23 November 2011

Pesanan Hari Rabu

Hari ni hari Rabu ke.? Ehek saje buat tanya untuk intro.

Hah sekejap je intro I kali ni. Ringkas dan penuh informasi. Hello u olls sihat ke.? I sihat je. Hari ni tak mahu buat Wordless Wednesday. Sebab kalau buat WW memang tak dapat la I nak exercise jari-jemari ni di keyboard I yang berhabuk ni. Huh.! Sekali lagi bercakap dengan diri sendiri. Orang pun tak suruh kau buat Afiq. Waaaa sekarang ni I ada pesanan khidmat masyarakat untuk korang semua. Sila capangkan telinga. Tapi sebab Nabil dah kahwin tak payah la capangakan telinga. Sebab malam-malam isteri dia boleh tolong capangkan. Jadi mari kita besarkan mata pulak. Heh.! Kalau u olls ikut kata I ni sumpah dah macam Ju-On pulak rupanya. Mula-mula telinga, lepas tu mata plak kan. Ok serius-serius. I sebenarnya nak share je gambar ni. I ternampak dalam laman web muka buku. Korang LIKE la dan share dengan masyarakat Malaysia. Sesuai untuk tauladan dan kebaikan masyarakat sejagat. Ini benda serius, bukan main-main.


Ni dataran Tahrir Square kat Mesir ni. Nama tempat macam shopping complex kan. Tengok lautan manusia yang dah jadi sebuah pantai. Hiperbola ayat I sekarang ni. Berpuluh-puluh ribu berkumpul nak buat protest pada hari pertama tu, 18 November. Macam semut menggerumun ke dalam bekas tuperware gula sebab kesemua semut terbabit kurang glucose dalam badan. Yang tak terlibat mungkin semut terbabit menghidapi hyperglycemia iaitu kencing manis. Heh dah cerita pasal semut pulak. ! Ok next.




Kita masih di dataran Tahrir lagi. Tapi jangan u olls ingat I pergi sana pulak join protest ni. I duduk diam terkaku je kat rumah sambil minum hot chocalate dan biskut munchy's. Detail I bagi ni. Ok tengok gambar atas ni. Orang Egypt ni satu bagus bila waktu sembahyang semua diam dan tinggalkan geng parang dan senapang terus ke masjid join geng masjid tok imam pulak. Lepas habis solat sambung balik amik senapang dan parang buat barisan amik nombor turn nak makan. Hey bukan, buat barisan join protest balik la. This picture shows that Christians linked arms to protect muslims from police violence while performing evening prayers in Tahrir on 21st November 2011. I nak tanya ni, will Malaysia be able to achieve this kind of unity.? Sambil usap-usap janggut dan angkat kening. Dekat Egypt ni ada jugak yang menganut agama kristian. Kalau kat Malaysia sanggup ada perpaduan kaum macam ni memang I balik Malaysia sekarang jugak order cendol pulut kat warung satu. Kagum I dengan diaorang ni.



A doctor in tears after he failed to save one of the injured in Tahrir Square. I dah tak mampu nak mengulas dah. Menitik air mata I 3 hari 2 malam kat atas katil ni. Hiperbola lagi description I ni. Hari tu I beritahu kalian semua 8 orang mati kan, tapi sekarang ni dah 37 orang meninggal dunia kerana protest tu. Setiap hari akan ada demonstrasi. Hari ni ( waktu Egypt sekarang masa I tulis ni ialah 8.20 malam ) ada lagi demonstrasi besar-besaran di Iskandariah dan Tahrir Square. Tapi jangan panik, sebab pelajar Malaysia tak rajin nak terlibat dengan ni semua. Jalan raya kat tempat I pun dah banyak yang tutup. I pun tak nak describe kenapa dan apa yang tengah berlaku isu politik di Mesir ni sebab kalau I tulis kat sini nanti ada yang kena hack pulak blog ni. FYI masyarakat, askar yang tengah memerintah sekarang ni, so diaorang dapat detect semua maklumat dalam internet kitaorang dan telefon pun di kawal sekarang. Laman-laman web dari luar negara semua telah disekat macam JPA dan MARA tak boleh akses kat sini. That's why I tulis melayu supaya diaorang tak faham. Tapi kalau nak translate english boleh je kan. Kalau I tulis bahasa sanskrit konfem memang diaorang ingat ni kod rahsia bom perang dunia. Arab ni selagi dia tak dapat pilih calon presiden yang diaorang nak tu, selagi tu la meroyan macam lembu bunting sepuluh anak. Mengamuk tak tentu pasal. 


Jadi kita semua harap rakyat Malaysia jangan risau sebab insyallah semuanya dalam keadaan terkawal lagi setakat ni. Alaaaa biasa la tu tembak menembak, pecah-pecah rumah tu dah biasa je bagi kitaorang. Jangan terkejut bakal-bakal doktor graduan Mesir ni balik berkhidmat kat Malaysia muka semua samseng-samseng. Pergi hospital bawak pistol, parang, pisau lipat doploh sen tu dalam white coat kitaorang. Pelajar Malaysia pun tak join protest ni. Tak koserrr orang nak ke Tahrir bersesak-sesak. Lain la kalau Taylor Swift datang buat konsert free memang I la duk berhimpun buat khemah kat Tahrir tu. Last riot masa 25 Januari hari tu diaorang cut off kitaorang punyer Twitter dulu, lepas tu facebook, lepas tu telefon dan lepas tu internet pun gone.!~ Hilang entah ke mana, puas ku cari namun biskut kering jua kutemui. Dramatis ayat I kali ni. Untuk kali ni semua dah bersiap sedia keluar duit banyak-banyak sebab takut bank tak berfungsi. Stok makanan pun beli banyak-banyak takut kena catu makan lagi. Senapang M-16 pun siap sorang satu. Oh gila la kitaorang kat sini. Don't mess with us ( gaya Egyptian punya slogan riot ). Tapi masalahnya kau tu dah mess kan satu Mesir ni dan study kitaorang pun dan mess. Tunggu nak buat mesh-up song je ketuk kepala arab sekor-sekor ni yang asik nak meriot je keje. Nyampah.! Ok u olls masa blogging I dah tamat. Now nak face a book pulak. Eh yeke. Cakap je la nak facebook.


Nota Tapak Kaki : I am so happy if u guys can share this with all masyarakat dunia dan LIKE entri ni. Doakan kami tak kena OPS PIRAMID lagi ye. 



6 comments:

lavenderlover said...

bl la egypt nk wat pilihan raya secara aman kan..semoga kita semua selamat study kat sini..=)

lavenderlover said...

bl la egypt nk wat pilihan raya secara aman kan..semoga kita semua selamat study kat sini..=)

tuanseliper said...

hope kamu2 semua brada dlm keadaan slmt:)

Nyamuk Terbang said...

jauhnya egypt
jga dri ^^

zaty said...

rmi jugak kwn2 di mesir.my pray for all.semoga egypt kembali tenang :)

syazwani ab said...

wahhh, seriyes saya nak rasa benda ni walaupun bahaya. hoho

take care :))