15 January 2012

10 Entri Terhangat 2011

Hey people meh sini duduk keliling I. Yang tak pakai deodorant tu sila balik rumah sekarang pakai dulu. Tadi I baru je duduk sebelah mamat arab ni dalam kuliah. Perghhhhh bau dia macam tak mandi 10 hari. Rasa nak sound je dalam bahasa melayu supaya dia tak faham. Nasib doktor ajar kat depan. Kalau tak memang I suruh dia beli clorox mandi mayat terus letak kapur barus. Baju yang dia pakai tu pun baju semalam. Woi pemalas punyer arab.!

Huh apakejadah intro pasal arab tak mandi. Just nak melahirkan rasa ketidakpuasan hati je. Terima kasih wahai penduduk kampung sekalian kerana sudi dengar ye. I baru je godek-godek blog ni. Habis dah skru semua tertanggal. Nak jugak tengok berapa ramai yang view blog I ni kan. Ok tak ramai. Sentapzzzzz.! ( zzzzz tu kena ada untuk mengespresikan betapa sentapzzzz nyer I ). Lepas dah sentapzzzz I check la entri apa yang orang suka benau tengok kat blog I ni. So let's cekidaud entri apa yang hotssss u ols.



Bila hupdate gambo mesti tak besau. Huh dah keluar loghat melaka kaww...

Entri paling hangat yang di perkatakan. Nak mula dari bawah ke dari atas erk.?! Yang bawah la dulu sebab suprise sikit. Miss Universe pun umum dari yang loser sampai la yang menang kan. Drum roll please...


Waaaa...cakap pasal cinta semua duk tengok usha kan. Nasib fazura dah jadi kekasih hati raja muda Johor. Eh tetiba.!


Kalau bab bercuti free memang jadi hobi I skarang ni. Entri ni memang I sambil taip sambil tergedik-gedik sikit depan latop sebab baru je balik bercuti orang taja. Free pulak tu. Tapi gambar I dalam entri ni sumpah gemok macam badak air. Yela masa ni baru balik Malaysia dan mengenal apa itu makanan yang sedap.!


Entri ni I terkejut sebab ramai view. Tanjat boboi tau. Nyampah. Eishhh boboi ni asik tanjat je. Lempang kang. Ok maybe masyarakat Malaysia masa ni semua tengah usha nak beli kereta baru lepas dapat bonus. Tak pasal-pasal terjumpa blog I cerita kereta mahal. Ceh masyarakat Malaysia nak kereta mahal je. Support Proton beb support support.!


Yang ni malas nak describe lebih-lebih la. Kalau u olls nak tengok badan I yang tough macam Chris Evans dalam citer kapten Amerika tu usha la entri ni. Gambar tu I baru lepas workout kat gym. Cepat cekidaud sebelum I remove entri ni. Ok rileks-rileks beratur jangan berebut. Runtuh blog I ni nanti.


Ni merupakan entri pertama I buat pasal masakan. I ni bab makan tahu tapi masak fail. Rasa bangga gila boleh buat entri pasal resipi. So kalau nak tahu cara budak tadika belajar masak usha la entri ni. Jangan gelak sudah.


Sebenarnya entri ni I buat sebab dapat ilham lepas dengar lagu Zaiton Sameon-pelamin anganku musnah. Entah apa-apa je entri ni. Orang banyak view sebab nak tengok design pelamin so search keyword kat Google sekali keluar blog I ni. I guess maybe.


Cerita ni la yang membuatkan blog I banyak view. Ok nak perasan kejap. I dapat banyak review sebab masa tu tengah berlakunya pergolakan kat Mesir ni. I ada jumpa ramai blogger yang suruh usha entri I ni sebab ramai masyarakat kat Malaysia waktu tu tengah risau pasal kami di sini. Terima kasih siapa yang sudi buat entri pasal blog I ni. Dan masa tu jugak I sempat post entri terakhir sebelum semua bekalan komunikasi kitaorang kat Mesir ni diputuskan selama beberapa hari. Tuhan je la yang tahu betapa scarynya waktu tu. Merasa jugak la duduk macam zaman Jepun kejap.


Kalau nak tengok kembar Faradhiya tu sila la usha entri ni. Serius 98 % sama. Kalau cakap 100 % sama nanti kembang pulak tuan empunya badan. Hehehehe ( gelak nampak gigi )...


