Assalamualaikum semua. Hi guys.! Ni la rasanya tajuk paling panjang pernah I tulis sepanjang blogging ni. I tahu isu ni tengah panas. Hot.! Bagi kita setiap manusia memang tak lepas dari membuat kesilapan. Bukan semua sempurna untuk dijadikan tauladan dan contoh di mata masyarakat negara sendiri. Cerita pasal pelajar perubatan yang study di luar negara memang lateley sangat panas sekarang ni. Semuannya kontroversi belaka. Hot jugak ye budak-budak medic sekarang sebab ramai ingat budak medic nerd dan bosan. Yes I'm referring this to myself sebab belajar luar negara apatah lagi dalam bidang medic ni memang sangat mencabar. Being away from parents and family yang hundreds of miles away memang kena teguh iman. Sekali ia tumbang tak da siapa yang mampu selamatkan kita kat sini.
Ok berbalik kepada tajuk, Amalina dan Siti Fatimah Mukhtar yang dua-duanya bijak pandai dan mengambil dalam pengajian yang sama. Just to remind you people, I buat entri ni bukan untuk membanding-bandingkan mana-mana pihak. Ini hanya iktibar kepada diri kita sendiri dan saya juga. Kita perlu ambil contoh dan tauladan pada dua-dua pihak. Ok apa yang sepatutnya kita contohi dari dua-dua pelajar cemerlang ini.
1- Hafalan Al-Quran (17 juzuk). Siti Fatimah yang telah menghafal 17Juzuk Al-Quran walaupun berada di United Kingdom malah mengajar rakan-rakannya yang lain mengaji bersama beliau. Do u guys get that.?! See even kat UK negara bukan islam dan penuh dengan pancaroba pun dia still menjunjung Al-Quran tu didada. Alhamdulilah. I ni pun kat Mesir mengaji pemalas. Yes I admit it. Mengaji lepas maghrib je. Itu pun kadang buat kadang tidak. Tapi insyallah 2012 ni I dah pasang niat nak mengaji tiap-tiap selepas solat fardhu. Bukan untuk I sahaja ye, kawan-kawan kalau kat sana nak terapkan niat dan budaya mengaji lepas solat ni pun boleh. Marilah kita amalkan yang terbaik untuk diri sendiri.
2- Jati diri seorang muslimah islam amat jelas kita nampak apabila gambar-gambar Siti Fatimah masih lagi memakai tudung labuh dan berjubah bergambar di hadapan fakultinya. I tabik springg kat perempuan ni. Sebab zaman sekarang ni orang nak urban dan ikut trend je. Siti Fatimah ni pakai jubah dengan tudung labuh kat United Kingdom pulak tu. Lain la kalau kat Mesir ni. Dekat Mesir alhamdulilah masih ramai pelajar medic kat sini memakai baju kurung dan tudung labuh serta jubah untuk ke kelas. So tak risau sangat la sebab ni negara islamic.
3- Amalina mengambil 2 course iaitu medic dan pharmacology. Wow.! Memang genius Amalina ni. Bagus untuk kita contohi terutama dia sebagai orang melayu. Dia buat kajian sambil belajar dengan profesor-profesor dia dekat UK. I yang belajar buku Physiology dengan Anatomy tu pun dah nak mengamuk sebab kadang-kadang susah nak faham. Amalina bakal terbitkan buku dia sendiri dan memang satu pencapaian yang bagus apabila kembali ke tanah air kelak.
Rasulullah bersabda ; Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin , maka dimana saja ia dapati, dia adalah orang paling berhak terhadapnya [Riwayat Tirmizi]
Jadi 3 perkara yang I kupaskan tu patut kita contohi dari mereka tu. Ada je banyak lagi I nak kupas tapi baik I kupas limau kat tangan kiri I sekarang ni. Oh sekarang musim winter memang kena banyak makan limau doktor I yang suruh. So berkoyan-koyan I pergi serbu kedai buah tadi. Ok enough with my story. So sekarang ni apa yang TAK PATUT kita sebagai masyarakat buat. DON'T DO THIS.!
