31 January 2012

Masyarakat Kita & Kutukan

Assalamualaikum pembaca saya yang ohsem dan setia. Terima kasih kerana setia. I update this entry tengah malam. Kalau nak tahu sekarang masa tengah taip entry ni ialah pukul 1.57 pagi waktu Egypt. I tak tahu la nak start macam mana benda ni tapi I buat entry ni sebab I dapat satu konklusi dalam minda masyarakat sekarang. Well I bukan dewasa sangat nak beri ceramah pasal itu dan ini coz I'm still teens. Kalau u guys nak baca silakan dan kalau tak nak baca sila tekan butang pangkah merah atas tu sebab takut anda menyampah dengan saya lepas habis baca entry ni nanti. Ok it's about the mentality masyarakat kita sekarang ni yang suka sangat complain dan kutuk benda yang tak sepatutnya. I bukanlah cakap I tak pernah mengutuk orang atau complain, tapi kalau nak kutuk tu kena fikir dulu la, is it worth it nak complain/kutuk.???

Let's say macam Anugerah Juara Lagu lepas. I honestly tak menonton sebab internet I semput dan inhaler dia dah habis so I tak dapat tengok Live streaming. I buka facebook, blog dan twitter je nak tahu perkembangan semasa. Yes kalau u guys buka twitter dan facebook sudah memadai untuk mengetahui semua detail AJL lepas. Dari dress Jac yang 'oh myyyyy santekkk nyer baju Jac, lawa rambut dia'...' Faizal Tahir terlepas nak amik mic dia'... 'baju Ana Rafali macam baju kahwin Ziana Zain jew' dan seterusnya semua tahu melalui social network kerana ramai wartawan hiburan tanpa gaji membuat liputan secara LIVE.

Tapi ada juga yang tak lepas dari mengutuk itu la, ini tak kena la bla..bla..bla... Bukan tak boleh memberi pendapat cuma jangan sampai benda tu membawa kepada kutukan kat individu itu sendiri. Kutukan dan memberi pendapat adalah dua benda yang berbeza. Contoh la I tengok kat twitter dan facebook, ramai kutuk Najwa Latif (NL) masa AJL. I bukan nak berpihak kat NL cumanya kita ni tak pernah ke terfikir kalau kita berada di tempat orang tu bila baca tweet atau status kutuk pasal diri kita di facebook. Bagi pendapat I la kan, lagu Cinta Muka Buku tu macam tak berapa nak layak je kalau nak masuk ke AJL dan I pun bukanlah peminat NL. Tapi siapalah kita dalam bidang muzik ni, sebab kita pendengar tak semahir juri yang memilih NL masuk ke AJL final. Mungkin ni rezeki dia untuk buat perfomance kat AJL. Memberi pendapat tak salah cuma jangan berlebihan sampai nak kutuk-kutuk individu itu macam la orang tu tak da perasaan kalau baca tweet atau status kat facebook korang tu. I think it such a waste kita kutuk-kutuk orang dan beri perumpamaan kat individu terbabit dengan teruk sekali sebab bukan orang tu nampak pun. Orang tu rilek je kita pula yang dapat dosa free kan.

So bukan kes Najwa Latif je tapi apa-apa kes la yang berlaku di sekeliling kita, samada kena mengena dengan kita atau tak, samada artis atau bukan retis, kita tak perlu la nak complain baju dia tak cantik, baju dia seksi macam ahli neraka ke atau suara dia sumbang, mulut dia senget ke, gigi dia terbelah empat segi bentuk pentagon dan lain-lain lagi. Luahkan pendapat biarlah kena pada tempatnya. Kalau tak suka pergi pada tempat atau benda yang kita suka je. Tak suka kita tinggalkan. Jangan kutuk atau complain. Yes I am referring this to myself too. Kalau saya ada buat silap sila tegur dan kalau ini ialah anda sila berhenti dari melakukannya. Cuba bayangkan kalau kita meninggal dunia dalam waktu terdekat dan komen kita yang mengutuk mana-mana individu tersebut tanpa minta maaf terlebih dulu kat dia, nanti siapa yang terseksa.? Jawab..jawab..Kan lebih elok kita menyedarkan atau memberi pendapat yang lebih sopan ayatnya atau juga beri la mana-mana hadis untuk sedarkan artis tu supaya pakai la baju elok sikit ke, sopan sikit ke, atau sepotong ayat yang mampu membawa kebaikan kepada kita dan masyarakat sekeliling yang membacanya nanti.

