4 November 2011

Price Tag Anyone

Hello reader friends.? Are you enjoying your nasi lemak with kopi O lately or just kuih puteri mandi je.? Have you eat orange this morning to get beautiful skin as we know la kan orange enrich with vitamin C. Hehehe *giggle for no reason*

Ok saya di tag. Baru perasan sebab Fatin Bamir komen di entry. Baru nak buat walaupun saya masih ada 178 muka surat tentang macam mana manusia akan terasa sakit dan jenis-jenis  kesakitan dan perjalanan kesakitan itu dari kena kulit sampai la ke otak untuk saya hafal, tapi saya rajinkan diri kejap untuk buat tag ni. Sila standing ovation untuk saya depan laptop anda sekarang juga. Terima kasih.!

Oh ye saya jarang buat tag-tag ni. Lagu price tag pun malas nak nyanyi ka-ching-ka-ching-cacing tu. Ok mari kita mulakan.

1- Bila last korang say I love you to mom/dad.?

27th October masa hari jadi hari tu. Tapi umi I tahu I sayang dia hari-hari ~Tiap hari sayanggggg~ bayangkan iklan fair and lovely tu.

2- Pernah kentut dalam kereta.? Apa reaksi orang dalam kereta tu

Tak terkira la berapa kali kentut. Especially lepas makan telur atau halia yang ayah suka bubuh dalam nasi gorengnya itu. Konfem la angin keluar kan. Reaksi mangsa sedutan kentut saya itu tak pasti. Yang pasti mereka akan saling tuduh-menuduh yang lain sebab saya buat muka lekkk je kan. Buat macam tak de benda je berlaku sudeyyyy.

3- Benda yang paling memalukan korang buat sampai tak boleh lupa.?

Ermmm. Dah lupa la.

4- Apa fikiran korang bila someone post masalah pasal bf/gf dia kat twitter,fb.?

Yela. Kau sorang je dalam dunia ni tengah bercinta kan. Sangat tak matured.

5- Greyson Chance.? Justin Bieber.? Kenapa dia

Taylor Swift boleyyyyy.

6- Lelaki pakai baju pink sweet/seksi/pondan.?

Adakah warna pink warna pompuan. Ye cer ingat balik ribbon breast cancer warna apa.? Lelaki dengan pink.? Ok je kot selagi tak jalan lenggang-lenggok macam orang sakit pinggang sudeyyy.

7- Kes buang bayi semakin meningkat.? Korang rasa orang yang buat ni patut......

Oh orang macam ni kita patut #%T^&$^^&E#^$U$$*. Fuhhh lega mencarut.! Tengah geram ni gerammmm.!!!!

8- Kenapa kat IPTA sekarang ramai perempuan.?

Tanyalah perempuan itu kenapa dia sibuk sangat nak masuk IPTA.

9- Siapa yang menjadi inspirasi korang.?

Tun Dr.Mahathir, Dr.Sheikh Muszaphar dan Taylor Swift.

10- Tempat yang korang nak pergi untuk insafkan diri.? *kecuali Mekah

Pergi ambil air sembahyang kat bilik air buat sembahyang taubat dan qiamulail barangkali kalau sempat.

11- Apa pendapat korang pasal blog Fatin .? HEHE :P

Kemas dan comel.


Ok mari kita dengar lagu Price Tag dari kanak-kanak yang berbakat besar ini. Saya tag semua orang yang beminat nak exercise tangan di keyboard anda untuk dapatkan jejari runcing bukan Khairul Che Fahmi ye. Ok Mahu sambung hafal notes Physiology. Tadaaaa. Peace



6 comments:

umamahkinah said...

suka jawapan no 8

hahahahaha

Anonymous said...

okayyy dia rajinn. bagus. hahaa

yang pasti tetap dengan kakak angkat die kan, si TS tuu, huu :)

laskar pelangi said...

suka dak kecik tuuu nyanyi lagu price tag...dah la suara perghhhhhh!

;)

meh la melawat blog pelangi =)

Fathin || Bamir said...

hahaha..good job en.dokter. ingatkan tak nak jawab. my pleasure blogger mcm nie jawab tag faten. thnx!

Jαnnαhツ do not dwell on the past (hazan) and never worry about the future (hamm) - just concentrate on the present moment and be happy! said...

suka giler lagu price tag nie. da stat nak hafal lirik da pun. la la la la la~

Muhammad Al-Afiq said...

miss kinah : kita pun suka memberi jawapan..hehe

suha : ye mmg TS.. :)

laskar pelangi : best kan suara dia nynayi lagi price tag tu..comel..

Fathin || Bamir : no prob la..lgipun best buat mende ni..

Jαnnαhツ : ye sila la hafal skrg.!