Hentikan la link-link atau cemuhan kat mana-mana pihak dan menjaja aib orang lain. Kalau dia salah kita tegur dia dan nasihat dengan elok. Bukannya kita mencerca dan berfikiran negatif kat dia. Mana adab kita.? Maksumkan dia. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil. Jadilah Al-Faruq. Sama-sama kita jaga aib orang lain. Hari ni kita jaja sana sini aib orang tapi akhirat kelak Allah yang jaja aib kita di hadapan jutaan manusia yang lain. Tak mampu tegur tak pa, kita doa je supaya dia bertemu hidayah dan menjadi yang lebih baik lagi di masa akan datang. "Sesiapa yang menutupi kesalahan muslim lain maka Allah akan menutupinya di dunia dan akhirat". (shahih sunah ibn majah, hadis 2078)
Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau Islam yang sebenarnya. Ibu bapa derhaka kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yang boleh membantunya dan anak di alam dunia ini. Bukan setakat kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa telitilah kita dalam mendidik anak-anak dan salut mereka dengan agama. Jangan sesekali dibelikan seluar yang berlubang-lubang untuk si anak gadis, kelak musibah bertambah pedih. Nabi pun bersabda "Jika kamu sudah tiada malu (pasti kamu akan) lakukan apa sahaja".- Zaharuddin. Net
Jadi bukan untuk menuding mana pihak siapa betul siapa salah, kita kena teliti diri kita dan jagalah diri kita ni sebab kita manusia sering lalai dan lakukan kesilapan. Harap dapat jadikan iktibar dan pengajaran di masa hadapan. Ok tu je nak beritahu. Live happily and don't lose faith to ALLAH. Peace yaw.!~ Bai bai.
15 comments:
wah, entry yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D
Just pray for the best for both of them eh? :)
well said, we should pray for betterness if sekalipun tak menyukai apa seseorang itu lakukan instead of mencemuh. we dont know whats going behind their pathkan? :)
guna 'masyarakat' juga? -.- i think u should find some other punchword ok?
kupasan isu yang baik,better ambil iktibar dan contoh yang baik, daripada menyajikan mata dan telinga dengan yang tak baik.. :)
semoga Allah merahmati umat Islam
sebaiknya menasihati mereka bukan memaki tanpa mengetahui isu sebenarnya.bukan mudah membesar ditempat orang asing apatah lagi jika tempat itu suka benar menghancurkan umat islam..jika dia salah sila bimbing ke jalan yang benar,bukan memaki seperti diri tidak penuh membuat kesilpan..sedar diri ya..
#nice entry bro^^
Orang femes..ramai yg dengki..tak sedar keberadaan diri sendiri..kalau kena pada diri..ingat2 lah siapa diri..semoga Nur Amalina dan CT Fatimah sentiasa success dlm apa juga bidang diceburi..mendoakan lebih baik dari mendengki..@Blog Sikarap
membanding adalah tidak bagus. pakai tudung labuh, berjubah skali pon. hati manusia di tgn Allah. Jadi kite jangan terlalu memnuji dan mengeji manusia. takut pujian itu dapat membuat hati nya riak, busuk dan bangga. begitu jugak dengan kejian. dapat melemahkan semangat org, dpt menjauh kan org tu dari sesuatu yang baik. Sedar diri kite ni cuma manusia yang tak sempurna. sedang kan abid yang taat pon boleh tipu dek syaitan, lelaki yang membunuh seratus orang boleh masuk syurga. Tak perlu membanding dan tak perlu bercakap macam kite ni da cukup hebat sangat. :)
semoga mereka dan kita juga mendapat cahaya keredhaan dari Allah SWT. :)
wahh bagus entry kali nih.like1000x
sangat SETUJU.ramai yang persalahkan si mangsa keadaan tu.kita sama-sama berdoa supaya si dia sentiasa dibukakan pintu taubat..bukannya kita tuduh dia macam-macam.satu jari menunding jari kepadanya.4 jari lagi menunding jari kepada diri kita sendiri. =)
nice entry! :)
kupasan yang bagus.. ini yg diperlukan.. bukan menjatuhkn hukum kpd mrke..
hey yooouuuu... untungla belajar luar negaraa... saya follow sini,, klo sudi datang la blog sayaa.. ;)
kesian diorang.biarlah diorang dengan hidup diorang.
Post a Comment