Ye adik-adik manis. Mari dekat sikit. Yang duduk belakang mari ke depan, yang jauh mari rapat, yang rapat mari lekat. Pangggggggggg.!!! Eh. Jangan dekat sangat. Kan dah kena lempang sebijik. Undur sikit. Sebenarnya I ada satu barang nak cakap. I baru lepas tengok album masa muda-muda dulu. Masa tu zaman kegemilangan Misha Omar nyanyi lagu bunga-bunga cinta sampai hentak-hentak kaki dan Siti Nurhaliza berundur dari Anugerah Juara Lagu. Eh.Apakejadah cerita semua ni.
Ok perenggan kedua. Kalau dalam SPM buat esei gini memang kena pelangkung dengan pemeriksa. Masa muda-muda dulu, waktu I tengah lagi di zaman persekolahan yang kalau cuti je cikgu asyik-asyik buat rombongan pergi Kuala Lumpur. Oh sungguh bahagia bila dapat jalan dengan rakan-rakan ke Kuala Lumpur. Epik bunyi nyer. Kalau la budak kolumpur baca ni memang dia gelak sampai terjojol pusat terkeluar agaknya. Yela kami bukan budak KayEl kami budak Melaka jewww. Perlu ke mengeja KL sebegitu rupa. Tak pasti jangan jawab.
Ye kali ni perenggan betul. Damn dua perenggan dah melalut ke sungai congkak. Ok enuff.! Sebenarnya saya rindu sama muka waktu umur 16 tahun dulu. Dulu muka saya v-shaped tau. Sekarang dah u- shape. Nampak tak beza nyer yang ketara giler vavi ni. Kenapa tragedi ni perlu berlaku. Adakah faktor pemakanan yang sangat drastik makan terlebih muatan. Oh bila tengok weigh scale body maintain je. Ehem.! Mungkin lemak naik ke muka atau tidur selalu sembamkan muka kat katil. Ye saya rindu bantal busuk di rumah.!
Inilah muka latest saya. Nampak tak chubby cheeks tu dah macam ada telor kat tepi pipi. Tapi itulah lemak yang terkumpul setakat ni. Kalau ada mata ganjaran pengumpul lemak di pipi mungkin I bakal berpeluang memenangi sebuah jam tangan Rolex barangkali. Ni pic amik dengan salah seorang peminat cilik I. Muka tak pandang kamera sebab ramai cameraman nak amik pic I. Ye hidup perlu bajet retis kadang-kadang. Bagus untuk tumbesaran gigi.
So dengan itu I rajin gila meng-Google dan meng-Youtube video untuk turunkan muka ke kaki. Eh bukan. Turunkan lemak di muka. Ada kata kena buat yoga. Oh no no. Yoga haram dalam Islam. Ada yang suruh kunyah chewing gum. Insyallah lepas ni memang mengunyah jela kerja I. Ada pulak kata kena buat senaman tampar-tampar muka. Namooo tampar muka ku ini. Nanti lemak tak kurang tapi sakit yang mendatang. So guys ada cara nak turunkan lemak di muka supaya boleh dapatkan muka macam Johnny Depp pipi cengkung v-shape.? Sharing is caring.
Baru dapat idea macam mana nak tangkap gambar supaya pipi tak nampak kembang macam monyet baru lepas kena senggat tebuan. Halakan kamera 2.0 megapixel anda sikit ke atas supaya muka akan tirus dan lonjong. Tapi jangan terlalu ke atas angel nyer sebab nanti kena cop muka ala-ala My Space plak. Gambar cantik bila kena pada lighting yang cantik. Kalau gambar gelap maka nasib tak menyebelahiku. Harap gambar ni bukan macam gay yang tengah sangap sebab kawan I cakap muka ni macam gay. Damn.! I pencinta wanita pulak. Oh korang kalau like, komen I sayang seribu kali. Kalau like page Afiq Volaris I sayang macam rimau sayangkan anak dia tak bagi main dengan anak badak sumbu. Ok tak da kaitan pun.
Oh sejak kebelakangan ni asik boring. Mungkin a little bit lonely lately. Overwhelming feeling pun ada. Winter makes me feel sleepy and lazy. Badan naik la macam gajah tengah bersalin. Oh baru ku tahu lagu noktah cinta nyanyian abang rambut afro tu sangat menghantui hingga empatbelas kali ulang. And yes I rindu my doctor. Miss my doctor so damn much. Balik Jakarta terus tak reply mesej kita. Ok fine I nak gi jogging. Okbai.!
See u next entry ( lambai-lambai macam kucing emas yang mungkin banyak jual di kedai 2 ringgit).
11 comments:
chubby chubby chubby. chubby tp comel takpa. :)
hahahah..tape2.. boleh je skali skala feeling artis.. amboi.. teknik bagos tu nk ame pic.. heheh
kah kah! suka pnulisan anda . kelakooo!
huhuhu..xdek la chubby mne pon...:p
ek elehhhh! takdenya chubby.biasa2 aje tu..ilex r..chubby itu comel =D
perghhhh! lanbai2 cm meoww kt kedai 2hinggit..terbaik ahhhh =D
tak chubby mana pun lagi. boleh maintain kan lagi tuh. haha :)
dak tu cute
hahaha. gimme 5. jenis muka cepat naik kelemakan nye. tapi badan still maintain same.
jom terjah blog faten. faten ade tag untuk en. dokter :)
bdk 2 comel. hee.
budak ketot : yeke..chubby itu sexy la kan..hahaha
AfiQ : hey lama x berblog ye cikgu..ye retissss sgt.! haha
syirah rasid : eh.! yeke kelakoo..waaa thnx u so much.
bai baizura : eh dah chubby ckit la tu kan..dulu muka i model tau..hwahaha
laskar pelangi : yooo..ada ler sikit lemat tu kat pipi..
suha : ok maintain2..buat senaman muka la
::FAIZ FARISH:: : yup budak2 arab mmg cute sgt..
Fathin || Bamir : gimme 10 la mcm tu..i've update my tag..thnx
piqa : yup budak tu mmg sgt comel mcm mak dia..kanak2 arab mmg comel.
kalo nak nampak chubby cmne plak?aha ;p
Post a Comment