Ok I tahu membebel panjangggggg kat entri ni. Sorry terpaksa membaca bebelan ni dan syabas siapa yang habis membacanya. Actually I tak tahu pun artis mana yang bertanding masa AJL. Ni pun last minute tahu sebab bila buka twitter semua sibuk pasal AJL. Plus I dah jarang follow update tentang lagu-lagu kat Malaysia. Bukan bajet duk oversea, tapi asyik dengar lagu arab ni memekak depan rumah, tepi rumah, jiran belakang rumah I buka radio macam buat konsert mega so tak da chance la ko nak dengar lagu melayu.  So masa AJL ni la I first time dengar lagu Awan Nano, lagu Yuna, lagu Beribu Sesalan dan semua tu. Satu je lagu yang I tahu dan suka iaitu lagu Kalau Berpacaran. Itu memang best.! Tapi bila I tengok AJL kat Youtube balik, I rasa suka gila kat satu lagu ni dan lagu ni memang mengusik kalbu betul la. Perghhhhh memang menjiwai betul layan lagu ni. Ni satu-satu perfomance yang best masa AJL kali ni. First time I dengar lagu Kisah Hati ni boleh meleleh derrrrr... Serius lirik dan lagu dia memang best la gua cakap sama lu derrr...Persembahan dia unik dan terus menangkap perhatian I tambah lagi dengan lirik dia yang syahdu tu. Haishhhhh....

Life is amazing so have a amazing life ye. Sorry kalau annoys korang yang baca entry ni, tapi sometimes kita manusia perlu saling ingat mengingati ye dok.! Ok bye. Layan lagu ni dulu sebelum u olls blah....tata...




11 comments:

Farah Hanis said...

setuju dengan entry ni..

shat mashuri said...

wahh.. walaupn di luar ngare.. ajl tetp dihati :-)...

AnakPakZohar said...

kalau suke tengok, tak suke tak payah tengok. kan senang.. =)

tak perlu nak tambah dosa kering kan...

ascil.punye.lah said...

comel nya aliaaa.dun worry kita pon tak tgk AJL.

laskar pelangi said...

phewitttt!
afiq dah keluar taringnyaaa..hik3
panjang benor karangan kali ni...memang sikap manusia sekarang suka judge org camtu jerk.dasyat! huuu~ =.=
retis pun ada perasaan gak kan.adoiya..senyap2 sudah kalau nak kutuk.ni tayang kat fb la,blog la,siap twit2 lg..macam2 =.=

fuh! lagu alyah tu bestkot.dngan dia buat gimik cam barbie! comel dewww =)

Mai said...

Masyarakat malaysia suka cam gitu hehe ;DD

ZWAN SABRI said...

itulah uniknya rakyat Malaysia.. HEHE

Anonymous said...

haha.
wah, mesti dah hafal banyak lagu lagu arab kan? hee.

yup, bagi pendapat is fine but nak buat judgement ke atas orang lain kita kena fikir jugak, sebab kita pun tak sempurna.
words banyak dipengaruhi dengan emotions sebab tu orang tak sedar yang dia dah terlebih 'kata'.

ini pun peringatan buat suha jugak. ^_^

Muhammad Al-Afiq said...

Farah Hanis : thnks hanis sbb setuju..

shat_mashuri : a'ah..acara tahunan ni..hehe

yad'z : ye betul tu..setuju dgn komen anda..

ascil.punye.lah : yup comel mcm barbie doll...

laskar pelangi : ni bru taring..blum keluar kuku lg..entry ni pnjg sikit mcm krgn SPM...alyah mmg best la malam tu..

Maii : maybe kot..tp x semua la kan....

ZWAN SABRI : haha..unik sgt tu..

suha : yup..setuju dgn suha tu..kalau words dgn emotions mmg tak bgus... :)

Mukhlisah said...

xperlu heran dengan kutukan itu..biasa la..adat melayu..dari zaman berzaman..bukan nak tuduh..da mmg dari dulu lagi nasib la kan..mlayu suke mgutuk dan menjatuhkan kaum sndri dripada bagun..ape salah nye saling memberi nasihat..rileks la..para pengkutuk x mati kan kalau artis tu macam tu macam ni..

berilah nsihat or teguran cara berhemah..xpayah nak rasa diri diva smpai nak kutuk salah org lain..rileks2 dah la..:)..

jangan marah2 nti pat tue:))

masing2 ade pandangan tersendiri tapi perlulah pengolahan yang adil dan berhemah..ye x?huhu

Ms Bery said...

biasalah masyarakat kite memang selalu macam tu.. lagi-lagi orang melayu kite

persembahan alyah memang best sebab tu die menang persembahan terbaek. sebab die comel macam doll :D