Hai dan assalamualaikum semua...
Hari jumaat ni kena la entri-entri yang boleh mendidik jiwa ye dok...rezeki dan semua kenikmatan yang dikecapi hari ni kita patut bersyukur...cuba fikir sejenak orang kat Somalia ke atau Palestin tu yang tak dapat kenikmatan dunia ni...kita ni yang duk kat Malaysia (for those who in Malaysia now) dapat makan macam-macam...mereka tu terpaksa berpuasa 3,4 hari baru la dapat makan...kita ni suruh puasa sebulan je tu pun ada yang tak puasa...mahu dipimpinnya tangan mereka ni ke van jenazah orang macam ni kan...jadi apa saja kenikmatan dan rezeki yang Allah taala beri kita hari ni kita patut bersyukur...wajib bersyukur ok...sebab bila-bila saje nikmat tu boleh ditarik balik dalam sekelip mata sahaja...this are some amalan yang kita boleh praktikkan untuk murah rezeki kita...tapi niat tu kena betul...niatkan untuk dapat rezeki yang halal di dunia dan akhirat supaya rezeki kita dapat tu walaupun sedikit tapi biar berkat...betul tak..?! kita kongsi sama-sama ye...I refer to myself too sebab I pun bukan baik sangat pun...hehehe...so mari la sama-sama menjadi baik...
1) Harus ada masa untuk beribadat kepada-Nya
Firman Allah dalam hadis qudsi : "Wahai anak adam,sempatkanlah untuk menyembah-ku maka aku akan membuatkan hati mu kaya dan menutup kekafiranmu.Jika tidak melakukannya maka akan aku penuhi tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak menutup kekafiranmu." {Hadis riwayat Ahmad,Tirmizi ibnu majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a}
2) Sentiasa ingat Allah
Firman-Nya " orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dan tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah dengan mengingati Allah hati jadi tenang (Surah Ar-Raad ayat 28)
so setiap saat kena ingat pada pencipta kita Allah taala...jangan asik duk ingat gelpren boipren yer...
3) Tinggalkan perbuatan dosa
Sabda Rasullulah s.a.w. "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya..
memang tak dinafikan kita ni tiap masa akan diuji keimanan oleh Allah taala...maka sentiasala minta pengampunan dari-Nya...moga-moga dosa-dosa kita yang lalu diampunkan...
4) Melazimi solat dhuha
Solat dhuha ni memang bagus kita amalkan...bukan susah pun..2 rakaat je...kita buat sebelum solat zuhur..sebab waktu yang terbaik nak buat solat dhuha ni waktu sebelum matahari naik la...jadi mari la kita amalkan...
5 ) Berbakti dan mendoakan kesejahteraan Ibu-Bapa
Rasulullah s.a.w bersabda " siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah baginya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (hadis riwayat Abu Ya'Ala at-Tabrani Al-Asyhabani dan Al-Hakim)..
jadi dengan itu lepas solat fardhu kita doa ibu ayah kita sihat dan diampunkan dosa-dosa mereka dan mendokan kesejahteraan mereka...lepas tu kalau mak minta tolong jangan la beri macam-macam alasan pulak ye eh...cuba pikir balik masa mak kita beranak kan kita ada ke dia bagi alasan kat nurse tu tak nak deliver kita..tak de kan...so rajin-rajin la tolong mak ayah kat rumah tu ye...kalau boipren ke gelpen tu boleh top-up 30 hengget gayut lelama tapi tak kan la nak kol mak ayah 2,3 minit tanya khabar pun tak boleh kan bagi yang jauh duduk asrama universiti tu kan...tapi kalau macam I ni,I suruh umi call sebab mahal nak kol Malaysia...baru nak cakap "Assalamualaikum umi apa khab..." tettttt tiba-tiba suara operator arab keluar...terperanjat I ingat umi I dah boleh speaking arab rupa-rupanya kredit habis....
6) Tunaikan hajat orang lain
Sabda Rasulullah s.a.w "...siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajtnya.."
7) Banyakkan berselawat
Ada pendapat yang mengatakan selawat ni mampu menghilangakan rasa resah dan sedih...jadi dengan selawat selalu makan hati kita tenang,jiwa lapang dan rezeki pun murah...Insyaalh...ni yang ko pergi dengar lagu Lady Gaga tiap-tiap hari mana tak resahnya macam si Gaga tu...kalau sedih pulak dengar lagu Justin Bieber..OMG what the..!!!
8) Bangun tengah malam untuk bertahjud
Amalan solat tahajud ni kalau kita kaji memang sangat unik...before datang Egypt hari tu kan I ada la terbaca buku rahsia solat tahjud yang ayah beli...solat sunat tahjud ni senang nak buat..2 rakaat je tapi keistimewaanya kita dapat macam-macam..tak sampai 5 minit pun kalau nak buat...jadi rajin-rajin la KITA buat solat tahjud malam-malam...kalau Arsenal lawan Manchester United pukul 3 pagi boleh je kita set alarm clock tapi nak bangun tahjud 5 minit tak kan tak boleh kan...
9) Menjalin silaturahim
Menurut Rasulullah s.a.w "barang siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak saudaranya (hadis riwayat bukhari)
10) Berpagi-pagi
Menurut Nabi Muhammad s.a.w jika kita memulakan aktiviti harian kita di awal pagi maka rezeki akan murah terutama selepas solat subuh...so kalau boleh elakkan la tidur lepas subuh...buat la apa yang patut...exercise ke nak dapatkan 6 pac abs ke kannn...tak pun tolong mak buat kuih karipap kat dapur tu pagi-pagi pun boleh....
Renung-renugkan la dan sama-sama kita beramal...ni je kot yang dapat I share...moga-moga rezeki yang kita dapat halal dan diberkati selalu..share la dengan rakan-rakan taulan...remember sharing is caring...
3 comments:
betul lahh afiq. banyak baiknya hidup kita di sini (malaysia) berbanding mereka di sana. kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. ni peringatan untuk suha jugakk :D
nice entry :) btw dah link ur blog :)
terima kasih kongsi ilmu...
Post a Comment