Malas la nak komen pasal ni. Sebab sekarang ni coklat entah ke mana, strawberri entah ke mana. Mungkin penduduk Malaysia suka makan strawberry dengan coklat macam Datuk CT tu sebab keywords ni banyak dicari.


Rasanya ni entri kedua I kat blog ni. Masa tu ayat pun tunggang terbalik lagi. Baru nak berblog. Sebenarnya I ada selitkan keywords rumah datuk K dengan Siti Nurhaliza. Ada jugak cerita H.O.U.S.E tu pun I ada letak. Ramai orang sibuk nak tahu rumah datul K agaknya. Sekali salah masuk blog. Entri  ni kebanyakannya orang dari luar negara sebab sesat cari series H.O.U.S.E tu kat Google. Sekali tengok blog budak melayu yang merapu.


Ok masyarakat sekian sahaja entri kali ni. Bila imbas kembali entri-entri lepas, rasa kelakar tengok cara penulisan I. Dulu senget la dan macam baca mesej pun ada. Bahasa dan gambar pun entah apa-apa. Terima kasih la kepada kalian semua yang sudi jenguk blog I ni dan tak putus-putus komen serta like setiap entri dekat blog I ni. Much appreciated. Insyallah setakat ni semua komen u olls akan I balas. Kepada yang like Afiq Volaris terima kasih banyak-banyak sudi tekan butang Like tu. Nanti kita borak-borak di sana ye. Eh.! Dah macam artis menang award buat ucapan plak kan. Ok bye.! 


*berlalu pergi sambil pegang award kemas-kemas dan buat lambaian kepada penyokong histeria*



13 January 2012

Beauty in Sincerity

"I think for me, beauty is sincerity. I think that there are so many different ways that someone can be beautiful.. You know, someone so funny that it makes them beautiful no matter how they look, because they’re sincere in it.. Or somebody who’s really emotional, and moody and thoughtful and stoic, but that makes them beautiful because that’s sincerely who they are. Or you look out into the crowd and you see someone so happy that they’re smiling from ear to ear, and that sincerity comes through. I think that’s what makes somebody beautiful. And I’ve never felt like there’s just one way to be beautiful, you know, tall or short, straight hair or curly, or whatever some people have their definitions of “their types." You know, for me I think that when I meet someone and there’s that magical thing about them that makes them unforgettable, that they’re sincere and honest in whoever they are, be that funny, happy, sad, going through a rough time, sarcastic.. I think that these personality traits that come through when somebody is really sincere is what makes them beautiful." - Taylor Swift






7 January 2012

Random updates : Kisah Zakar, Si Blogger Cantik dan Saya Orang Yang Gembira.

Lately I memang suka letak tajuk panjang-panjang kat entri. Memupuk semangat membaca di kalangan rakan sebaya mungkin.?! Ok I pun tak banyak masa nak hadap laptop ni lelama sebab lappy ni dah maju sikit. Laptop ni kalau I hadap dia lelama dia malu, so terus dia padam. Jadi ni menandakan suruh I beli laptop baru. Yes I know ayah I baca blog ni. Saje bagi hint sikit kan. Hehehe *gelak sambil tutup telinga* 

Tajuk tu memang kontroversi. Ni bukan blog lucah ye. I dah letak shoutbox baru kat tepi sidebar ni. So gunakan la dengan sebetulnya. Kenapa shoutbox dulu tak boleh guna erk.? Mungkin benda free tak tahan lama kot. Hari tu I ternampak entah pihak iklan mana letak link "MASALAH ZAKAR KECIK.? ATASINYA DI SINI". Teranjat boboi.! Mak aihhhhhhh. Macam dia tahu je kita punya besar ke kecik. Sentap tau.! Execuse me, age doesn't matter but size is matter. I tak suka la iklan-iklan macam tu. Abang power la, kembalikan nikmat malam pertama la apa la semua tu memang tak suka. Terjejas imej I okeh.! 


Please use my shotbox wisely ye kawan-kawan.!


