka dia xD

Nurul Ainaa Che Anuar said...

ehhh last tu cool je. tercomel plak muka dia xD

TRAVELOG ATEH said...

bestnyer.. macam ummatic weeks yg selalu campus sy adakan tiap2 sem.

Unknown said...

wahhhh... (hanya ni yang mampu diperkatakan, bangga!)

Anonymous said...

bestnyaa, awesome!

booth malaysia paling cun & menarik lahh. hehe. great job !!
terasa bangga sekali, hahahhahh.

budak budak tu pun comell. nanti dapat culik seorang bagi suha. :p