Ok lupakan cerita zakar semua ni. Mari kembali ke dunia suci. Hari tu bila I post entry pasal pelajar cemerlang Amalina dan Siti Fatimah tu, alhamdulilah la dapat respons yang baik dari semua kalangan readers yang membacanya. Terima kasih semua. I really appreciate each one of u. Jadi I hanya menyampaikan apa yang patut disampaikan kepada masyarakat sekalian. Harap kita sama-sama ambil pengajaran dan iktibar. Tapi kan apa yang I teruja sebabnya si blogger popular yang cantik Yuyu Zulaikha suka  kat entri I tu. I macam pernah dengar nama Yuyu Zulaikha tu tapi tak tahu pula dia blogger popular. Ermmm I know some of u mesti cakap "huk eloh kecoh je lebih..bla..bla..bla..". But I just nak share je keterujaan ni. Lagipun dah tak da modal nak hupdate apa. Hihihihi *giggling for no reason*




Ok tak nak cerita lelebih nanti ada plak yang marah, meluat. Ermmm I lagi beberapa minggu akan exam mid term. Insyallah doakan yang terbaik. Satu lagi I nak cakap dan mohon maaf la ye kalau sesiapa yang tinggal link tapi I lupa nak jejak kembali sebab tak sempat. I jarang membuka blog ni. Bila dah siap entri I akan auto publish je. Senang kan. Lagi satu, sorry kepada pihak-pihak yang mungkin tak suka I guna keyword atau perkataan dia dalam blog ni. Copycat katanya. Maaf la ye guna perkataan awak tu. Tapi bagi saya perkataan tu universal. Yes maybe you the only person in this world boleh guna perkataan tu cuz u create it by your own right.?! Tak pa I tak guna lagi perkataan-perkataan u tu. Hopefully biarlah kita ni berblogging secara aman tanpa ada permusuhan dan iri hati. Lepas ni I kena letak kamus kat sebelah la untuk cari perkataan I sendiri dan nobody can use my words. Hahahaha. Oh I bukan moron macam tu ye. Satu perkataan je nak share dengan orang ka luar sana tak jadi masalah. Lagipun bukan I create perkataan tu. Semua boleh guna rite.! And yes kalau tak suka just inbox kita boleh settle kat tepi simpang corner tu. Ok tipu.  I lagi suka orang cakap direct kat I rather than perli-perli coz that looks coward and pathethic. To all readers apa pun just enjoy ur healthy life ok. Semoga kalain dirahmati Allah hari ini. See u next entry. Bye.!



I'm a happy normal person.


Oh hari ni Egypt cuti sebab sambut Krismas. FYI kat sini tarikh sambutan perayaan dia lain dari yang lain. Bagi penganut Kristian kat sini mereka sambut krismas setiap tahun pada 7hb Januari. I lupa kenapa sebab dia tapi ada la doktor I beritahu hari tu. Valentine's day pun diaorang sambut bulan Mei atau Mac kalau tak silap. Ermmm so hari ni I cuti. Yeayyyy.!




Don't Move.I'm Still Here.!!!

*Sticky post*
Sekarang internet dah ada cuma lamabat macam siput nak keluarkan tahi je sebab siput tu sembelit. Tapi yang paling penting I nak beritahu kat sini ialah bahawasanya blog ni masih lagi guna URL http://al-afiqanakdaddy.blogspot.com/ . I nak tukar URL baru tapi masalahnya orang zaman kuno baru belajar pasal blog ni tak tahu kalau tukar URL semua followers tak dapat nak update blog dia lagi. So I dah tukar balik yang lama. Anda semua jangan risau. Still lagi guna URL lama. Nama blog je baru. Post entry kat bawah ni yang kata tukar afiqvolaris.blogspot tu just ignore je ok. I guna URL lama tau. Sebab saya masih sayangkan pembaca setia dekat blog ni jadi saya tukar ke URL lama. Lepas ni dah tobat tak mo tukar-tukar URL. Namoooo ye tukar-tukar. Stay update with me people. I ni pun berserabut tengok blog ni lepas tu nak selesaikan iklan nuffnang lagi. Susah kalau buta IT ni kan. Main ikut suka dia je nak tukar-tukar. Jadi lepas ni siapa yang dah terbaca pasal entry kat bawah ni atau dah terlink kan URL baru tu sila la tukar balik ke link yang lama ni kalau sayangkan I. *Pannnnnngggggggg* 

Patut la I tengok total page visitors tak da. Rupanya korang tak leh masuk blog ni kan. Ok tak mo sedih-sedih tau. Meh sini meh peluk sikit. *Dangggggggggg* ( bunyi kilat ).
Sorry ye, tapi I tak berniat nak main aucak-aucak atau prank korang apatah lagi main hide and seek. Kita shilap shikit jewwww....

NI URL BLOG NI UNTUK SELAMA-LAMANYA. DON'T CHANGE.!